Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semuaa..!
Hari ni seawal pagi lagi kitaorang dah bersiap-siap nak keluar..! ha ha.
Sebelum ni ada tengok iklan breakfast kat Mc Donald tu. Memang terpengaruh sungguh
ngan iklan tu.. memang ada la ajak Abang try sekali breakfast kat Mc D ha ha!
Tup tup lepas tu tengok ada pulak foward-foward kupon
REE 2 Big Breakfast dari Mc D..!
Last week tengok Aleyn update gi breakfast kat Mc D guna kupon tu. Beratur 45 min beb!
Mak aiii.. Memang bagus betul marketing stratergy Mc D...memang menjadikk!


Anyway hari ni turn kitaorng pulak. Kitaorg pergi Mc D 24 hours kat Puchong Gateway.
Tak jauh gak dari rumah. Cam biasa, sampai-sampai tengok parking penuh, queue Drive thru pun panjangg..
pantang FREE semua kerumun!! haha


Anyway untuk pakai voucher ni kena ada belikan RM5 min. Free breakfast ni tanpa minuman so
kebanyakan pelanggan akan purchase air, 2 cofee or 2 milo or 1 big milo.
So ni kitaorg punya order.. huhu


Ni yg FREE, 2 set.

Nasib baik keadaan terkawal dan beratur pun dalam 15 min je. Time kitaorang
sampai tu dalam kul 8:30 pagi. Tapi sampai kitaorang habis makan masih ramai pelanggan lain datang,
beratur sampai keluar pintu! haha


Danish mula-mula tengok breakfast tuh.. komennye
"Eeeeeee..... apa ni..? tak nak lah! Tak sedap..!!"
Ha ha.. dasar tekak ORANG MELAYU..!! hehehehe
Seb baik bila pekena scramble egg + sos tu habis gak dia nak makan.
Dania layan hash brown je.

Okeh tukang karut pun nak interframe hehe.
Masa queue tu ada gak budak2 DELL take away 3 set Mc D
Big Breakfst bawak balik ofis.
Sempat sembang2 ngan diaorang. Ada can wat esok lusa kat ofis nih.. hehe

Kepada yang lain, masih berkesempatan nak redeem kupon ni.
Just print je kupon kat bawah nih & buat min order RM5 so akan dapat
2 Big Breakfast FREE..!!!
Sah sehingga 31 Mar 2011 okeh!

Assalamualaikum..
Ahaa.. nak share sebuah Restoran Makanan Jepun, O-shima Restaurant milik bumiputera kita
yang terletak di Alam Megah, Sham Alam Selangor. Pemilik Restoran ni, Asnidar Hanim dan suaminya Ahsraf adalah bekas pelajar dari salah sebuah Universiti di Jepun. Asnidar satu batch dgn aku tapi lain-lain tajaan. Pernah kerja satu tempat dengan aku kat Nitto dulu sebelum Asnidar ikut suaminya berhijrah ke salah sebuah negara di timur tengah sebelum kembali ke tanah air dan menceburkan diri dalam bidang restoran ni.

Hari ni keluar artikel restoran mereka di sisipan MODE, Utusan Malaysia. Aku pun dah beberapa kali
pergi makan kat restoran ni dengan geng-geng kompeni lama kalau ada majlis perpisahan dan sebagainya. Akhir-akhir ini promosi giat di jalankan termasuk bersama rangkaian TV Alhijrah & Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV3.



Nak tahu detail boleh layari : O-shima restaurant

Senarai menu yang di sajikan :
Menu O-shima

Semua sajian di jamin HALAL okehh!!
Assalamualaikum...

Keputusan SPM 2010 telah pun di umumkan kelmarin.
Tahun ni secara keseluruhan mencatat keputusan yang lebih baik dalam tempoh 4 tahun!


PUTRAJAYA 23 Mac - Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A , A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini. 
 

Mulai tahun 2009, gred SPM telah pun di tukar seperti rajah di bawah

credit : LanunSepet

Dah tak macam zaman2 90-an dulu, kiraan agregate
A1, A2, C3, C4, C5, C6, P7, P8 & F9

Aha sape nak bacer kisah aku hilang IC masa exam SPM 1st day

Sekarang ni terlalu ramai candidate dapat straight A sampai terpaksa pulak split kan A tu kepada 3 gred lagi... huhu. Salah seorang anak sedara aku, Afeena pun ada yang dapat staright 10 A's dengan 6 A+. Sejuknya la perut mak eh mengandungg.. esok esok anak-anak kita camne la pulakk yekk. Aku
yang jadi parent nak push sangat anak-anak pun kesian.. tak push tengok je la trend
pendidikan sekarang..huhu

Anyway nak share link-link penting untuk permohonan melanjutkan pelajaran le dalam dan luar negara.



Dan link senarai biasiswa


Tahap pendidikan lebih mencabar kini.
Untuk permohonan Universiti luar negara sahaja
rata-rata memerlukan 9A. Kalau tak cukup syarat minima,
borang permohonan pun tak boleh nak submit..! fuhhh..!!

Anyway, tahniah kepada adik-adik di luar sana yang mencapai keputusan cemerlang
dalam SPM 2010..! Semoga kejayaaan terus mengiringi kalian..!!