Assalamualaikum...

Cuti sekolah yang lepas kami berpeluang bercuti ke negeri Perak !
Bercuti selama 3 hari 2 malam menginap di IPOH dan TAIPING pada keesokan harinya.
Dalam perjalanan balik ke KL kami sempat singgah ke salah satu tempat perlancongan bersejarah
yang terdapat di negeri Perak iaitu 
KELLIE CASTLE
atau juga di kenali sebagai 
TAJMAHAL MALAYSIA

Dibina oleh Willian Kellie yg berasal dari Scotland
Istana Kellie mula dibina pada tahun 1915
senibina asimilasi berkonsepkan Greco - Moonish, Roman dan India serta dibina 
oleh 70 tenaga buruh yg diimport khas dari Madras India.

nak tahu kisah lanjut boleh layari 
https://en.wikipedia.org/wiki/Kellie's_Castle


Kami sampai cuaca gerimis renyai..
ada bayaran dikenakan untuk masuk ke Istana tinggal yang tak siap ini.
Di bina oleh rakyat Scotland yang menetap di tanah melayu pada waktu itu..
dikatakan dibina atas dasar cinta terhadap isteri dan anaknya..
Malangnya beliau telah meninggal dunia ketika lawatan  ringkas ke Potugal
disebabkan oleh Penumonia pada ketika usia beliau 56 tahun..
Ketika itu Istana Kellie masih belum siap ... 
Isteri beliau akhirnya mengambil keputusan untuk
pulang ke Scotland bersama 2 anak mereka selepas pemergian beliau....

Jom kita susuri keunikan senibina Kellie Castle 


Ada penerangan tentang sejarah Kellie Castle ni sebelum kita naik


Ada cafe-cafe yang sangat selesa dan cantek untuk beristirehat sebelum
kita bertolak ke Kellie Castle tu


Verandah atau walk away di tingkat bawah
nampak senibina nya yang unik


di tangga naik ke tingkat atas


di katakan kawasan ini berhantu!
Ada cerita2 yang mengatakan pernah terserempak dengan lembaga
yang di percayai menyerupai Kellie... jeng jeng jengg


dibumbung tingkat 3 iaitu tingkat atas sekali..
kawasan ini mulanya dirancang untuk dibuat court tenis


berdua dengan mu.. pasti lebih  baikkkk.... eh!


bangunan kuning dibelakang adalah rumah agam asal yang didiami oleh keluarga
Kellie sebelum pembinaan istana dimulakan...
namun ada bahagian yang telah rosak semasa perang dunia 




ambik fefeel tajmahal malaysia sket hihihi



panoramic view


Lari permandangan Istana Kelli dari luar serta rumah agam asal (kuning)


dilengkapkan dengan ruang lif.. sekiranya Istana ini berjaya disiapkan 
mengikut perancangan.. ianya akan menjadi lif pertama di Malaya pada waktu itu


pandangan dari luar bangunan

walaupun ada unsur mistik dan keunikan senibina bangunan ini..
menyelusuri bangunan bersejarah ini seolah2 membawa kita ke satu 
zaman kira2 seratus tahun yang dulu


Selesai round.. hujan pun dah reda sikit kami 
pun bertolak balik...

Istana Kellie ini adalah antara tempat perlancongan 
yang diwartakan sempena 

apalagi.. jom singgah ye kawan kawan!



0 sweet comments: