Network intermitten unstable sejak global upgrade.
Bila network problem memang tunggang langgang la system.. dan akan tunggang langgang la work schedule sbb network tak boleh shutdown sesuka hati since all system running 24 hours..

Makanya aku yg dah 8 tahun kerja normal shift 8:30am-5:30pm (walau pun jarang-jarang dapat balik 5:30pm), utk minggu lepass lebih kurang mcm ni la schedule kerja.. dah la Ahad pun kerjaaa

SUN :: 8:00am - 3:00pm
MON :: 8:30pm - 6:30pm
TUE :: 8:30pm - 1:00 AM *sampai rumah almost 2:00am. tidur balik kul 3:00am++*
WED :: 9:00m - 5:oo PM *Dapat tidur pun nak pukul 11 mlm.. pagi pukul 2 dah bangun!*
THU :: 3:00AM - 6:30 PM * > 15 hours?*
FRI :: 8:30 am - 6:00pm
Memang senoneng kepala aku minggu ni dek tak cukup tidur..
Bila aku datang kerja pukul 3 pagi.. apa yang terjadi?

1. Seven Eleven 3:00am
Nak beli air & makanan, sampai2 staff kat situ bukak sikit pintu dan julur kepala
Staff 7e : Nak cari apa ya?
Aku : Err... macam biasalah, nak masuk beli makanan *dalam hati lagi mau tanya*
Staff 7e : Err.. boleh order je
Aku : Lorrrrrrrrrrrrrrr.. ye kerrr.. ? iskk iskk iskk
makanya aku berdiri kat luar pintu dan staff tu kat dalam sambil ambik order. Pintu 7e
bergari... sila tengok gambar ye
Antara yg diorder - 100 plus, susu strawberry magnolia, roti, biskut Oreo, Milo dlm cawan etc
Dapat order staff tu pun pusing la satu 7e, ambik barang dan tunjuk kat aku dari jauh
bertanya betul tak barang yg dia ambik tu..
Aku plak dari luar - angguk-angguk, geleng-geleng je laaa.. hahaha
Bayar pun hulur kat celah pintu je..
Cam tu la pulokk.. sabor je la.. wakkakakaka
2. Dania & breast feeding 5:00am
Dania masih breast feeding, pukul 5 pagi Abang call,
Abang : Nah.. cakap dengan anak awak ni.. merengek2 tak nak tidur cari mama dia
Abang cakap Dania 2 kali dah terjaga cari aku.. memula bangun terus sampai ke pintu tengok aku tak de, Abang pujuk2 tidur balik... la ni bangun lagi Abang pujuk2 tak jalan tu yang Abang tepon aku tuh
Dapat bercakap dengan Dania , walaupun aku cuma dengar dia merengek-rengek je..
lepas tu baru OK Dania sambung tidur semulaa..
iskk iskk iskk

Anyway lega sangat sebab problem settle... weekend ni bleh la pi Penang ikut Abang outstation.. huhuhu!

zwani.com myspace graphic comments
Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa didunia ini TERUTAMANYA buat suami tercinta, ABANG diatas segala kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan terhadap mama & anak-anak selama ini. Budi dan jasa Abang tak mungkin dapat kami balas.. selamat hari bapa, semoga kebahagiaan dan kasih sayang antara kita bertambah eratt..

We loves you sooooooooooo muchhhhhh PAPA!!
PAPA NO 1!! Muaaaaaaachhhhhhhhhhh!!!
***************************************************************
Rev 1.o
Malam tadi pergi celebrate kat Nandos IOI since semalam pun aku kerja sampai petangg.. so tak sempat nak masakkan apa2 yg special walopon hari minggu...iskk iskk. Yang penting seronok dapat spend time togetherr... Danish siap suapkan papa dia sambil wish happy fathers day tapi sempat lagi cubit sikitttt je roti yg cecah soup tu punya la kedekk.. hahahahha

**********************************************************************************

Tak lupa juga buat ABAH, terima kasih yang tidak terhingga diatas segala jasa dan pengorbanan membesarkan kami adik beradik tanpa pernah mengeluh hingga kami berada dimana kami berdiri hari ini. Kami sayang ABAH.........!!!!!!!!!!!!!! Untuk Mak & Abah, kami adik beradik sempat celebrate Hari Ibu merangkap Hari Bapa awal jun, cuti sekolah lepas sempena aku & Abang balik kampung.. kitaorang buat Bakar-bakar jugak kat laman rumahh... seronok berkumpul ramai2 huhuhu
Danish & Dania memang masing ada style kalau memujuk orang

Scene 1 : Dalam kereta
Danish & dania tengah ber'perang'...di akhiri dengan tangisan Dania.. aku pun tengok Dania menangis terus aku pun ikut buat-buat menangis instead of pujuk dia *reverse sycology*.
Dania yg tengah menangis, tengok aku menangis terus berenti menangis dan mula memujuk aku plak.....
Dania : Dahhh... dahhhhh! Sambil tepuk2 bahu aku
Aku : Uwaaaa.. uwaaaaa.. uwaaaa
Dania : Dah dahhhhh.. pujuknya lagi.
Tengok aku masih tak berenti 'menangis'jap lagi
Dania :Aaaaaaaaaa...! Dengan nada marah menepuk bahagian tingkap kereta. sama kes la cam aku ngan Abang bila Dania menangis dan datang mengadu mula la kiter pun cari objek2 yg boleh dipukul sambil menyalah2kan objek tuuu
Dania kemudiannya memujuk aku lagi
Dania : Yayanggggg.. yayannggggggggggggggggggg... sambil peluk aku.. Memang terharu sungguh huhuhu!

Scene 2 :
Abang baru bawak masuk keter ke porch sebab hari dah malam. Sebelum tu aku dah ingatkan Abang suh tolong ambikkan HP aku yg tertinggal dlm keta nu. Bila masuk rumah & tengok tangan Abang kosong terus la aku tanya..
Aku : Err.. mananyer HP mama?
Abang : Alamak.. terlupa lahh
Aku : Sampai hatiiii...dah cakap dah tolong ambikkan tadi.. huhuhuh
Tetiba Danish yg tengah tekun tengok TV mencelah
Danish : Dah dahh.. Mama jangan risau ye..DANISH KAN ADA.. nanti Danish carikan handphone mama ye
Wah ha ha haa....
Jap lagi Abang bawak keluar HP dari kocek seluar dan hulur kat aku.. Memang saje je Abang ni punnn...Terus aku capai HP yg Abang bagi dan duduk kat sebelah Danish
Aku : Ye ker.. ? Danish nak carikan handphone mama? Sambil meletakkan HP kat sebelah kiri Danish
Danish : Angguk kepala sambil menyambung tgk TV dan terusla terpandang kat Handphone tu sebab TV pun berada kat sebelah kiri Danish
Danish : Mama!! Ni pun Handphone mama!!!! Teriak Danish dengan muka yang sangat2 bercahaya!
Aku : *Buat-buat excited* Danish jumpa handphone mama..?? waaaa.. hebatnya Danishh.. Terima kasih Danishh.. sayaanggg Danishhh..
Danish apa lagi kembang bontot la!! Ha ha ha
Tapi aku ngan Abang sokmolah tergelak kalau Danish keluar ayat-ayat 'orang tua' huhu

*******************************************************************************

Dania ni
Opsss.. ini bukan cerita pasal Ultraman Mebius... but
Sharp Mebius PC-AL70G punya cerita.. heheheh
End of this month one of my Deputy MD is going back to Japan... Dah 3 tahun dah dia duk Mesia nih. Normally memang contract diaorang ke Mesia memang 3 tahun la. Last week tiba-tiba dia duk cari aku jekk.. Aku plak asyik lesap dari ofis attend ntah apa-apa isu sane sini *ceh cam YB plakk. Ops bukan yg berhormat.. Yang Berkhidmat.. he he*. Balik2 ofis anak buah aku sampaikan message mengatakan my Deputy MD nih, japanese mintak tolong back upkan personal data.. Isk isk iskk.. dah la dia duk jauh at another building.. mentang2 la kitaorg ni IT, personal PC pun sokmo suh kitaorg support sekali.. iskk iskk iskkkkk..

Anyway sebagai seorang YB yang berdedikasi*ha ha ha!*, dapat-dapat message terusla call dia balik..perbualan setelah alih bahasa Japanese-Rojak Malay:

Aku : Err.. saya dengar tadi Ushirobata San cari saya. Kenapa yaa..?

DMD : Haa.. saya nak mintak tolong awak disposekan HDD PC saya ni.. deletekan data and musnahkan terusss HDDnyer...

Aku : *Oooooo.. disposeee, ingatkan back upkan. Betul nak dispose ni sampai tahap dah suh hancurkan terus HDD* Ohh.. nak dispose dengan PC nyer sekali ke?

DMD : Ha ah.. lagipun PC saya ni dia punya bateri pun dah kong. Saya nak buang je terus tapi nak make sure data/HDD tu dimusnahkan

Aku : Err... dah berapa lama pakai PC tu?

DMD : Ada la dalam 4 tahun

Aku : Err.. apa kata kalau Ushirobata San bagi je PC tu kat saya *Dengan tak berapa segannyer tanya HA HA HA!

DMD : Awak nak kerr..? boleh tak de masalah tapi make sure HDD tu well erase. Tapi tulah baterinya, power tak berapa elok dah

Aku : Ok tak pe. Beghehhhhhh....

Maka selang 3 hari aku pun datangla ke ofis DMD aku untuk tolong 'dispose'kan notebook PC DMD aku .. he he he.. Barulah best asyik buat amal jariah sekali sekala dapat terus barang yg diamal jariah kan he he he

Malam semalam bawak balik rumah terusla clean up apa-apa yg patut kat Notebook PC tu.. check bateri memang kong tapi as long power adapter switch ON no problem. Ya.. Sharp Mebius PC-AL70G. Processor AMD Athlon 1.6Ghz, Memory 768Mb, HDD 80Gb.. Okay sangat la utk Danish buat main game! ha ha ha... FREE maaaaa....!!!

Sambil2 aku test power masuk Notebook PC tuh Danish pun keluar dok main PS2 kat dalam bilik..

Danish : Whoaaaaa.. PC baru ke mama?

Aku : *ye la BARU kat rumah ni.. tapi bukan PC BARU * Haa ahhh..

Pantas tangan Danish menekan Switch On button PC. Danish kalau setakat on PC cari game tu memang aku rasa sejak umur 3 tahun lebih dah pandai buat sendiri...

Danish : waaaa.. I LOVEEEEEE COMPUTERRR!!!!

Komennyer Danish SPONTAN!

Ehhh.. dia pulak yang excited lebihh.. cam tau-tau jekk.. hahahahahaha!

Anyway lepas ni project clean format buh WinXP English version instead of japanese version kat dalam PC nih.. best best bestt!! he he he

hahh!!! Cepat je klikkk tengok topik ni! hahahahahhaa... opsss!

Kisahnya camni..
Cuti sekolah cam biasalah banyak kenduri kendara orang kahwin. So last week aku balik kampung Pahang sebab jiran kat kampung Abang ada buat kenduri dan macam biasa kitaorang kena la 'rewang' kata orang Johor sebab kat kampung tu dah tak ada siapa2 lagi...

So habis rewang & habis kenduri petang tu ada la jiran datang rumah hantar berkat (lauk kenduri bungkus) dan goodies bag orang kenduri. Kitaorang dapat la sorang satu so ada 2 bag termasuk satu lagi bag utk sepupu kitaorang yg tolong kenduri jugakk..

Dalam bag tu ada la bunga telur.. and kalau dah nama bunga telur of course la ada telur! and also jajan - Sumi, cracker & gula-gula. Danish la yang paling excited bukak goodies pack and terus request suruh kopekkan kulit telur... bagi kat Danish sekelip mata je habis sebijik!

Dah la petang semalam kitaorg sampai terus singgah Hospital bandar Pusat melawat sepupu yg pregnant kembar warded dek suspect kencing manis. Makanya masa kat hospital tu ada la Abang tunjuk kat aku poster kesihatan pasal kadar kalori dah salah satu dlm list TELUR! Telur kuning je 1480 sedangkan telur putih cuma 300 jek!

So bila hari ni Danish dah habis sebiji sebiji telur dan Danish nak lagi sebijik telur yg kitaorg dah bagi kat Dania maka of course la Abang pun tak bagi sebab dah tertengok poster kalori tu dan sepatutnya seminggu boleh makan maksimum 2 biji telur jek! Malangnya Danish merengek nak jugak telur yg ada pada Dania.. maka akhirnya dapatlah pau Dania separuh biji. Habis pulun satu setengah biji.... tak lama tu Danish datang kat aku bawak bunga telur lagi satu...
Alamak ni bunga telur utk sepupu aku.. makanya kitaorang tak bagi la kat Danish sambil explain yg bunga telur tu bukan Mama or Papa punya, orang lain punya tak boleh ambil.. Danish apalagi berkeriau la sebab tak dapat telur lagi sebijik tu... kitaorg pulak dah la Bunga telur tu orang punya ditambah dgn Danish yg dah pulun 1 setengah biji so memang berkeras tak bagi jugak Danish ambik dan Danish pun meraungggggg-raung la mcm kisah batu belah batu bertangkup tu! huhuhuhuh!!!

So aku pun cakap la kat Abang.. pergi la bawak Danish pergi kedai.. kang dia nampak jajan lupa la pasal nak makan telur.. Makanya kitaorg berempat pergi la kedai naik kereta..sampai kedai Abang pun selak2 je la duit2 singit yg bersepah dlm poket keta dah bagi kat aku, Danish & Dania sorang satu.. meaning sorang RM1 hehehhe
Abang : Nah ambik sorang seringit. Nanti ambik jajan bayar pakai duit ni tau! Pesan Abang pada Danish

Aku pun pimpin la Danish & Dania masuk dalam kedai... sampai dalam kedai Dania nampak jajan terus tak berganjak dahh.. yang Danish pulak terpusing2 satu kedai.
Aku : Danish nak jajan apaa.. cepatlah ambik
Danish : Danish nak TELURRRR.....
HA HA HA!! Ingatkan dah nampak jajan lupa dah pasal telur rupanya sangkaan aku meleset 200%!!! Ha ha ha haa...! Tergelak aku sorang-sorang tapi terus la bawak Danish kat tempat telur. 3 RM1.. Sambil aku ambik plastik kat kaunter Danish dah pilih2 dah telur mana yg dia nak ambik. Aku hulur plastik dan Danish dengan ceria masukkan 3 biji telur seperti aku suruh.
Lepas tu aku suruh la Danish bayar sendiri kat kaunter RM1. Danish punya la excited dapat beli telurrr..
Danish: Yea yea beli telurr! Yea yeaaa beli telurrrr!!
Danish menyanyi sambil melompat2 dengan sebungkus telur kat tangan. Giller happy!
Aku memang geli usus tengok Danish yg beriya2 & excited sangat nak makan telur tiba2 tu.. hahahahaha.

Masuk dalam keter Abang pun tergelak tengok Danish bukan beli jajan tapi beli telur!

Sampai rumah pulak Danish terus nak makan.. aku kata kena masak dulu baru boleh makan. Tu pun mula-mula tak terima dah mulalah nak merajukkk..

Lepas 20 minit telur pun siap direbus dan disejukkan.. aku kopek sebiji, letak dalam mangkuk dan bagi pada Danish. Sambil2 tu aku pun mula berkemas sebab petang tu nak balik Puchong dah..

Siap berkemas aku tengok Danish tak makan lagi telur nyerrr..
Aku : Laaa...... apsal tak makan lagi telur tu. Tadi beriya-iya sangat nak sampai berguling2!
Abang : Hmmmmmmmmm... Danish sayang telur tu tak nak makan. Gigit main2 je kat tepi bibirrr.... Cakap nak bawak balik makan kat rumah (Puchong)...
La pulakkkkkkkkk... macam-macam peel la Danish nihh.. saborrr je laaaaaa.. dush!! dushh!!