Assalam.....
Alhamdulillah... selepas task force gerak kerja pantas dengan kontraktor lepas raya hari tu ada la nampak progress rumah ni. Tu pun kitaorg yg dah take over projek dan upah and barang kitaorg yang  manage dan beli sendiri.

Bermaksud lepas ni kitaorg dah boleh la kalau nak buat bisnes  buat rumah sbb dah tau kat mana 
nak cari barang2 dari barang kasar sampai ke furnishing ngahahahaha *ferasann sangatt uollls*.
Minggu ni pun super busyyy... weekend ada Disaster Recovery excersice dengan Japan
start dari 11 malam Jumaat malam Sabtu tu sampai 3 petang esoknya .. 14 jamm!
giler nko bila aku nak tidurr..
jenuh nak curi2 tidur dengan kenit2 ni kann.. pepaham je la.
lepas tu bersambung pulak hari Ahad dari 2 pagi sampai 1 tengahari..!!
pun macam tu lepas habis sessi DR excersice ni kena gagahkan diri gak jejak
vendor2 dan kontraktor rumah untuk pelbagai arrangement. Dah weekend je masa yang ada..
hari kerja memang tak sempat dah selain dari memantau kontraktor yg buat rumah punya kerja kannn.
Ni pun pagi Abang sempat la keluar gi order barang2 kasar.
So far dalam dah 80-85% siap. Dah start nak buat lantai garaj luar...
Alhamdulillah laaa

Anyway finally minggu ni berjaya menjejakkan kaki ke Signature Kitchen Lifestyle and Gallery
untuk buat full payment dan progress order masuk ke production. Alhamdulillahhh...
lega rasa. Kalau tak tengok keadaan rumah pun suspen je kannn...
lepas order masuk production estimate 4-6 minggu pulak sampai 
complete installation... lama tuuuu huhu


Ni gallery Signature Kitchen yg terletak di Puchong Bandar Puteri.
Bila dah involve dengan kerja2 renovation ni baru tau 
kat Puchong ni memang bersepah2 kedai2 untuk diterjah yang berkait 
dengan Home Reno. memang banyakkk!!
Jadi senang la tak yah nak drive jauh jauh. 
Kalau ada masa aku share lah nanti kat mana dan dimana nak cari yek.

  

Sempat cuci2 mata dulu kat Signature gallery.


Actually kitaorg sign up booking ni masa Home Dec 2014 kat KLCC awal tahun ni.


Yang baju hitam tu Mr Ben, designer KC kitaorang. 
Dia yang advise warna dan material untuk di pilih.
Actually kitaorg pun buat yang simple je huhuhuhu.
konsep Simple yet elegant gitewwww *statement tak leh blah hahaha*


Waaa. ni antara design Tall ladder terbaru dari gallery.
Ada jugak add on Tall Ladder ni tapi yg pull out tall ladder
bukan open type macam ni.


Antara yang menarik perhatian, Signature KC menggunakan 
BLUM technology untuk soft close cabinet with life time warranty.
Haishhh.... aku pun memang dah tak sabar menunggu hasilnyaa nantii...
dah masuk excited mode ni hihihihih.
Maklum la 10 tahun kahwin tak pernah merasa pakai KC.
Kesiann sangat kennnnnnnn...!
Memang KC idaman kalbu ni ahahahhaha


Suasana cozy dalam gallery.


Sempat gak posing secawannn.. eh sekepinnnng!
Suka aaaa kalau ada veranda macam ni kannn....
pakal je space rumah tak cukup luasssss huhuuh


Actually Mr Ben pun dah buat final measurent lepas 'dapur' dah nampak rupa
bulan lepas. Tu untuk finalize ukuran KC dan juga kerja2 pemasangan tiles
pada dinding dapur.



sambil meninggalkan pesanan dan kata2 azimat pada kepala kontraktor.


Settle bab KC, pergi ke Red Interior Design yg terletak di Subang.
Pun berkenalan masa HOME DEC 2014 awal tahun ni jugak.
Ada jugak guna khidmat Red Design ni masa rekaan layout rumah.
Red Design pun ada buat kerja2 renovation.
Mula mintak quoation utk reno rumah dia kasi rega 400K nko!
Fengsan makkkk!  penyudahnya kita guna khidmat nasihat je la.
Bahan cari sendiri... cerdik tak ? ekkekekeke

Anyway kali ni pergi untuk collect built in Microwave.
Yang lain2 macam Hood, Gas stove, sinki & tap dan oven dah order under package Signature KC sendiri.


Settle kat sini dah pukul 6 petang.
Malam ni aku nak kena berjaga jadi burung hantu start dari pukul 1:30 pagi pulak.
So terus ajak budak2 early dinner di Pizza Hut area Puchong.


order latest menu


kalau kat Jepun namanya Guratan... sedapp ni!


Feveret anak2 jugak sesame tiger prawn spagethi.


Tu belum 2 pinggan side order tempura tiger prawn lagi.
Memang hantu semua ni...

Lepas dinner terus balik rumah... hari ni rehat dan tidur awal okeyyyyy
tengah malam Mama dah kena bangun nak jadi burung hantu ni!!

Al-kisah
Assalamualaikum...
Semalam genaplah usia Dania yang ke 7 tahun Alhamdulillah. Since semalam cuti (tapi mama kena standby sbb Japan kerja macam biasa huwaaaaa) maka buat lah juga small celebration. Asal2 niat nak keluar makan dekat2 rumah je since mama dari pagi dah kena online PC jadi tak sempat nak masak beriya. Mujur lah kek Frozen yg ditempah last minute jumaat malam lepas sempat siap. Tu pun order dengam ex-housemate zaman bujang2 dulu yg sekarang ni dah core buat bakery.

Sekali Dania pulak asyik sebut2 je kakak Alya dia (sepupu). Dok tanya kakak Alya datang takk... haish tak sampai hati pulak makanya lepas zuhur Papa dia pergi lah pick up kakak2 sepupu buat meriah2 majlis simple Dania ni.

Petang bila2 kakak2 dah sampai terus celebrate dan potong kek. Yang tak sabar sangat tu bile nak bukak dan menghadap loom band tu. Mmg patut panggil kakak2 yg dah tahap sifu tu hihihi.


Bufday girl


Kek Frozen yg sedang menjadi kegilaan kanak2 hihihihi


Kakak2 sepupu yang memeriahkan majlis simple ni



Acara potong kek siap ada 'pembantu'


Kek Red Velvet Frozen yang sangat marvellous...!
Fresh cream yang ringan kena pulak dengan rasa RV yang lemak masam manis tuuu...
sedap sangat uollss!


Riak wajah Dania yang jelas tergambar keriangannya.


Seronok sangat tengok senyuman ceria Dania sepanjang kakak2 ada kat rumah. 


Operasi menge'loom band


Sebelum ni Dania dok beli kat sekolah 1 set RM2.
Habis duit belanja sekolah kenn


Tu dia kakak2 dengan hasil Loom band masing2


Patern sama jek? aku lak tak sempat nak carikan manuall


Petang tu sempat lagi keluar gi main kat taman. Dinner bawak semua makan kat luar baru hantar kakak2 balik. Otw balik puchong Papa kata separuh perjalanan Dania menangis dalam kereta dek kesedihan bila kakak2 dah balik huk huk!
Anyway Selamat Hari Lahir utk Dania. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat. We love you so much!!!

Assalam
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57 buat semua warga Malaysia. Semoga tanah air tercinta ini akan terus aman sejahtera.

Apa korang buat cuti hari merdeka ni yerrr... kami tak habis2 lagi menghadap hal rumah selagi tak siap huhuh.

Dalam rumah ni dah naik pening dengan kotak2 barang jugak. Nak kemas yg dah kosong budak2 dok tegah tak kasi buang
Tengok la budak2 yg ralit main sampai tertidur dlm kotak hihihi.

Danish pulak walaupun cuti umum Hari Merdeka kelas Taek Won Do tetap berjalan seperti biasa. Bagus kelas ni selain memupuk semangat dan disiplin dalam diri anak2. Dania pun sibuk nak masuk kelas jugak huhu. Masa mama sekolah menengah dulu lepas la sampai talipinggang merah calit hitam. Tak sempat nak habiskan talipinggang hitam dah stop sebab nak fokus SPM sudah huhuhu. Anyway buat Adiwira Mama Papa.. moga semangat dan jatidiri terus kukuh dalam jiwa nurani ya.

Salam merdeka semua... tanpa keamanan anak2 ku juga pasti tak dapat bermain riang sampai tertidur dalam kotak dan bertaek won do disekolah. Marilah kita sama2 hargai erti keamanan iniii...

Assalamualaikum.....
wah wah meriah sungguh tengok kawan2 beraya tahun ni yek.
kami beraya ala kadar je tahun ni..... kepala sendat dan penuh... almost tepu sudaaaa uhuhuhu.
Tengok nak update blog pun tak sempat2...
Tambah2 naik cuti raya team mate pergi Jepun traning tinggal 2 orang je terkontang kanting nak handle. Aku plak lepas cuti raya kena standby 2 minggu berturut... almost tiap2 malam kena online sambil bagi training utk new member...mana sempat nak memblogging bagai kan uhuhuh.

Tambah lagi progress reno rumah yang kurang memberansangkan akhir2 ni..especially sejak
bulan puasa hari tu. Sedar sedar dah nak masuk 5 bulan uhuk!
Sememangnya nak reno rumah bukan kerja senang. Kepala tak habis berputar aku rasa. Dari nak design rumah....  interior...exterior... berapa banyak kali revise layout... layout perabut... layout wiring.. layout lampu... layout plaster syiling... tambah2 lagi sesuatu yg diluar bidang kepakaran...bab verangan memang senang bab nak jadikan kenyataan tuuu sangatttttttttttt mencabarrr. mmg kadang nak pecah kepala mikior...
belum nak cari bahan lagi... banyak tempat nak kena surveyy.. dengan askar berderet ni...
kalau duit banyak hire je org design pastu bayor je buleh la kan... ni asal dapat quotation dari yg PRO je terkebil2 tengok angka RM  nyerr huhu so penyudahnya terpaksalaj  pecahkan kepala sendiri mikiokannya.


Ok.. inilah status rumah sehingga minggu lepas..... masih banyak lagi tu nak kena settle...

disebabkan progress kurang memberansangkan last weekend kami buat meeting tergempar
dan panggil kontrator... selalu mmg review gak seminggu/2 minggu sekali..
tapi delayed banyak sangat dah ni.... memang tak boleh tungguuu dahhh...

Last-last kami bagi due date baruu....
kali ni memang aku sendiri keluarkan projek dan progress schedule...
dan aku sendiri yang akan pantau HARI HARI okeyyyy!

So tengok 2 minggu ni apa yang akan jadiii.. Reno rumah ni memang banyak risiko.
RM tok sah citer.. memang mengalir lajuuu macam ayorrrrrr paipppppppp pecahhh nu.
kalau ada duit lebih beli rumah dah siap lagi senang lah yerr...touch up touch up sket terus jadi cantekkk.
 Kalau aku ni mmg selagi tak siap memang berdebor je weyyyyyyyy... 



Layan anak2 yang bermain di laman rumah.. sian diaorg.. mozek garaj keta habis semua dah di cabuttt...
bahayaaa... tapi kerja tak siap2.... memang kena pantau kalau derang main 
luar rumah.. dengan habuk pasir bagaiii kann uhuhuhu


Gelagat budak2 balik berayaaa





Ni tak tau la sape buli sape ni... hilang ayu kakak dengan baju kurungg.. sabor 
je la kannnn


Anyway, sabar ye anak-anak... Mama Papa pun memang nak rumah cepat siappp...
InsyaAllah kita cuba yang terbaik dan mengharapkan yang terbaik.
Kawan2 pun doakan semoga usaha kami ni dipermudahkan oleh yg Maha Kuasa ya..
Aminnnnnnnnnnnnnnn
Assalamualaikum...!!
Ahaa.. akhirnya baru sempat nak update... lama sungguh 
Blog sunyii.. maklum la balik kampung raya sakan!!! hihihi

ok di kesempatan ini Saya dan keluarga ingin 
menghulur sepuluh jari kepada para rakan blogger dan pembaca
diluar sana dengan ucapan 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Mohon maaf sekiranya ada celoteh yang menyinggung perasaan 
mana2 pihak.. blog ini hanyalah perkongsian peribadi tuan tanah semata2 hihi.

okeyy.. jom layan gambarr!
Bergambar dengan Nenek kesayangann



Kami berenam tahun ini!!
 Meriah hihihi.. tema tahun ni Biru turqoise + pinkk. I loikeee


Posing dengan my soul mate.


With my latest edition ~ Delisha


Cheeky sangat budak kenit ni.. gerammm. suka sangat buat
muka duck face cam ni ... hihih
Dhiya ? err tidur kot kikikikki


Abang Long & Kak Ngah hiiiiii


Macam biasa selepas aktiviti marhaban lelaki, dalam lepas zuhur tu 
 ada sessi bersalamannnn bersama seisi keluargaaa..

Mula2 yg tua salam nenekk... lepas tu diikuti oleh anak2  dan anak2 sedara
sambil sessi kasi angpow raya hihi




Danish yang terkedu2 nak susun ayat nak salam Mama dia  hihihi


Gegirl kat rumah ni. Mak Usu je tak balik raya tahun ni sebab dalam pantang raya


 Actually lepas je salam2 dah ada sedara datang serbuuu... 
sessi bergambar bersambung plak belah petang hihihih

Last but not least inilah keluarga besar kami
pada Hari Raya pertama tahun ini.



Alkisah....