Assalamualaikumm....

Yuuuhuuuu.... ahaaaa tiba2 datang angin nak update blog.
Actually sekarang ni tengah tunggu nombor dipanggil kat bank tetiba terajin lak nak hapdet ekkeekekkee.

Ok kali ni nak citer sket pasal geng2 BFF Ojosama yang baru buat gathering sessi 2018 
High-Tea kat Orchid Cafe, Majestic Hotel KL.
Wah  tak sangka sampai jugak jejak kat sini... kira kali ni 1st gathering 2018 lah.

Lokasi : Majestic Hotel KL
Dress code : Pastel Skirt + blouse hitam
Event : High - Tea
Time : 3pm ~ 6pm



Actually pagi tu baru je habis Zumba 2 jam back to back dengan ZIN Ziela JLO kat  Cyber, habis pi ambik race kit kat MAEPS pulak utk MAI Run 2018 keesokan harinya...phew! Balik terus bersiap2 dan lepas Zuhur gerak ke KL detim bersama bff tersayammmmm auuuwwwwww!!



Ok utk event kali ni actually perlu pre-book kira kira 5 hari awal ya.
Kali ni dress code kami - Skirt pastel digandingkan dengan blouse hitamm... auuwww... gigih cari baju uoolllsss.
Agak tricky nak sampai Majestic Hotel ni.. kalau tak tengok betul2 signboard dia yg comel.kecik tu mmg boleh terlajak nak kena u-turn semulaaa
.. huwaaaaa...!!

pandangan jauh dari sebelah jalan... kena u-turn balik jalan sehala weiiii

Ketika kami sampai cafe ni dah ada 3 group tetamu lain di meja masing masing.
Owh ya.. Sessi High-Tea ni dari pukul 3 petang sehingga 6 petang sahaja ya.


Masuk masuk je terus rasa teruja dek keindahan deretan bunga bunga orkid yang gemuk gemuk dan segar bertingkat-tingkat di sekeliling ruangg.   Woww asyik!


 

Bila kami duduk, datang waiter menunjukkan kepada kami sekotak pilihan teh beraroma untuk di pilih... di setiap kerusi pula di sediakan set piring, set cawan dan juga tungku pemanas... setelah kami memilih teh yang diinginkan, waiter bancuh seteko seorang mengikut pilihan masing-masing dan diletakkan di atas tungku pemanas agar teh sentiasa dapat diminum panas dan segar... fuh!


10 pilihan teh beraroma




Tak lama kemudian, waiter datang lagi membawa 3 set desert dan sajian menu petang. Actually 1 set adalah untuk seorang.





Maka apalagi.... juadah pun dah di depan mata.. aroma teh panas dah menyucuk jiwa....
apa tunggu lagi... jom makan!



Antara banyak2 ni paling suka Scone dia... sumpah sedap! Dan disebabkan saiznya yg agak besar... makaj seketul je dah nak kenyangg.... erkkk!!! Silap turutan ke camne ni hahahahhaha. Then slow slow makan sambil chit chat (membawang versi Holland) la kaaannnnnnnn


Habis seteko teh beraroma tu... boleh order lagi dengan pilihan lain pula..
2nd request kali ni nak merasa "caramel" pulak.. of course no sugar hokey.
Walaupun nampak jumlah desert tu tak banyak mana.. tapi tobat jenuh nak perabissss... kena pulak teh dah 2 teko sorang hahahahah!



Habis sessi chit chat sambil High-tea , masukkan la ke agenda seterusnyaa....
opkos la photog session kenn...
Memang cantek sangat tempat ni ... segar mata dapat cuci2 mata tengok bunga2 orkid yg berkembang mekar ni kann. Memang tempat ni sesuwai sangat untuk para penggemar orkid yang ingin bersantai minum petang di salam



love....!



Habis semua sudut kami tapauuuuuuu kih kih kih



orkid di mana manaaaa


Zoom BFF sorang2

 

 

Last but not leastttt....


Seronok dapat bergather sekali sekala walaupun dalam kesibukan menguruskan family dan kerja. Terima kasih tak terhingga buat En Suami yang memberi lampu hijau untuk kami bergathering hari ini...
Terima kasih tak terhingga pada bff sekeliannn.. semoga ikatan ukhwah ini sampai ke Syurga.. aminnn

#ojosamagatering #bfftilljannah

PS : Medela Freestyle latest edition 2018  ready stockk!! FREE Original Haaka Silicone Pump.
Click
MEDELA FREESTYLE 2018 yerr

Banyak update tak sempat update... Vietnam Visit, Tokyo Visit.. Star Cruise Thai ~ McLeod Myanmar, Manggala Spa... owh betapa masa mencemburuiiiiiii


Assalamualaikummm...

Ya Allah... rindunyer kat blog Sweet Omoide ni... lama sangat tak update...
Hari ni tergerak hari nak jengah blog yg dah bersawang ni...
Lor ni rata2 update story buat kenangan anak-anak kat FB and IG je huhuhhu

Anyway hari ni nak citer sikit pasal 14th Anniversarry Trip kamii..
Untuk kenangan anak-anak.. Fotopages dah close down.. habis kisah Danish Dania kecil2
terpadam terus... siannnnyerr hilang segala story morry depa kecik2 huk huk huk!

Ok berbalik pada trip kami.. Alhamdulillah 4 Mar lepas kami semua telah bercuti sempena 
ulang tahun perkahwinan ke -14 kami..  Syukur ke hadrat Ilahi diatas segala rahmah dan kurniaan  4 orang permata hati kami... semoga mahligai yang di bina ini akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.. dunia dan akhirattt

 Tahun ni kami memilih 


sebagai destinasi percutian kami. tempat nya sangat unikk... dan palinggg exclusive sepanjang percutian yang pernah kami pergi. Tak sangka ada tempat macam ni kat Malaysia ni... best best bestt!!





3 jam perjalanan dari rumah...
Masa nak buat tempahan tak muncul tu villa yang kami cari di Agoda/Booking.com dan sebagainya.
Kami memilih Vana Suite Villa yang di lengkapi dengan 
1 Hall, 2 bedroom berasingan dan 2 swimming Pool ..
Memang tertarik hati dengan reka bentuknya..
Untuk buat booking ni kena call terus ke website resort dan buat tempahan on the dot!



Sesampainya kami di Vana Suite Villa


 1 shot dengan seluruh ahli keluarga dan kek anniversary!
kek comelll sangatt.. nanti I citer hokeyyyy


bersambung to PART 2 

Assalamualaikum...

Cuti sekolah yang lepas kami berpeluang bercuti ke negeri Perak !
Bercuti selama 3 hari 2 malam menginap di IPOH dan TAIPING pada keesokan harinya.
Dalam perjalanan balik ke KL kami sempat singgah ke salah satu tempat perlancongan bersejarah
yang terdapat di negeri Perak iaitu 
KELLIE CASTLE
atau juga di kenali sebagai 
TAJMAHAL MALAYSIA

Dibina oleh Willian Kellie yg berasal dari Scotland
Istana Kellie mula dibina pada tahun 1915
senibina asimilasi berkonsepkan Greco - Moonish, Roman dan India serta dibina 
oleh 70 tenaga buruh yg diimport khas dari Madras India.

nak tahu kisah lanjut boleh layari 
https://en.wikipedia.org/wiki/Kellie's_Castle


Kami sampai cuaca gerimis renyai..
ada bayaran dikenakan untuk masuk ke Istana tinggal yang tak siap ini.
Di bina oleh rakyat Scotland yang menetap di tanah melayu pada waktu itu..
dikatakan dibina atas dasar cinta terhadap isteri dan anaknya..
Malangnya beliau telah meninggal dunia ketika lawatan  ringkas ke Potugal
disebabkan oleh Penumonia pada ketika usia beliau 56 tahun..
Ketika itu Istana Kellie masih belum siap ... 
Isteri beliau akhirnya mengambil keputusan untuk
pulang ke Scotland bersama 2 anak mereka selepas pemergian beliau....

Jom kita susuri keunikan senibina Kellie Castle 


Ada penerangan tentang sejarah Kellie Castle ni sebelum kita naik


Ada cafe-cafe yang sangat selesa dan cantek untuk beristirehat sebelum
kita bertolak ke Kellie Castle tu


Verandah atau walk away di tingkat bawah
nampak senibina nya yang unik


di tangga naik ke tingkat atas


di katakan kawasan ini berhantu!
Ada cerita2 yang mengatakan pernah terserempak dengan lembaga
yang di percayai menyerupai Kellie... jeng jeng jengg


dibumbung tingkat 3 iaitu tingkat atas sekali..
kawasan ini mulanya dirancang untuk dibuat court tenis


berdua dengan mu.. pasti lebih  baikkkk.... eh!


bangunan kuning dibelakang adalah rumah agam asal yang didiami oleh keluarga
Kellie sebelum pembinaan istana dimulakan...
namun ada bahagian yang telah rosak semasa perang dunia 




ambik fefeel tajmahal malaysia sket hihihi



panoramic view


Lari permandangan Istana Kelli dari luar serta rumah agam asal (kuning)


dilengkapkan dengan ruang lif.. sekiranya Istana ini berjaya disiapkan 
mengikut perancangan.. ianya akan menjadi lif pertama di Malaya pada waktu itu


pandangan dari luar bangunan

walaupun ada unsur mistik dan keunikan senibina bangunan ini..
menyelusuri bangunan bersejarah ini seolah2 membawa kita ke satu 
zaman kira2 seratus tahun yang dulu


Selesai round.. hujan pun dah reda sikit kami 
pun bertolak balik...

Istana Kellie ini adalah antara tempat perlancongan 
yang diwartakan sempena 

apalagi.. jom singgah ye kawan kawan!