Assalamualaikum...

Salam hari Khamis semuaa...
Esok dah Jumaat.. pastu dah Sabtu Ahad balik kannn.. mesti 
masing dah banyak plan nak bawak anak2 berjalan cuti sekolah.
Kitaorg weekend ni balik Pahang InsyaAllah.. kenduri kawen & Majlis Akikah 
adik ipar. 

Minggu ni macam biasa.. kerja sibuk macam selalu. 
Semalam training nak dekat satu harii.. belum lagi kerja2 operation yg nak kena handle
makanya lambat la sket aku balikk.. 
selalunya memang hari2 la masak lauk dinner... tapi semalam sbb
dah kelewatan otw balik tu dah terasa malas nak masakk.. terus call Abang cakap nak tapau 
Nasi Ayam je cepat & senang. Abang pun kata OK..

Terus la aku laju je ke Klassic Kopitiam, kedai yg pernah aku terserempak ngan 
krew2 drama Fasha Sandha dulu uhuhuhu. Memang aku suka gak nasi ayam dia ni.
So tanpa teragak2 aku order 4 bungkus terus!

Siap order terus balik umah. Sampai je parking keta terbau - bau wangi dari dapur.
Orang belakang masak kott.. tetengok Abang tengah masak Kari Daging + Kailan Ikan Masin +
Selar Goreng pekena sambal belacan yg berbaki dalam petii.. 
aku teruss.... Papa..!! Tadi kan dah cakap nak tapau je Dinner!
Abang cakap ada Watsapp balik kat aku kalo nak beli beli aku punya jee..
Errrkkk!!! rupa-rupanya Watsapp problem mesage tu tak sampai kat aku! uhuhuh


Penyudahnya TAK LAKU Nasi Ayam wehh!! Dania je makan separuh bungkus.
Kalau ada kari + sambal belacan kompem la sambar nasi putih kaaa.. memang aku pun tak pandang dah 
nasi ayam uhuhuhuh! Suh bibik makan Nasi ayam pun dia takmo. on diet sebab nak balik
kampung bulan depan! sabor je laa akakakakaka.
Anyway terima kasih daun keladi kekanda hati yang TERlebih rajin nak masak
walaupun dah offer nak tapau je uuhuhuhu.


Owh ok ni plak Ikan Tongkol tumis berlada air tangan Abang jugak masa aku balik lewat minggu lepas
dek standby rotation uhuhuhu. Hingga menjilat jari especially anak bujang aku.. kering lada tumisnya
kat ikan di bedalnya. Terima kasih kanda! Muahhh!!


Okeh ni plak Ayam Masak Merah yang di masak oleh En Suami sehari sebelum Hari Raya Haji uhuhuh.
Nak dijadikan citer, 2 hari sebelum raya Haji office mate tender notice 24 hours, sorang lagi long holiday..
tinggal la mak cik sorang terkapai2 hampir kelemasan nak mengcover uhuhuhu.
Ikutkan sehari sebelum Raya Qurban tu dah apply cuti nak travel balik kampung..
penyudahnya sangkut dek on call kat umah.. last2 Abang la yg masak lauk.
Akhirnya nak Asar baru bleh gerak balik kampung. Kul 11 malam baru sampai uhuk!
Seb baik la Abang rajin tolong masakkk...
First time dalam sejarah Menantu masak lauk raya!
Terima kasih Abang.. muahhh!!!


Ahaa.. ini PURI, menu breakfast kat cafe office aku hari ni. First time aku order & try makan..
budak kaunter tu dok promote.. aku tanya nak promote ni agak2 berapa bintang ? dia kata 3 bintangg..
owh ok.. aku pun try.. bila makan .. Eh! bleh tahan sedap jugak PURI ni ekkk
aku kasik 4 bintangg! HOHOHO


Ok .Sejak pregnant ni, inilah breakfast aku hari hari by default! unless aku teringin makan benda lainn..
kalau tak memang sedap makan sandwich je lahh.. kurangkan minyak la konon. Ada Sandwich Egg, Chicken, Tuna & Cheese.. aku tukar2 la menu nya uhuhuhu. 


Sejak Cafe ni di renovate Ramadhan lepas
makin banyak Menu macam2.. waffle, sandwich ala Subway pun ada.. tapi tu time lunch je available.
Daily special menu.. prawn Mee, Asam Laksa etc..
Rojak buah pun ada.. nyumm!!!! Coming soon kaunter Cendok & ABC! ohok!
Kira makan kat cafe pun puas hati gakk uhuhuh


Lately terjumpa POKKA PREMIUM MILK TEA ni pulak!!!
Wallaaa.. bagi penggemar Milk Tea kat Jepun memang rasa Pokka Milk Tea ni 
ada sentimental value la yg mengingatkan rasa Milk tea kat Jepun dulu.
First time jumpa kat RNR Plus highway.. rupa2 kat Cafe HP ni pun ada jual!!
Memang hari2 kitaorg beli sampai habis stok! akakakkaka
Ada satu lagi Roswel Mart kat Cyber Street Mall yg juall..
Rasa memang terbaik.. Milk Tea daru Cylone Tea gituhhh! 


Start akhir bulan lepas plak SAN FRANCISO COFFEE dah masuk jugak dalam Cafe HP ni.
Bila masuk cafe memang bau cofee harum semerbak.. hurmmmmmmmmmm!!!
Mula2 tak terasa gak nak beli sebab pulun Pokka Milk tea or Pokka Coffee Milk kat atas tu..
habis bila dah habis stok di borong last2 jejak jugak la SFC ni.. terpedaya jugak akhirnya uhuhuhu!


Kadang2 kalau rajin lagi pagi2 melepak kat Old Town Coffee pekena
Chocolate Ice, Roti bakar & Mini Prawn Mee dia.. nyumm!!


Best gak lepak sini sekali sekali sebab scenery sekeliling yang mendamaikann....

Al-kisah.. citer pasal makan je ari nih heheheheh

Assalamualaikumm..

Salam cuti sekolah semua.. mesti masing2 tak lekat duk rumah
musim2 cuti sekolah ni kann. Danish pulak start semalam dah mula intensif kelas
Jawi, Iqra' & Al-quran selama sebulan kat Sekolah Agama. Aktiviti mengisi masa lapangnya
kalau tak kat umah kompem layan Tab & TV tah hingat...

Ahaaa... ni nak share.. 
lately tetiba famous de amos betul CREPE DURIAN ni kann!
Aku asyik tengok orang post kat FB jekk uhuk!
Tak pernah plak terjumpa org jual kat luar lagi..
risik punya risik rerupa ex-ofis mate Abang pun ada yg wat bisnes
Crepe Durian ni.. apa lagi terus order!!!!


Semalam Abang order terus di hantar on the spott..
dah buat pertama kalinya.. akhirnyaaa....
dapatlah aku merasa crepe durian ni nyummmm!!!!
Owh lemak berkrim kurang manis penuh rasa durian isinya ekk!!
Sungguh nyummehhh!! Sepaket 4 pcs ni RM10.
Sedap di makan sejuk sejukk.. wallaa..!!
Terima kasih daun keladi Abangg! muahhh


Ahaa.. pagi ni plak check up baby. Baby dah masuk 22W ++. Dan bulan ni berat badan aku naik 3 kg setengah! kohokk!! Pregnant kali ni mmg aku rasa perut makin besar padahal baru nak masuk 6 bulann...
ada yg tanya.. eh ingatkan dah 7 bulann!! uwaaaaaaaaaaa... ngerrii makk!!!! Berat baby plak dah 500g ++..
baby tak yah besar2 sangat okehhh... agak2 keluar nanti 3kg pun OK. Nanti kat luar Mama 'besar'kan uhuhuhu. Ikut rekod Danish 2.95kg, Dania 3.4Kg & Dhiya 3.55 Kg... anak panah menaik tu kalo tengok graff uhuhuhu!

Hari ni plak kena minum air gula..! uhukk!! Siap di bancuhkan dan kena minum depan Doktor habiskan!
hohoho!! Kali ni dapat perasa orangee... masa Dhiya dapat perasa anggur.. ok la sket rasanya walopon
manis teramat. Ingat lagi masa Danish dulu.. kat Hospital Putrajaya dia baginya separuh plastik gula suh cari
air suam, bancuh & minum sendiri kat cafe.. kompemmm muall tekak nak habis kan uhuhuhu!



Ok. Result akan dapat dalam masa beberapa hari. Kalau time Dhiya dulu bacaan gula dalam darah aku SELEPAS minum air gula lagi rendah dari sebelum minum air gulaa.. buat 2 kali pun result lebih kurang sama..... camne tuh ? uhuhuh

Apapun harap baby sihat dalam perut mama Okehh!

P/S: Lately sibuk sket... nak berblog pun kurang mood walopon terlalu banyak cerita yg nak di ceritakan. Hujung minggu semakin kerap aku balik kampung tengok Abah.. Terima kasih Abang kerana sentiasa berada di sisi menemani. Sebenarnya keadaan kesihatan Abah semakin merosot. Kanser Limfoma Abah dan masuk ke tahap 4 dari tahap 2 masa di kesan Februari lalu.  Rawatan Radioterapi terpaksa di hentikan kerana faktor usia dan kondisi Abah utk terima rawatan tu. Kimoterapi masih di teruskan pada dos rendah.. cuma makan pil. Adik beradik cuba rawatan alternatif menggunakan B17, biji aprikot.. semoga Allah permudahkan urusan kami. dan tabahkan hati kami..
Air mata ni senang sangat mengalir setiap kali lepas solat berdoa untuk kesihatan Abah.. sebenarnya nak cerita pun rasa tak sanggup sebab bila teringatkan Abah senang sangat air mata ni nak gugur...

Apapun doakan semoga Abahku berupaya untuk sembuh ya kawan-kawannn.... tak sanggup tengok orang yang kita sayang menanggung sakit apatah lagi kedua orang tua yang kita sayanggg...




Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua. 
Ahaaa.. kali ni entry pasal my cheeky Dhiya Ariessa plak!
Ahaaa... sedar-sedar gigi dah nak masuk 4 batangg..!
Gigi KAPAK atas tu baru tumbuh lagi 2 batangg..besarrr ko!! kkekekeke


Wrap up progress Dhiya :-

Dhiya Ariessa 8 months :
- Akhirnya dah pandai duduk sendiri!
Walopon baru pandai duduk sendiri tapi bab memanjat memang teramat advance 
sehingga berjaya memecahkan rekod Abang Danish & Kakak Dania, baby pertama yg
terjun dari walker! huhu
- Dah mula sebut 'Mama' & 'Papa'
walopon sebutan nya jadi "Ma ma ma ma...! & "Pa pa pa pa...!"

Dhiya Ariessa 9 months :
- First 2 batang gigi yg tumbuh masa Dhiya 3 bulan tu dah bertambah lagi 2 batang gigi...!
Gigi Kapak lagii!!! 
- Dah pandai tepuk tangan bila dengar orang menyanyi. 
- Murah 'sengih' especially bila Mamanya nyanyikan 
lagi turun temurun "Bom ca ka bom, BOM BOM!!'
*ulang selagi suka*
Adik beradik derang ni je yg tau lagu ni kikikiki
- Dah mula panjat tangga 1-2 anak tangga uhuhuhu
- Bab bab makan dah makin 'advance!' pantang nampak orang makan 
dia dah start terkumat kamit mulut mengunyahhh.. pastu sedar2 
dah kat sebelah kita mintak simpati untuk di suapp!
- Moralnya sangat suka mengutip benda jumpa atas lantai masuk mulutt!!!!
Eeeii...!! memang aku risau sket anak dara sorang niiiiiiii. Dah macam2 jumpa dalam 
mulutnya tu.. benang laa.. kain perca laa.. pandai je tangan dia kuit2.!
nampak aje matanyaa!!!

Dhiya Ariessa 10 months :
-  Akhirnya pecah rekod dah panjat tangga lagi dua anak tangga nak sampai 
tangga tengah yg rata tuh..! Kuss semangatt..! Nak gugur jantung  Mama dengar.
Bibik cakap dia naik atas jap, sedar2 Dhiya dah panjat tangga pastu merengek
panggil orang..! uhuhuhuh
- Dah pandai lambai-lambai oranggg! Especially bila hantar Papa, Abang & Kakak 
nak gi sekolah pepagiii ;)
- Dah pandai marah orangggg tuhhh!!! Paling marah kalau dia pegang barang 
orang lain ambikkk dari tangan dia hohoho!
- Makin tak duk diamm... bibik cakap kejap je 'hilang!'
kang sedar2 dah dalam bilik.. kadang lepas ke bilik air tengok kakak dia mandi uhuhuhuhu


Geram tengok kalo dia dah start tayang gigi.. rambut je la alahaiiiiiii..
halus mulussss.. jenuh la Mama nak tunggu rambut Dhiya panjangg Nak oiiii!

p/s: Projek ke LEGOLAND sempena cuti sekolah ni terpaksa di tangguhkan gara2
dengar kabar cuma fasa 1 je yg baru siapp.. ada 7 fasa semuanyaa...
katanya tak berbaloi nak pergi sekarangg...
so bring foward ke cuti sekolah tahun depan la jawabnyaa uhuhuh