Assalamualaikumm..

Salam cuti sekolah semua.. mesti masing2 tak lekat duk rumah
musim2 cuti sekolah ni kann. Danish pulak start semalam dah mula intensif kelas
Jawi, Iqra' & Al-quran selama sebulan kat Sekolah Agama. Aktiviti mengisi masa lapangnya
kalau tak kat umah kompem layan Tab & TV tah hingat...

Ahaaa... ni nak share.. 
lately tetiba famous de amos betul CREPE DURIAN ni kann!
Aku asyik tengok orang post kat FB jekk uhuk!
Tak pernah plak terjumpa org jual kat luar lagi..
risik punya risik rerupa ex-ofis mate Abang pun ada yg wat bisnes
Crepe Durian ni.. apa lagi terus order!!!!


Semalam Abang order terus di hantar on the spott..
dah buat pertama kalinya.. akhirnyaaa....
dapatlah aku merasa crepe durian ni nyummmm!!!!
Owh lemak berkrim kurang manis penuh rasa durian isinya ekk!!
Sungguh nyummehhh!! Sepaket 4 pcs ni RM10.
Sedap di makan sejuk sejukk.. wallaa..!!
Terima kasih daun keladi Abangg! muahhh


Ahaa.. pagi ni plak check up baby. Baby dah masuk 22W ++. Dan bulan ni berat badan aku naik 3 kg setengah! kohokk!! Pregnant kali ni mmg aku rasa perut makin besar padahal baru nak masuk 6 bulann...
ada yg tanya.. eh ingatkan dah 7 bulann!! uwaaaaaaaaaaa... ngerrii makk!!!! Berat baby plak dah 500g ++..
baby tak yah besar2 sangat okehhh... agak2 keluar nanti 3kg pun OK. Nanti kat luar Mama 'besar'kan uhuhuhu. Ikut rekod Danish 2.95kg, Dania 3.4Kg & Dhiya 3.55 Kg... anak panah menaik tu kalo tengok graff uhuhuhu!

Hari ni plak kena minum air gula..! uhukk!! Siap di bancuhkan dan kena minum depan Doktor habiskan!
hohoho!! Kali ni dapat perasa orangee... masa Dhiya dapat perasa anggur.. ok la sket rasanya walopon
manis teramat. Ingat lagi masa Danish dulu.. kat Hospital Putrajaya dia baginya separuh plastik gula suh cari
air suam, bancuh & minum sendiri kat cafe.. kompemmm muall tekak nak habis kan uhuhuhu!



Ok. Result akan dapat dalam masa beberapa hari. Kalau time Dhiya dulu bacaan gula dalam darah aku SELEPAS minum air gula lagi rendah dari sebelum minum air gulaa.. buat 2 kali pun result lebih kurang sama..... camne tuh ? uhuhuh

Apapun harap baby sihat dalam perut mama Okehh!

P/S: Lately sibuk sket... nak berblog pun kurang mood walopon terlalu banyak cerita yg nak di ceritakan. Hujung minggu semakin kerap aku balik kampung tengok Abah.. Terima kasih Abang kerana sentiasa berada di sisi menemani. Sebenarnya keadaan kesihatan Abah semakin merosot. Kanser Limfoma Abah dan masuk ke tahap 4 dari tahap 2 masa di kesan Februari lalu.  Rawatan Radioterapi terpaksa di hentikan kerana faktor usia dan kondisi Abah utk terima rawatan tu. Kimoterapi masih di teruskan pada dos rendah.. cuma makan pil. Adik beradik cuba rawatan alternatif menggunakan B17, biji aprikot.. semoga Allah permudahkan urusan kami. dan tabahkan hati kami..
Air mata ni senang sangat mengalir setiap kali lepas solat berdoa untuk kesihatan Abah.. sebenarnya nak cerita pun rasa tak sanggup sebab bila teringatkan Abah senang sangat air mata ni nak gugur...

Apapun doakan semoga Abahku berupaya untuk sembuh ya kawan-kawannn.... tak sanggup tengok orang yang kita sayang menanggung sakit apatah lagi kedua orang tua yang kita sayanggg...




Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua. 
Ahaaa.. kali ni entry pasal my cheeky Dhiya Ariessa plak!
Ahaaa... sedar-sedar gigi dah nak masuk 4 batangg..!
Gigi KAPAK atas tu baru tumbuh lagi 2 batangg..besarrr ko!! kkekekeke


Wrap up progress Dhiya :-

Dhiya Ariessa 8 months :
- Akhirnya dah pandai duduk sendiri!
Walopon baru pandai duduk sendiri tapi bab memanjat memang teramat advance 
sehingga berjaya memecahkan rekod Abang Danish & Kakak Dania, baby pertama yg
terjun dari walker! huhu
- Dah mula sebut 'Mama' & 'Papa'
walopon sebutan nya jadi "Ma ma ma ma...! & "Pa pa pa pa...!"

Dhiya Ariessa 9 months :
- First 2 batang gigi yg tumbuh masa Dhiya 3 bulan tu dah bertambah lagi 2 batang gigi...!
Gigi Kapak lagii!!! 
- Dah pandai tepuk tangan bila dengar orang menyanyi. 
- Murah 'sengih' especially bila Mamanya nyanyikan 
lagi turun temurun "Bom ca ka bom, BOM BOM!!'
*ulang selagi suka*
Adik beradik derang ni je yg tau lagu ni kikikiki
- Dah mula panjat tangga 1-2 anak tangga uhuhuhu
- Bab bab makan dah makin 'advance!' pantang nampak orang makan 
dia dah start terkumat kamit mulut mengunyahhh.. pastu sedar2 
dah kat sebelah kita mintak simpati untuk di suapp!
- Moralnya sangat suka mengutip benda jumpa atas lantai masuk mulutt!!!!
Eeeii...!! memang aku risau sket anak dara sorang niiiiiiii. Dah macam2 jumpa dalam 
mulutnya tu.. benang laa.. kain perca laa.. pandai je tangan dia kuit2.!
nampak aje matanyaa!!!

Dhiya Ariessa 10 months :
-  Akhirnya pecah rekod dah panjat tangga lagi dua anak tangga nak sampai 
tangga tengah yg rata tuh..! Kuss semangatt..! Nak gugur jantung  Mama dengar.
Bibik cakap dia naik atas jap, sedar2 Dhiya dah panjat tangga pastu merengek
panggil orang..! uhuhuhuh
- Dah pandai lambai-lambai oranggg! Especially bila hantar Papa, Abang & Kakak 
nak gi sekolah pepagiii ;)
- Dah pandai marah orangggg tuhhh!!! Paling marah kalau dia pegang barang 
orang lain ambikkk dari tangan dia hohoho!
- Makin tak duk diamm... bibik cakap kejap je 'hilang!'
kang sedar2 dah dalam bilik.. kadang lepas ke bilik air tengok kakak dia mandi uhuhuhuhu


Geram tengok kalo dia dah start tayang gigi.. rambut je la alahaiiiiiii..
halus mulussss.. jenuh la Mama nak tunggu rambut Dhiya panjangg Nak oiiii!

p/s: Projek ke LEGOLAND sempena cuti sekolah ni terpaksa di tangguhkan gara2
dengar kabar cuma fasa 1 je yg baru siapp.. ada 7 fasa semuanyaa...
katanya tak berbaloi nak pergi sekarangg...
so bring foward ke cuti sekolah tahun depan la jawabnyaa uhuhuh
Assalamualaikum...
Salam Hari Rabu semuua..
Hari ni macam biasa hantar Dania pergi school @ Little Caliphs.
Sampai2 sekolah aku di beritahu Cikgu ada gambar kelas sessi 2012 
dah siap. Aku pun dengan senang hati pergi collect.
Bila gambar tu dapat kat tangan tengok ada 2 helai gambar 8R dan 4 keping gambar passport.
Dan gambar yang di letakkan dalam frame ialah...
"Dania & Cita Cita  Saya!"


Bila terpandang gambar ni entah kenapa hati Ibu ni terus terasa sebak.... touched and speechless.
Si Manja Mama yg BF hingga ke usia 3 tahun lamanya...
Jauh di sudut hati sentiasa mendoakan semoga sentiasa di permudahkan oleh Allah swt untuk kami membimbing anak-anak ke jalan yang di redhai Nya. 

Semoga kami sentiasa di berikan hidayah agar mampu memberikan yang terbaik untuk mereka. Semoga anak-anak Mama & Papa mampu mencapai kecemerlangan dan mencapai apa yang di cita-citakan oleh mereka hari ini... Aminnnnn

*Mode terharu di pagi hari uhuk uhuk uhuk*