Assalamualaikummm...

Alhamdulillah Alhamdulillahh....
Akhirnyaa Abang selamat pulang ke tanah air setelah hampir seminggu outstation ke luar negara.
Sepanjang tempoh tu jugak Mama terus bertukar jadi ala2 superMAK !


Banyak perkara berlaku sepanjang Papa pergi outstation kali ni...
Hari pertama Dania demam, muntah2 dan cirit birit. Dengan mata yang menunjukkan simptom2
sakit mata.. ubat sakit mata pun tak abes dos terpaksa pergi klinik sekali lagi utk cek 
demam Dania... dapat lagi sebeban ubat... termasuk la Dhiya yang selsema tak baik2...
yang paling risau Danish tengah exam.. so risau kalau berjangkit pada Danish.. 
jadi ubat mata tu pun dah titis pada Danish jugak as prevention as per described by Doctor.


Hari Isnin nya aku kerja dari rumah je sebab nak monitor jadual makan ubat Dania..
memang lembek seharian anak dara ku.. langsung tak mo makan... 
makan ubat kompem muntah balik.. uhuk uhukk!
Danish pulak exam sekolah agama.. so continue buat revision setiap malam..


Mama pulak untuk kekal bertenaga dan sihat agar  terhindar dari berjangkit demam dari anak2 yg dah 
tumbanggg setiap malam memang ambil 3 capsul Omega Guard + 1 capsul ViTA-LEA.
Yelah.. kalau Mama pun collapse sape nak handle anak2 time Papa tak de ni uhuhuh

Sebelum tu ada terbaca advise sorang agen Shaklee yg makan Omega Guard 3 caps untuk 
kurangkan running nose/blocking.. Alhamdulillah.. Mama pun masa tu yang dah start macam nak selsema
memang lega dengan izinNYA.

Dan lepas bersalin ari tu ada satu tempoh memang Mama perasan rambut asyikk gugurr jekk!
sekali tarik segumpalll! sekali tarik segumpall!! uwaaaaaa...sangat ngeri okehhh!
Terus Mama gi potong sikit rambut dan tukar syampu... then ada kawan advise 
rambut gugur lepas bersalin mungkin disebabkan process menstabilkan hormon.
Jadi dia advise suruh ambil Vitamin Zinc Shaklee untuk mengatasi keguguran..
Alhamdulillah sekarang dah ok takde la gugur teruk macam dulu uhuhuhu

Masuk hari Rabu keadaan Dania dah macam ok sikitt.. so hari Rabu Dania pergi sekolah macam biasa...
sampai2 sekolah cikgu kata budak2 tengah examm..????????
Whattt....?? terkezut Mama dengar sebab tak de dapat apa2 suratt so memang tak tau menauu..
tahun lepas pun tak de dengar kalau ada exam uhuhuhu. Cikgu kata ada inform verbal pada murid2 ...
tapi since hari Jumaat tu balik pun Dania dah tak berapa sihatt mungkin dia pun lupa nak bagitau uhuuuu
So hari Rabu tu masuk2 sekolah terus la Dania sear for exam langsung tanpa revision.
Kira memang betul2 nak tau perkembangan dia setakat mana pemahaman dia kat sekolah.

Selalunya setiap pagi Papa yg akan hantar Danish ke sekolah seawal 7 pagi.. Mama pulak hantar Dania sejam kemudian..  dan balik sekolah hari2 default Papa yg ambik melainkan emergency hujan ke apa
baru Mama yg pergi ambil budak2 balik sekolah.. tapi kali ni semua atas bahu mama.. pagi bangun buat sarapan, hantar gi sekolah, balik kerja kena gi ambik budak2 dulu.. memang kelam kabut sikitt.. 


Balik kerja hari Khamis Delisha pulak dedor nak demamm.. ini first time Delisha demam 
setelah berusia 7 bulan uhuhuhu. Barangkali nak bertukar bulan orang kata.. Delisha mmg skill dia suka berguling .. so ni baru nak dapat skill angkat punggung nak merangkak! Mujur juga tak standby minggu ni.. kalo tak memang mau fengsan dibuatnya uhuuuu

So hari Sabtu lepas Dania ada Parent day kat sekolah... since Papa masih berada di luar negara makan Mama je lah yang pergi jumpa teacher untuk tahu update dan progress Dania di sekolah sepanjang tahun ni...


Alhamdulillah walaupun Dania seat for exam without revision dan baru baik demam pulak nyaa..
dapat jugak 4A 1 B... yg dapat 5A seorangg.. yg dapat 4A ada dalam 3-4 orang dalam kelas nyer..
so bagi Mama keputusan Dania memang membanggakan walaupun ada juga part2 yg Dania masih kena buat improvement. Overall Mama berpuas hati dengan pencapaian Dania di Little Caliphs. Dah boleh hafal banyak doa dan surahh, asas solatt dan islamic education diterapkan dengan baik di sini... Alhamdulillah..
Well done Dania, Mama & Papa so proud of you !

Lepas jumpa teacher berkejar ke pejabat pos pula utk delivery Breast pump set by customer. 
Sempat bawak budak2 lunch kat Cyber sekali.
Petang pula ada customer yg self pick up MFS.. dan malam pula ada concert Amal Teduhan Kasih 
yang di anjurkan oleh SRA Danish. Lepas maghrib bawak Danish & Dania pergi concert untuk memeriahkan majlis. Dah la jalan ke Pulau Meranti tu lampu jalan banyak tak hidup.. banyak jalan jadi lencongan pulaknyaaa... dengan Dewan LKIM yang tak keluar dari google mapp memang mencabar sungguh nak drive sorang2 tanpa Papa ni uhuhuhu. Danish la yg jadi assistant navigator Mama tolong tengokkan papan tanda jalan uhuuuu


Sampai2 nak dekat pukul 9:00 malam.. majlis pun tak mula lagi...
akhirnya nak dekat pukul 10:00 malam baru la YB jemputan ADUN bahagian Dengkil
sampaii... katanya baru habis menghadiri satu lagi jemputan makan malam di satu majlis lain...
so pukul 10:00 malam baru start upacara perasmian, bayangkan laa parent yg bawa anak2 kecil ni 
punya ragam kannn.... 
Akhirnya pukul 11:10 malam macam tu baru la artis jemputan Hijaz naik ke pentas.
masa tu dah separuh dewan dah kosongg.. HP mama pun dah habis bateri uhuuuu

Dalam pukul 11:30 malam tu tak larat dahh.. Dania pun dah ngantuk terus kitaorg gerak balikkk...
masuk dalam kereta 2 beradik ni dah tertidur terus keletihannn.
Malam tu memang patutnya kena tidur awal sebab masing2 beriya2 suh mama kejut 
bawak gi ambik Papa kat KLIA.

Esoknya pagi2 subuh dah kejutkan balik diaorangggg... pukul 6:30 pagi dah gerak dari rumah..
2 beradik ni sambung tidur dalam kereta kepenatannn...
sampai di balai berlepas dalam 7:15 pagi....
tak lama Papa pun keluarrrr ... hoyehhh hoyehh!!
Dania terus berlari2 ala2 jejak kasih peluk Papa.
Dah rindu sangat la tu masing2.


Hari ni dapat upah breakfast tepi playgound kat airport.
Dulu tak silap ada 'kapal terbang versi kanak2'
kat playground tepi KFC tu kann.. dah tukar ke playground biasa rupanyaaa

Lepas breakfast dan puas main terus gerak balik rumahh...
Mama pulak last bf baby sebelum keluar rumah dalam pukul 5-6 pagi
masa Delisha terjaga.. so mmg standby terus bag breastpump dalam kereta.
Pukul 9:00 ++ juga gerak balik dari KLIA, sempat  singgah
di mini market dekat2 area rumah beli lauk sket utk masak tengahari..




Mama pulak masuk2 kereta dari KLIA tadi  terus pump susu...
malam tadi balik concert tak sempat pump..
harapkan direct bf ke Delisha je sepanjang malammm..
so hasilnya pagi ni penuh botol kiri kanan sambil tunggu Papa beli barang dapur.
Alhamdulillah 9 oz ++ juga dapat sekali pump.

Sampai rumah Dhiya pun dah tergedik2 lompat2 kegirangan nampak Papanya ...
dah tau 'rindu' dah semuaaaa
Sekianlah seminggu tanpa Papa..! memang sungguh tough mama nak handle sorang2 okeh !!
By the time Papa balik alhamdulillah Delisha pun dah sihat...  semua back to normall hihihi.


Rahsianya, mujur jugak ada lagi Shaklee set yang masih bersisa...
masa dalam pantang dulu memang Mama
amalkan Shaklee sebagai ganti jamu sebab anak2 Mama ni dalam ari mmg 
kompem kena jaundice so dari pada delayed makan jamu takut baby panas 
Mama terus amalkan set berpantang Shaklee.
(Set herba Leesa Formula consume selepas Delisha kebah dari jaundice).
Tambah pulak Mama berpantang sendiri.
Memang alhamdulillah sentiasa bertenaga
untuk jaga baby dan terus buat stock EBM sejak dari dalam pantanggg..


Even sejak dari early pregnancy Delisha mama
dah terus amalkan Set Shaklee KLIK SINI.
Untuk rekod, 3 tahun sejak Mama dah kerja di kompeni baru ni
rekod MC Mama masih '0' sehingga ke hari ini walaupun sudah melepasi
2 fasa kehamilan Dhiya & Delisha. Alhamdulillah semua dengan izinNya.

Selalunya kalau Mama dah start dedor rasa macam tak sihat memang cepat2 consume
Vitamin C+ Zink  Shakle atau kalau kehabisan stok Mama consume Redoxon
sebagai ikhtiar supaya tak melarat. Papa pun sama......InsyaAllah ok.

Sekarang ni walaupun Mama dah on off on off makan Shaklee sebab bila dah naik kerja
schedule harian dah bertambah busy jadi bila teringat baru consume uhuhuh.
Tapi disaat2 kritikal macam ni yg memerlukan mama bertindak 2 kali ganda lebih pantas memang
set Shaklee ni sangat2 membantu dengan izinNya.

Jadi kalau ada kawan2 yang berminat nak consume Shaklee set 
(ada bermacam2 set yang boleh customize ikut keperluan pengguna)
Cakap je nak set apa, nak
set kurus ? Set Pantang ? Set Menyusu ? Set cergas ? set cantik ??
Set bajet ? Set Penuh ?? 
Sebut je... Semua ada InsyaAllah.
Boleh hubungi terus agen Shaklee bertauliah berikut, Adilla, kawan baik Mama jadi memang
dia boleh bagi harga 'BFF' aka harga tak ambik untung
 juga untuk kawan2 diluar sana tak kira siapa pun anda. 
Jadi boleh hubungi beliau untuk nasihat sebab beliau lebih pakar dari 
mama okehh.

Boleh hubungi terus 
Adilla : 012-6599179



1 sweet comments:

mrs Fiza said...

syabas kak! leh handle anak2 yg tk sihat sendiri..kalo sy tkthulah cane nk hadapi..bukan sbb mak yg lemah badan..tp sbb tk daya nak handle anak2 demam sorg2..so far anak2 jnis susah nak demam.. alhamdulillah