Hari ini ialah hari perjumpaan Ibu Bapa Tadika Danish
Hari persekolahan baru je bermula kira-kira 2 minggu lepas tapi sudah ada
hari perjumpaan Ibu Bapa..?
Aku yang tak berapa nak ada experience tertanya2 gak agenda sebenar hari ni.
Anyway kami sampai kira-kira pukul 10:00 pagi dah dah agak ramai parents yang dah sampai.
Kira-kira 10:15 agenda bermula. Dari taklimat yg diberikan, hari ini ialah hari
pengetua tadika memperkenalkan guru-guru yang mengajar disamping sedikit sebanyak maklumat mengenai pembelajaran murid2.
Yang menarik, agenda utama ialah sessi pengajaran kepada ibu bapa tentang method pembelajaran Maths - Arimethics.
Oh memang menarik ni. Kelas ini dianjurkan dengan tujuan mengurangkan kadar kekeliruan sylibus maths yg diajarkan oleh parents dirumah yg kebanyakannya menggunakan method a***methics (<- tak ingat) berbanding kaedah yg diajarkan di tadika secara Arimethics.
So kelas pun bermula dengan cara-cara membaca kiraan jari. Semua ibu bapa masuk dalam kelas dan duduk la kat kerusi saix XS tu ambil feel anak2 belajar dalam tu hu! hu!. Memang berbeza dan kira pengetahuan baru jugak bagi aku. Kiraan 1 bermula dgn jari telunjuk tangan kanan, diikuti 2- naik jari hantu, 3-naik jari manis,4- naik jari kelingking dan 5-tutup semua jari & naik HANYA IBU JARI. 6- naik jari telunjuk, 7-naik jari hantu, 8-naik jari manis dan 9 - naik jari kelingking menjadikan penuh satu tangan kanan. 10? 10 berpindah ke tangan kiri dengan naik 1 jari telunjuk. Seterusnya 11 = 1 jari telunjuk tgn kiri dan 1 jari telunjuk tangan kanan dan kiraan bersambung seperti tadi ...
Para ibu bapa diajar kiraan mudah tambah, tolak dan darab menggunakan cara ini dengan harapan dirumah ibu bapa akan menggunakan kaedah sama ketika mengajar anak.
Jadi tidak timbul soal keliru bagi murid-murid.
Kelas berlangsung kira-kira 1 jam. Selesai kelas semua ibu bapa dijamu dengan hidangan buffet lunch yang dimasak sendiri oleh kakitangan tadika yang turut mengadakan perkhidmatan taska. Antara juadah yang dihidang - Nasi putih, ikan keli tumis cili, udang masak sambal, sayur tauge, sayur masak lemak & ayam goreng. Boleh tahan jugak.. dapat ilmu dan dapat makan free.. hehehheheheh.
Sebelum balik sempat aku ronda class Danish & bertanya pada cikgu tentang Danish. Komen cikgunya, Danish :-
1. Makan memang selera & suka makan sayurrr
2. Cepat tangkap *hmm.. sbb dah ada basic ABC masa kat montessori dulu kot*
3. Senang berkawan ngan geng2 5 tahun *memang suka berkawan ngan budak2 besar*
Anyway, ganbatte Danish! Aku dan ABANG sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Danishh.. Aminnn
Posted by
*∽ IZAN ∽*
Saturday, January 17, 2009
Labels: Danish Aiman, Firstime ever, my family, our lovely kids
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 sweet comments:
best nye parents pun dpt peluang belajar kat tadika macam tu. so, dpt le mengajar anak2 kat umah sama cara macam cikgu ngajar kat sekolah tu :)
errr...mkn free camtu pun sodap gak!!
Tu la pasall.. memang best and kira new experience & new ilmu gakkk.. huhuhuhuh.
t'sgtlah lamer kite tak keep in touch kt fp kan..td t'gerak hati nak add link izan..tuh yg sempat bace tp lom abis..bnyk t'lepas..tak dan nak letak komen..
add lah..sile2x..rindu nak bace story 2 badik tuh..hehehehe
Post a Comment