Assalamualaikum....

Last weekend Abang propose nak buat acara makan2 sambil berBBQ kat umah.
Dah lama rasanya tak berkumpul dengan adik beradik belah Abang.
Maklumlah tahun lepas asal hujung bulan banyak balik ke Johor menghabiskan 
masa bersama Arwah Atuk....

Makanya seperti yg di schedulekan, hari Sabtu tu semua adik beradik 
Abang berkumpul kat umah. Pagi Sabtu tu awal2 kitaorg dah jejak Pasar Borong
Selangor beli bahan basah.


*owh sila abaikan diriku ini yg semakin Chubby. 
Baby dalam perut nak masuk 33 minggu suda uhuhuh*


Balik pasar terus mula acara perap memerap.
Aku plak first time nak buat Coleslaw & Mashed Potato + kuah gravy...nyumm!!
Tu dia 2kg kentang dapat sebekas mashed potato... & sebijik kobis dan sebatang
lobak dapat sebekas Coleslaw.


Then macam biasa Sup Tulang WAJIB ada..!
Air tangan aku jugak ehehehehe


Tak lupa sambal kicap tuhhhh..!


Mak Teh pulak bawak Laksa Penangg.. nyumm!!


Petang tu para hero hero dah start bakar arang dah bakar apa2 yg patut..
lepas maghrib acara pun bermulaa.. yeaaahaaaaaaaaa!!



Udang XXL di import oleh Pak Lang dari Banting


Sotong segar, Pasar Borong mariii


Tukang bakar masih gigih membakarrr..


Terubuk bakar...! memang meletop! Lemak manis berkrim dagingnyaaa.... slurpppp. Kena rajin je la buang duri uhuhuhu


Peace peace jugakk.. Mak Buyung dah lapar ni tak sabar nak membedal ehehehehhe


Sessi membakar Sotong


Anak-anak sedara yang keriangan bermain sambil menunggu' mangsa2 kebakaran' hohoho


Siap buat port kat Playground


Udang2 yg sedang di bakarr... fuhhhh!!

Ketamm.. pun di import oleh Pak Lang dari Banting


Tu diaa siap sudaaaa.. 
Cencaru bakar, Ayam bakar, kerang rebus & Sambal Cical (sambal kicap + Sambal asamm)


Kambing slice bakar pun adoo.. nyumm nyummm!! 
Malam ni masing2 mmg lupa diri laaaa... say no to DIET hahahaha!!


Udang pun dah siap untuk 'dikerjakan' hohoho!!


Ahaaa... tu dia menu pertama yang aku rembat... Chicken grill + Mashed Potato + Coleslaw bersama kuah gravy..! Walla mmg Marvellouss...! *masuk bakul angkat sendirikk hahahaha*


 Okehh enoughhh introductionn!!
Makanya sessi 'mentekedaghah' pun bermula....!!! Bismillah....!



Dah tak toleh kiri kanan dahhhh



 

Owh ok... pinggan rembatan Mak Cik hehehehe


Mak Teh bawak Cake Chocolate Indulgence @ Secret Recipe sempena bufday Zahraa Balqis.
Happy Bufday Zahra...!! moga semakin comell & cerdas sentiasa...!


Bufday girl potong kek


Laris jugak coleslaw & mashed potato makcik... sukerr suker sukeerr!!!


Sambutan beramai-ramaii..!


Seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai. Macam-macam citer keluarrkannn.
Anak-anak sedara pun ada yang nangis2 tak mo balik punya la tak puas bermain uhuhuhuhu.

Next time kita gather-gather lagik okehh!!
Terima kasih semuaaa...!
Assalamualaikum...

Kali ni nak share satu website yang boleh membantu anda untuk menguruskan kewangan dengan lebih mudah.
Mungkin ada yang sedang tercari-cari pakej yang sesuai untuk membuat pinjaman perumahan mahupun
pinjaman peribadi tak kira atas apa tujuan sekalipun. Mungkin ada yang sedang tercari-cari pakej Kad Kredit yang sesuai untuk di gunakan sewaktu kecemasan atau mencari pakej Insuran kereta ?
Ahaa.. ini dia website yang sangat memberi manfaat untuk tujuan2 di atas.


Website iMoney menawarkan perbandingan pakej-pakej seperti Kad Kredit, Pinjaman Perumahan,
Pinjaman Peribadi, Insuran Kenderaan termasuk Insuran kemalangan peribadi yang di tawarkan oleh bank-bank di Malaysia termasuk agensi-agensi yang berkaitan.

Jika anda masuk ke Website ini, anda akan nampak 5 menu di sebelah kanan :-
CREDIT CARD, HOME LOAN, PERSONAL LOAN, CAR INSURANCE & PERSONAL ACCIDENT INSURANCE.



Next just pilih menu yang berkaitan. Contoh untuk PINJAMAN PERUMAHAN :

Untuk lihat perbandingan interest rate yang di tawarkan oleh pakej , bayaran bulanan serta jumlah interest yg di bayar di akhir tempoh pinjaman, just masukkan figure yang di kehendaki. 
Contoh seperti yang tertera di bawah. Masukkan Figure pinjaman, tempoh pinjaman.

 Anda akan dapat lihat senarai pakej dari bank mengikut turutan.


PINJAMAN PERIBADI :-

Masukkan jumlah yang hendak di pinjam, tempoh, umur dan juga anggaran pendapatan seperti contoh di bawah.

 Tara...!! terus dapat result senarai bank termasuk anggaran bayaran bulanan.


Turut di senaraikan senarai KAD KREDIT.
Mana tau ada yang nak tambah koleksi or nak upgrade
dari GOLD ke PLATINUM ke... kat sini yang penting boleh tau Annual Fee waived
dengan syarat or waived for life. 


INSURAN KENDERAAN


Untuk tahu lebih lanjut, boleh layari iMONEY.MY okeh !

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semuaa.
Ahaaa... malam semalam balik kerja tetiba Dhiya tunjuk skill yang 
sangat di nanti-nantikan oleh Mama & Papa iaitu skillll......
BERJALAN!!! 

Akhirnyaaa!! Ahahahahahaha
Sebenarnya kali pertama tengok Dhiya berjalan 3-4 tapak 
masa tengah sibuk2 berkemas nak masukkan beg dalam kereta 
untuk balik kampung lepas dapat call emergency dari Pak Ngah,
sehari sebelum arwah Abah meninggal hari tu.
Tapi lepas tu susah nak tengok Dhiya tunjuk skill..
sampailah malam semalamm..!!
Terus laju!!! ahahahahahaha
excited terbabas la Mama & Papa tengok!!!!

So petang tadi bawak Dhiya 'prektis' kat playground dekat
ngan umah sambil pakai kasut. Kasut keramat dari Abang Danish kecik2 lagi tuuuuu....!
Nak ikutkan sebelum ni tatih2 tu bleh tapi kalo lepas tangan je terus je di bengkokkan 
lutut & merangkakk.. grrrrrr...!!
Ikut rekod, Danish berjalan seminggu sebelum 1st bufday, Dania pun dekat2 1st bufday dah
jalan.. kira Dhiya la yg terlajak jauh sket dari 1st Bufday dia.  

Jom layan 'gambar bukti' Dhiya dah pandai berjalan wahahahahhaa!!!





Dan video sekali.. ehehehehheehe



Dan gambar2 Dhiya beriadah kat Playground hari ni... layannnnnnn








Olalalala... setelah berjalan terkedek-kedek.. bangun jatuh bangun jatuh sampai comot seluar, 
kitaorang pun gerak balik rumah dahhh... nanti kita datang 'prektis' lagi okehh!! 


Assalamualaikum.....

Tanggal 10 Januari 2013, hari Khamis lepas, Ayahandaku yang tercinta
 telah kembali ke Rahmatullah.

Gambar hiasan. Credit : Jubizawarisan

Setelah hampir setahun bertarung melawan kanser Limfoma, akhirnya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4 pagi, hari Khamis 10 Januari di temani oleh kesemua anak-anak, menantu dan isteri tercinta.

Jenazah selamat dimandi, di kafan dan di sembahyangkan serta selesai di kebumikan 
kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.
Alhamdulillah semuanya berjalan dan cuaca pagi itu amat redup dan tenang.

Kami sekeluarga redha dengan pemergian Ayahanda tercinta. Semoga kita akan bertemu semula 
di Syurga nanti ya Abah.... InsyaAllah

Ya Allah. Sesungguhnya kami redha dengan segala ketentuanMu. Kuatkanlah hati kami
kerana kami pasti akan merindui insan yang sangat kami kasihi.
Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau terimalah segala amalannya.
Dia (ayahanda kami) telah mencukupkan kami dengan pengorbanan, 
didikan dan kasih sayang sejak kami di lahirkan. 
Maka Kau lindungi dan kasihanilah dia sebagaimana dia melindungi
dan mengasihani kami sejak kami kecil.

Ya Allah... Kami bermohon di atas kasih sayang dan rahmatMu...
Kau luaskan dan Kau terangilah kuburnya. Kau hindarkan lah dia dari azab kubur Ya Allah.
Kau cucurkan lah rahmat ke atas rohnya dan letakkanlah dia di kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah... Kau masukkanlah Ayahanda yang kami kasihi ke dalam
Syurga Syurga mu Ya Allah.
Sesungguhnya Kau jualah Tuhan yang Maha Pengasih 
lagi Maha Pengampun.

Amin amin Ya Rabal Alamin......

Al-Fatihah