Shinnen akemashite omedetou gozaimasuuu!!
Selamat Menyambut Maal Hijrah *dah lepas* and Happy new year 2009 to all!!

Hujung tahun ni company bagi cuti. Since Mak & Abah stay kat Penang dari 26hb ke 2hb lepak kat umah my sister yg mmg dok Penang (hubbynyer orang penang) so cuti hujung tahun aku & Abang pun ikut pi Penang. Bertolak 31 malam.. masuk detik 2009 kitaorg
masih kat highway menuju ke Penang hu! hu! hu!
1hb tu sehari suntuk la meronda. Pergi 2 kereta. Family Dayah (my sister), my parents, K.Ana & Abg Mat (my uncle) ngan anak2 dia. Abg Mat aa yg jadi tourist guide.
Yang kelakarnyer dah la org penang & tourist guide duk satu keta, yg kitrg pendatang ni semua satu keta.. last2 tourist guide dok sms/call je la dok explain tempat2 yang dilaluii.. kakakakakakak.

Lepas breakfast pagi terus pi Pulau merentasi jambatan.. ronda satu pulauu!
Destinasi pertama singgah kat tempat beli jerukk! Lupa lak namanyer. Lama gak duk situ sebab beli jeruk berkilo-kilo! huhuhuhuuh. Boleh campur sekilo Rm7 je..
sebut je jeruk apa semua ada.. aku rasa lebih dari 20 jeniss! memang besttt!
aku rasa yg duk merasa pun mau sekilo gak sorang ! ngeh! ngeh! ngeh!


Lepas meronda berenti lunch and solat. Pastu lepak jap kat apntai Baru Feringhi. Kat pantai ni la tsunami pernah melanda 4 tahun lepas.. iskkkk. Lepak2 ambik angin pastu teruskan perjalanan.. awan mendung & hujan renyai. So kitaorg cuma ronda dlm keta je la ke corns wall & Padang kota (lama/baru). Pastu singgah ke rumah Kelahiran P.Ramlee. Ngam-ngam nak tutup dah seb baik la pakcik tu bagi can kitorg ronda gak dlm tuh!! huhuhuh!



Balik dari situ singgah solat lagi dan terus naik Feri balik seberang Prai. Pergi tadi ikut jambatan, balik naik Feri. Bila nak masuk pulau je kena Rm7 balik naik Feri tu free so dlm feri tu sempat la lepak kat luar keter sambil mnghirup udara selat melaka...hehehhe


Sampai darat dah nak maghrib. Agenda malam ialah - pi pulun Mee Udang kat sg dua!!!!
Lepas solat kat masjid Sg Dua, kitaorg terus menuju ke restoran Mee Udang kat Sg Dua. Kiraan harga ialah ikut berat Udang. Ada 2 jenis. Udang kertas saiz XXL RM80/kg and Udang Galah RM70/kg. Tonight is aku & Abang nyer treat..heheheh. So dengan sesuka hatinya amek la Udang kertas XXL tu sekilo. Pastu order mee kuah RM3/sepinggan - 8 dan nasi goreng pun RM3/sepinggan - 3. K.Ana plak belanja satayy..
Memang sedapp.. nak tau rasa nyer camna... er komen aku macam rasa mee rebuss pas tu buh udang bebanyakk.. err cam tulah. Malam tu memang licinnnnnnnnnnn semua pinggan...
TApi cuma abes lebih kurang kurang RM150 je untuk 8 dewasa & 6 kanak2 makan. Berbaloi lahh!!





Malam tu dah kekenyangan sempat lagi my BIL belikan kuew Teoy Penang! perghh dan kenyang tu pun pulunnn gakk.. memang sedappp. Lain sket rasanyer.. lebih rasa hangus-hangus kering gitu kot heheheh!


Esoknya ialah acara masak memasak kat umah sbb Mak, Abah & K.Ana nak balik dah malam ni naik flight. So Hari jumaat tu memang mengadap lauk pauk jelah kat umahh.. kenyang makan burrppp! Best berkumpul & makan reramaii!! hu hu!

Lepas asar bertolak ke airport. Rupa2 flight kul 10:30 malam. Malam tu makan malam reramai kat Kopitiam kat airport nuh sambil chit chat. Lepas hantar diorg pi balai berlepas, kiraorg pun singgah la Quensbay.. lepak2 ambik angin malam.

Esoknya sempat singgah kat Jusco Bdr Perda. Saja nak biar Danish puas main ngan sepupunyer - Dira & Qiha kat play land. Bleh plak terjumpa ngan Abg MAt & wife dia kat situ huhuh!







Lepas puas lepak & layan budak2 ni petang tu terus kitaorg balik Puchong..
Hujan mula turun renyai-renyai. Apalagi dua beradik ni terus lena keletihan...zZZzZzzZZz
sekian. percutian di Penang.. heheheheh


Tabetakute tabetakute tamaranaii.......!
yoru nerenai gurai tabetaiii... fu fu!kekkyoku yube tsuretekite kureta..Pasta de Gohannnn!!!!


Moralnya semalam balik kerja Abang keluar ayat hikmat
'Nak pergi cepatla siap-siap!'
Hahhh.. majide..? betul kerr.. betull kerr..??!! huhuhuhuh
Nampaknya seminggu 2 kali aku jejak Sunway Pyramid! Hahahahha
Malam ni agenda - Makan pasta! hohohohohohohoho! Tersangat la besttttnyerrrrr!
Termakbul gak hajat aku nak gi makan wafu pasta (japanise Pasta). Kalau nak makan sushi or Japanese cuisine/teishoku memang bersepah2 la kedai boleh cari... tapi wafu pasta ni yang pertama seumpamanya yang pernah aku jumpa.... Ada sekali doria.. guratan..kat Sunway plakkk tuuu..Memang fuinki mcm nak nihonnnnn te kanji.cho ureshiiiii!!! *tersangatlah gembira tahap dewanyerrr!!!*
So kawan-kawan seangkatanku sekelian... kini tidak perlu risau lagiii.. kalau nak merasa wafu pasta bleh jejakkan kaki ke Pasta de Gohan Sunway Pyramid. Atau layari
www.pastadegohan.com Surf jangan tak surffff!! hu! hu!

Lepas maghrib gerak dari rumah. Sampai terus pi LG2-Pasta de Gohan. Yang bestnya masa sampai sambil nak menunggu kitorg kompem order, kids diberikan snack & toys! So ada la aktivity Danish & Dania sambil tunggu order sampaiii.



Masuk2 kedai aku terus pilih menu - Squid ink pasta yang aku mengidam2 sangat..
Dah nak 8 tahun aku tak merasa pasta nihh! Abang ambik Kimchi Pasta dan Danish Nepolitan pasta set for kids. Tetapi... zannennagara...Squid Ink pasta tak ada stok kena import dari Japan bulan Jan ni baru stok masukk...!!! HaaAaaaAaaA!!!!! Sian aku kempunan... aku datang semata2 nak mengadap squid ink pasta tu...uhuk! Anyway, takpe.. moralnya bulan Jan karang datang la lagi!! huhuhu! So aku pun terus beralih ke pilihan ke-2 - Pasta set menu Mentaiko spagethi - Cod roe pasta + Gratin. Drinks seperti dalam gambarr - aku order Hawaian Floatt... Abang..ntah apa namanyerrr








Oppsss.. sekadar hiasan. Lain kali boleh order.. hhuhuuh!


Lepas makan.. dah kenyangg.. burrppsss!! opsss Alhamdulillahh.. Jenjalan skit balik..
Nak kemas bag.. malam esok nak gi Penang plak.. misi mencari mee udanggg!!! huhuhuhuh!



28th Dec..
Hari ni ada wedding my lady boss's brother.
Vanue : Kelab Komuniti Cyberjaya
So congratulations to Hazwan and Sukma. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.
My Lady boss ni jadik Wedding plannernyerr... huuhu! Congratulations both!







Lama gak lepak sebab ada persembahan tarian dari penari2 cilik, vanue makan ada 3 konsep - Garden, cofee house & VIP. Pastu siap ada teh tarik lagiii..
Disebabkan ni kat Kelab Komuniti, so sempat lagi singgah kat playground layan budak2 ni mainn.. balik singgah Alamanda baru balik huhuhu!

Weekend pertama lepas bonus! huhuhuhhu
My SIL still ada kat umah so everyday balik kerja memasak so weekend ni
tekak aku dah tak leh terima nasi... kena cari menu lain plakk.. huhuhu!
Hari sabtu pagi ajak hubby and kids cari kindergadten baru utk
Danish. kalau boleh yg ada play around, acedemic & iqra' as well.
3-4 tadika gak yg kitaorg ronda sekitar Taman PP tu last2 jumpa la satu ni
yang affordable yet yang Danish suka.
Belum masuk pintu jumpa cikgu Danish dah cakap
'Danish nak sekolah sini..'
Kalau yang dia tak berkenan
'Danish tak nak lah sekolah ni..'
Tadika ni ada aktiviti bermain air dipanggil kelas renang (?)
tapi bukan bereneng kat pool betul pon cuma dalam mini pool ramai2 gitu.
Danish dah excited tanya
'Mama bila danish nak mandi kolam dengan kawan-kawan!'
Aku tak kisah jee. Ikut yang Danish happy nak pergi lagipun baru 4 tahun
Yang penting dia suka and enjoyyyy...

Tengahari balik dan bersiap-siap ke Sunway Pyramid (Sunway pyramid lagi...)
Sampai-sampai pening kepala nak pilih restraunt mana nak pi.. iskk isk iskk
Last2 decide nak gi Fish Manhattan.. sebab aku pun tak pernah masuk lagi
On the way terjumpa - Pasta de gohan! Wafu pasta fuinki memang sebijik cam kat Nihon!
Tengok tanda Halal ada.. aku dah tak senang duduk tapi atas suara ramai akhirnya
pergi jugak kat Fish Manhattan....
Takpe.. kalau bukan hari ni pun aku pasti akan sampai gak
lain kali sebab ada peberet pasta aku - Squid ink pasta!!!! hu hu hu!*Bak kata Abang-Tunggu Abang nyer bonus plakk...argghh tak sabarnya.. tak sabarnyerr..!*

Sampai kat Fish manhattan tu mmg penuh orang.. antara menu yang diorder
- Manhattan fish and chips, Baked fish in garden herb, calamary rings, Garlic butter rice, White baits, mushroom soups, bottomless iced lemon tea etc






Makan sampai perut kenyanggg.. burrrpppsss! opss!

Lepas makan ronda-ronda. My SIL/BIL pi cari barang baby..
Aku ngan Abang pi kedai letrik peberet - SenQ. Cari Water heater shower pump - Panasonic. 2 tahun aku mengidam akhirnya dapat jugak.. kira free la ni. Tolak Maybankcard treat point RM300, duit 'jual' MP4 player RM240... pas tu Abang top up aa sket wiring hu! hu!
Sambil kitaorg deal ngan salesman, SenQ tu dah macam playground Danish & Dania.
Dah la dengar lagu2 meriah kat hometeater set. Pas tu segala tempat washing machine & freezer jadi tempat diaorang main sembunyi ibu plakkk.. huhuu
14th Dec
Bangun pagi tengok Abang bersiap.
Aku : Gi mana tu..?
Abang : Nak gi jogingg
Aku pun bangun ikut bersiapp
Nak ikut Abang gi jogingg gaaaakk.
Danish & Dania masih lenaa.. ZZzZZZZZ
First time sarung sport shoes kat umah.
Selama ni sport shoes pakai utk gi fitness class kat company jekk
tu pun floor berkarpet. So first time sport shoes aku turun padang.. huhu!
Moralnya apsal selama ni aku tak pernah ikut Abang gi joging ekk..?
Sebab selama ni tak ada orang nak tengokkan budak2 kat umah... hehehhe
So selagi bibik ada ni ada la chance nak ikut Abang berjongging.. best jugak
ek pagi2 ambil udara segar. Selalunya pagi minggu aku kat dapur aa buat breakfast
moralnya hari ni sambil jogging sambil beli breakfast! kwang kwang kwangg!

Tengahari pulak bertolak ke Seremban attend wedding Ezwan.
Tahniah to Ezwan! Kecil molek je wife nyer.
Anyway semoga berbahagia hingga ke Akhir hayat.
Tak lupa kpd Pn. Raja Azian, bekas guru disiplin aka mentor
sekolah aku dulu diatas Majlis anak sulungnya aka menantu sulung!
Moga cepat dapat cucu!!!

Balik hujan renyai-renyaii..
dalam kereta Danish main kamera.. tetiba aku sedar screen camera tu tunjuk
progress bar..???!! Haaaa..??? Aku panik terus switch off camera.
Check balik gambar keluar error - Nothing to display..??!!
Semua gambar2 Annual Dinner malam semalam ada dlm camera tu??!!
Arrghhhhh...! Biru mata hitam ku sekejapp..
Memang benganggg gilerrrrr.. argggghh!
Terus aku merajuk dengan Danish dan tanpa sedar laju je
tangan aku mencubit Danish geram!!
Danish terus menangisss.. aku dah bengangg..
Aku suruh Danish tengok balik camera tu sendiri check ada gambar tak
Dia cari tak ada jugakkk.. Danish mula sedar situasi walaupun tak paham
sepenuhnyaa
Aku terus merajuk dan Danish mula memujuk..
'Sorry Mama.. sorry...!' Ujar Danish sambil menghulur tangan meminta maaf.
Buat seketika aku cuma tengok je Danish tanpa reaksi. Masih gerammm
'Salam laaaa.. tak baik cam tu' Abang yg tgh drive pulak pujuk akuu
Baru aku tersedar dan sambut huluran tangan Danish.
Tapi aku still tak bercakap dengan Danish.. masih bengang
Danish menangis sampai tertidur
Dan aku pun tertidur.. sebab malas nak fikir
Mula-mula plan nak gi Nilai pun terus aku batalkan sebab dah hilang mood

Sampai rumah aku terus cari PC. Cari recovery software...Masuk
bilik dan install dalam PC dan mula scan SD card camera.
Hampir setengah jam kemudian aku nampak balik semua gambar2 dlm SD card tuh!
Terus aku buat recovery! Naseb baikk boleh recover balikkk!!

Siap recover baru turun bawahh...
Aku : Dah boleh recover!! Jerit aku kegumbiraan!
Abang : Haaa.. baru nampak gigi. Danish tengok mama tu baru nampak gigi Danish! Perli Abang.
He he he.. seb baik bleh recover balik.
Abang : Pakai software apa..? mintak copy?
Aku : Mana lehh.. kena belanjerr laaa huhuhu!

Petang tu mood dah Ok bawak Danish & Dania jenjalan.. jalan kat depan2 rumah je la
amek angin petanglepas hujan.. huhuhuhu!