Assalamualaikum...!
Pejam celik pejam celik dah 2 minggu puasa.. pantas sungguh masa berlalu!
Ok.. Ramadhan kali ni saya dah mula ambil tempahan Coklat Raya
 yang sedap lagi super comel sangat ni!
Kat rumah ni kalau buat memang kejap je diserbu dek budak2... Lagi pulak Hello Kitty kann..
mana tak juling mata budak2 ni.. tak menahan nengok kejap je boleh licin! hiihi

Di bungkuskan dalam kotak berbentuk hati.. sangat sesuai untuk dibuat cenderahati
buat anak2 saudara atau saudara mara juga.
Menggunakan coklat Berryls yang bermutu tinggi ya.

Apa lagi.. jom serikan hidangan juadah raya anda dengan
Coklat Raya Fabulous Choco!




Double Layer bubble rice milk chocolate :

Ada 3 model

Hello Kitty RM25/box

Ros Merah Jambu RM23/box

Rose Kuning RM23/box

Setiap kotak mengandungi 40 pcs (+/-) ya

WhatApp 012-2399355 untuk tempahan!

Tarikh akhir pengeposan adalah pada 27hb Jun 2016 ya.
Jom tempeh sekarang!!!




TEMA : HELLO KITTY


 
 

TEMA : ROS MERAH JAMBU

RM23/box


 

TEMA : ROS KUNING

RM23/box


 


 



WhastApp 0122399355 untuk tempahan ya!!

Sayang uoollsss muahhhhhhh!!


Assalamualaikum....
Alhamdulillah 2 minggu lagi nak masuk bulan Ramashann.. sunggun pantas masa berlalu..
rasa macam baru je raya tiba-tiba dah nak raya lagi?? ehekk!

Jadi sempena nak menyambut Ramadhan ni.. kemain kan bff sekelian ajak 
gathering makan2.. macam biasa kalau ada event macam ni mmg hari kerja lah jawabnya..
masing2 ambik cuti hihihihi.

So 16 Mei yg lepas.. aka hari guru tu masing2 ambik half day..
janji lunch date di negara empat musim!
ahaaa.. cuti separuh hari boleh pergi balik negara matahari terbit
sekali round 4 musim! wahh!!

Ok jom join seround!!


Sampai2 masing2 dah laporrr.. dah pukul 1 tenghari la katerkannn..
order2 makan dah tak sempat toleh kiri kanan dah deme ni wahahahhah


Actually misi utama nak makan Takoyaki di GINDAKO..
tapi Yoshinoya & Hanamaru Don sebelah je Gindako..
apalagi..makan di Yoshinoya.. tapau gindako takoyaki sekali hihihi


Kali ni geng kami Ila (berspek) dapat juga join..
berapa kali dah termiss gathering so kali ni alhamdulillah dapat join.


menu pilihan aku hari ni - Spicy Miso Soup Udon add on ebi tempura


Kawan kami si Zalie dah tapau Hokkaido Cheese Tart.. seriously heaven sangat... cair di mulut weyyy!


Ni dia Takoyaki Gindako.. besar2 bola dia... ada 4 perisa... memang puas hati makan.
Aku ambik TERITAMA macam kat atas ni.. telur bersoskan teriyaki. Sedap!!!



Antara menu2 pilihann. 
masing2 dah makan balik tapau pulakk!!


Dah kenyang apa lagi.. 
POSING TIME! muahahaha.
Sila jangan muntah hokey.
Mula2 ronda Taman musim Spring dulu..
sempat la berhanami tengok sakura hehehe





Habis  berhanami kami pi musim luruh dulu sebenarnya.. tapi 1 floor tu ada Taman Musim sejuk..
apa lagi posing sini pulakk.. gigil2 sejuk uollsss! ahaahah





Habis kesejukan  pi musim panas pulak ..  musim panas ni sebenarnya terletak di food avenue dia.. so kat situ ada 2 table untuk pengunjung makan2 kat situ..
kami posing kat luar je lah ehhehehe


ni pulak Musim Bunga versi wall paper. kat ground floor tu ada 1 area kome leh posing maut kat sini sambil2 verangan ala2 berhanami tengok sakura hihihihi



ahaa... musim luruh! tak banyak gambar kat sini.. 
tapi taman musim luruh ni pun cantek sangattttt !!



habis posing sebelum balik sempat lagi round AEON tingkat bawah tu..
dok menapau menu2 nostalgia zaman belajar kat Jepun dulu.
Memang menu2 ni HQ dia kat Japan adan rasa sebijik macam kat Japan..
nostalgia sungguh... bahagia idop weyy!


Hasil sambaran



sempat lagi hi tea pekena Hokkaido Cheese Tart.. sedap sangatttt weyy! Kalau tak merasa mmg boleh menyesal idop ahahahha. *melampau... panggg!*



ok ni gambar sesat kat Taman musim luruh.. apsal ntah semua skema no bergambor ari ni
tu yang buat2 posing poyo sekeping hahah!


Sebelum bersuraiii... Alhamdulillah seronok dapat berjumpa hari ni walaupun
sekejap cumaaa


Kalau kome nak feeling2 ronda2 around the globe 4 musim dalam masa tak sampai sehari ..
moh le jejak sini... 

kalau takut sesat meh tengok map kat link bawah ni no..
sebelah stadium seksyen 13 shah  ALam jekk

AEON MALL SHAH ALAM :
https://www.facebook.com/AEON-Seksyen-13-Shah-Alam-418143005049564/

sekiannn... al kisah 


Assalamualaikum....

Dunia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad lepas, 8hb May..
Dalam Islam ... hari hari ... Hari Ibu... hari2 kita harus mengenang ibu bapa kita...
sekurang2nya dalam solat berdoa untuk kesejahteraan mereka dunia akhiratttt.. InsyaAllah..



Hari Jumaat tu sampai2 rumah Dhiya dah tak sabar terus keluarkan 
Kad Ucapan Hari Ibu beserta bungkusan berisi coklat bagi pada mama dia..
kemain excited dia wishhh walaupun dalam malu2 tersipu2 nak sebut kikikiki
tengok ambik gambar dah terjelir lidah sebab nak coklat dalam bungkusan tu.. eh 
kata nak bagi mama tadi?? kikiki

Dania pulak bagi sekuntum bunga rose.. katanya beli kat koperasi sekolah..
pakai duit belanja la tuu uhuhuhu



Hari Ahadnya tu Dania keluarkan 1 lagi kad.. terlupa nak kasi hari
Jumaat tu katanyer..
wahh kemain siap lukis kartun bagaii.. 
Dania ni kat rumah siap buat komik kartun..
lukis kartun berdialog kat kertas A4 lipat 2 lepas tu dikepil jadi macam 
buku komik hihih



Paling terharu kata2 dalam ucapannya tu berbunyi
"  I Love You
Dania Aliesya :
"Dania sayang mama.. mama ajar 
Dania yang Dania tak tau
Mama ajar Dania al-Quran
Mama Bagi Dania Sticker Mama
Buat Dania sangat suka
Dania Sayang
Mama "

Macam tu lah lebih kurang bunyinyer..
Dania suka sangat sticker baju kartun yg boleh lekat2 tu..
kalau zaman mama kecik2 dulu kertas tebal sekeping bentuk patung dan pakaian dia
boleh tukar2 baju dia.. la ni style sticker boleh lekat dan tanggalkan


Pagi tu bila macha eskrem naik motor lalu semangat dia tahan motor eskrem tu
nak belanja mama eskrem katernya walaupun hakikatnya
 bukan mama sorang je dia belanjer... semua orang dia belanjer hehehehe.
Terima kasih anak2 Mama yang peluk cium & wish Mama termasuklah Papanya sekali...
sayang kamu semua... kamu2 lah semua harta Mama dunia akhiratt .. 
kamu2 lah motivasi  perjuangan Mama sehari2 .....muahhhhhhhhhh!