Assalamualaikumm...

Ahaaa.. kali ni nak berkongsi keindahan alam semulajadi 
kurniaan yang ESA yang terdapat di BROGA HILL!


Ekspedisi kal ini dianjurkan oleh Kelab Ekspedisi company En Suami.
Setelah tertangguh plan pertama atas faktor cuaca, akhirnya 2 minggu kemudian 
kami berjaya juga melaksanakan misi ini.

Pada pagi yg tersebut seawal jam 5 pagi aku dan Abang dan bertolak dari rumah.
Jam 5:45 dah berkumpul di Masjid area Semenyih... 


Selepas solat subuh kami meneruskan perjalanan ke Broga Hill.


Cuaca masih gelapp.... sampai di area parking bawah pokok kelapa sawit dengan bayaran RM2 per entry.


Toilet kat sini pulak RM1 per entry.. mahal giler siotttt.
Ok.. apa lagi terus meneruskan perjalanan mendaki!!! Konon2 nak tengok matahari terbit dari puncak bukit Broga kannn.


Seawal jam 6:30 pagi kami dah mula mendaki.. tu pun dah kategori agak lewat sebenarnya...
sakan standby lampu kepala macam org wat gi menoreh tu kann..tapi tak dan 
guna sebab cahaya fajar dah mula kelihatan masa mendaki tu hehehehhe


Dalam 7:10 pagi jugak baru sampai ke Puncak pertama Bukit Broga..!
Pukul 7 tu memang dah terangg la wehhh!! hihihi


Antara tracking yg mencabarr.. agak curam dan licinnnn nak sampai ke atas nu

Yehhhaaa akhirnya sampai sudah ke Puncak Bukit Broga...!!
Dah lama tak buat aktiviti lasak macam ni


Tu dia menyaksikan keindahan alam semesta ketika Matahari sedang naikk dari 
puncak Bukit Broga... SubhanAllah Maha Suci Allah!


Sempat lagi cari line update FB dari puncak bukit Broga hik hik hik!


Seronok dah sampai atass


Ahli Kelab bergambar beramai2 di puncak Bukit Broga yang pertama



Presiden Kelab sempat lagi nak pasang khemah kononnya




Sempat feeling2 pre-10th anniversarry


Ok Tak habis lagi yaa...
ada 3 puncak Bukit Broga yang perlu di daki sebenarnyaaa 


Meneruskan perjalanan ke Puncak seterusnya..!
Hijauuuuuuu... saujana mata memandangggg


Sampai di puncak Bukit Broga ke-2...
Tengah lepak2 atas tu tetiba segerombolan kabusss datang menerpaa... memang
terus hilang permandangan sekejappp.
Masa ni ada ahli kelab yg terkena histeria huhuhuhuhu


Dan aku & Abang meneruskan perjalanan ke Puncak Bukit Broga ke-3...
yang lebih mencabar sebab lagi tinggii!


Nampak tak celah batu besar yang korang kena daki nak lepas ke atas tuu...
batu besar tu wehh.. kompem licinnn. yang ada tali je utk korang berpaut utk lepas batu tu uhuhu


Yeszaa akhirnya berjayaa...!!!


Permandangan yang amat indahhhh......


Menghayati erti kedamaiann...
Sempat la amek gambar feelin feeling berdua dengan kekanda' bulan madu di awan biru' gitew hihihih


bersama Cinta hati jauh di awan biruuuuu


Sebagai bukti kami dah sampai ke Puncak Broga Hill yang terletak 400m dari 
aras laut. Yess!!


2 jam jugak lepas kat atas tuu..
Satu lagi gambar beramai2 sebelum bertolak balik.


Antara cabaran menurun bukit


Macam biasa turun lebih sekejap dari mendaki 


Nampak tak parking rate RM2.00


ada jugak orang jugal souveniour utk kenangan.



Dah balik baru nampak signboard hahahaha.
Nampak tu naik sampai atas jarak nya 1.7KM jugakkk
Maklumla masa nak mendaki bawah gelap gelita kan hihi

Ok.. sekianlah perjalanan kami mendaki dan menawan puncak Broga Hill.
Memang bagus untuk kesihatan mental dan fizikall..!
Korang test la sekali jejak sana hihihi.
Dok tercari2 kat mana Dr Sheikh Muzafar and Dr Halina amek gambra pre-wedding dulu ekk..
tak jumpa pulak buai nyer hihihi


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... 
setelah 2 TAHUN mereview akhirnya En Suami berjaya membuat keputusann..
aku cam biasa.. isteri solehah menunggu dengan penuh sabar jugak hihihihi
Sebelum ni EN Suami ada Satria.. tapi lepas sambar  Sym GTS tu terus tak mo dah bawak keta..
lagi best merempit katanyerr..

puas merempit 2 tahunn... akhirnya musim tengkujuh kali ni En Suami 
berjaya mencari model pilihan. Tak lama selepas kerajaan mengumumkan kenaikan 
harga bahan api Ron 95 terus En Suami buat keputusan untuk memilih 
Hybrid dari keluarga Honda kali ni huhu.


Dah sebulan pun berlalu... dan dah cecah 1000km utk 1st service.
Aku dengan rajinnye ikut sama temankan En suami ke Honda service center yg terletak di Bangi.
Seawal jam 8 pagi kami dah sampai, appointment basis.


Tapi walaupun appointment basis jam 8:30 pagi  tetap kena menunggu lebih sejam ke 2jam jugakk
uhuhuhuhu. Lepas service keta, service cuci keta plak.. nasib baik kat Honda Service center ni ada 
Cinema Room. So lepak kat sini tengok movie. Hari tu dia pasang citer Transformers.

Yang kelakarnya ada sorang uncle ni... dari pagi sampai aku balik.. dia la yang jadi tukang hantar air pada customer selain biskut2 kudapan... merata la mengusung dulang air and snack tak kira yg duk kat 
hall menunggu ke.. sampai dalam Cinema Room pun dia memusinggg je hantarrr 


Air panas ada.. juice pun ada... sampai naik kembung perut aku minum wehh.
Masuk kali ke-4 uncle tu datang offer aku tak larattt dahh.. kembunggg dah perut pakcik 
tunggu keta tak siap2 ni uhuhuh. 


Mengimbas kembali detik2 nak dapat 'baby' baru.. Exora ku merajuk hahah. Boleh sehari sebelum nak ambik 'baby Hybrid' Exora tak nak hidup. Alkisah pagi tu hujan.. so Abang drive and hantar aku ke Ofis and Abang bawak Exora ke offis. Boleh nyer time nak balik Exora terus tak mo hidupp.. penyudahnya balik tu Abang terpaksa pinjam Van Office sebab kena pick up aku dari ofis aku plak wahahhaha.




Suspek bateri Kong, malam tu beli bateri baru and pergi try tukar kat ofis Abang tapi Exora tak mo hidup jugakk!! Memang kaw kaw merajukk nihhh.


Esok paginya pun Danish pergi sekolah nak 'Van Sekolah' baru ...
Danish & Dania pun heran je tengok ada van depan rumah kikikiki.

Malam masa gi ambik Baby Hybrid. Tekun Abang dengar briefing.


Sambil2 nak synch setting ngan Smart Phone


Tekunn..


Aku yang jadi excort dari belakang. Balik tu Danish and Dania ikut Abang naik keta baru..
aku follow dari belakang. On the way to Dania boleh plak menangisss gara-gara sedih and kesian kat Mama dia drive sorang2 tak de orang temann.. uhuhuhu. terharu plak Mama dengar uhuuu


Alhamdulillah.. sekarang kalau hujan tak la Mama risau Papa gi balik kerja berujan lagi. Syukur pada Allah atas nikmat yang diberi. Minyak pun boleh tahan jimat.. kalau Exora average 20 sen per km, Hybrid ni dalam 11 sen per km. Seb baik la tempat kerja aku tak jauh jadi no hal la aku bawak Exora pun..
Abang yg berulang 30 km sehala tetiap hari so elok sangat la pakai Hybrid ni.

Apapunn.. kalo tanya budak2 best naik keta sapa... derang masih suka naik keta Mama sebab keta Mama ada TV & DVD player hahahhaa. Dasar budak! 
 Assalamualaikummm...
Ahaa... semakin rancak cuti sekolah masing2 ya....
selamat bercuti semuaa.. semoga selamat perjalanan pergi dan balik especially time2 musim tengkujuh ni


Sabtu lepas kami sekeluarga ke Perak menghantar rombongan merisik dan bertunang.
Alhamdulillah dah selesaiiiii.... 
on the way balik tak lepas kan peluang menjelajah Cameron Highlandd!
Harus laa kann.. hantu jagung cam aku ni mmg tak leh dengar kalo 'lalu' sebelah CH..
gigih ajak manjat reramai hihih


Sempat la gi petik buah strawberry...
the rest.. lets the picture talk heheheh













WAJIB Beli..!







Eskrem Strawberry!


Dan yang palinggg membahagiakan bila berkunjung ke Cameronn!
sebagai HANTU JAGUNG TEGAR! wahahhahaa


Harus la ku sorang je bertongkol2... bercup2 jagung rebus! wahahahah




Dinner reramai kat Tanah Rata.. siap ada pemuzik jalanan yg baru sampai dari Langkawii.. peh!


Keesokan malamnya terus buat sukiyakii!!! walllaaa memang terbaekkk ni.. my feverett yg
jarang2 ada peluang nak masakkk..!
memang puas la makan kali ni dgn sayur2 segar dari Cameron Highland!
Dengan cuaca yg seram2 sejuk ni mmg terbaekk aaaahhh!!
Esoknya breakfastt pun pulun sukiyakii!!! waaaaa... so heavennn!!


Ok.. tengah packing2 utk satu lagi destinasi percutiann.. musim hujann.. baju lambat keringg arrghhh!
Kompem la berat bag gi jalan kali ni uhuhuhuh

hingga berjumpa lagii.. daaa!