Assalamualaikum semua...!
Wahh.. sekejap je kan dah masuk bulan Oktober... lagi 3 bulan je
habis dah sessi 2012 ni ha. Bila aku tengok balik entry blog 2011/2012
ehhh suku je utk tahun 2012 ? akakakakaka
banyak sungguh entry tertunggak ekekekekkee

Anyway.. aahhaaaa.. baru hari ni berkesempatan nak share
berita gembira untuk kami sekeluarga...
Jeng jeng jengg!!!! Alaaa.. tengok gambar thumbnails pun sure dah taukan ekekekkee.
TAPI ini bukan pregnancy test result Dhiya tauu! 
Ini pregnancy test result untuk ADIK DHIYA..!! hehehe !!!


Alhamdulillahh syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.
Memang target nak 4 oranggg.. 2 orang kompem tak cukupp..
3 orangg.. ok ok... tapi alahaii.. macam masih tak cukup 'meriah' kannn
Adik beradik aku 4 orang, adik beradik Abang 6 oranggg 
ahaaa.. so kalau ada 4 orang tu rasa ngam2 la 'huru hara'nya kan ekekekekek
Sementelah umur aku pun dah atas border 'selamat'.. nak masuk 35 dah tahun ni 
so kena mengejar due cecepat sket uhuhuhu.
Dengan +ve nya pregnancy test tu bermakna.. 
aku bakal menjadi ahli kelab 'Fantastic Four' lah ehehehehe


Ni result check up and scan terakhir baby. Masa ni dah pun masuk 12 minggu! Baby dah 6cm masa ni.
Means aku dah pun selamat mengakhiri Trimester pertama dan nak masuk Trimester ke-2 pun.

Alhamdulillah.. trimester pertama aku lalui dengan lancar.. tak de loya2 macam jugak sebelum2ni.. 
kerja macam biasa.. cuma sama macam masa pregnantkan Dhiya, CEPAT LAPAR 
dan terpaksa mengunyah selalu! Errkk SAMA SIMPTOM ? Jantina pun sama kah? Jeng jeng jenggg!!
Owh kita tunggu dan lihat yekkkk
Lepas tu kurang selera nak makan nasi.. kena cari mee or apa-apa yang berkuah...
Kalau tak di layankan bunyi perut ni memang cepat la sakit kepala.. so 2 jam sekali memang 
kena makan somethingg.. Doktor pun pesann, tu tindak balas hormon orang mengandung.
So kalau boleh banyakkan ambil buah-buahan untuk alas perut 
dan kurangkan  pengambilan karbohidrat sbb kena kerap makan  takut
over KG plak nanti .....gitewwwww

Pregnant kali ni nampaknya jarak agak dekat jugalah dengan Dhiya walaupun bila baby baru 
lahir nanti akan beza 2 tahun persekolahan.... 2011 vs 2013. 
Sebenarnya plan asal hujung2 tahun sikit.. tapi bila pasang niat
Allah SWT makbulkan on the spot! Alhamdulillahh! Syukurrr!!!!
Orang kata rezeki jangan di tolakk


Sebagai langkah persediaan kali ni aku ambil pregnancy set dari Shaklee
untuk support baby InsyaAllah.
Cuma satu je masalah.. tablet shaklee ni besar2.. mmg senang tersekat kat anak tekak..
jadi terpaksa la aku gilir2 dos yg nak di ambi. kalau tak memang kembung
perut minum air nak telan semua dos sekali harung!

Dhiya  pulak masih breast feeding walaupun dah campur. 
Doktor pun kata tak ada masalah, boleh teruskan.
Bibik pun masih dalam kontrak bila baby baru lahir nanti. Memang kena 'jaga' betul2 
Bibik ni.. Alhamdulillah so far Bibik sekarang ni sangat2 membantu. Pandai 
jaga rumah.. pandai jaga budakk.. nampak dia sayang sangat kat Dhiya..
Dhiya pulak jenis tak banyak ragam walaupun dah nak dapat 'adik'.
Happy sokmo orang kata  kih kih kih.
Cuma makin lasak sekaranggg.. semua nak di panjat! aku balik kerja dah pandai
berkejar ke pintu grill berdiri kat situ sambil sengih2 tunggu Mamanyaa..
eeiii comeyyy dgn keletahnya gerammm sangatt! hik hik

Apapun doakan lah semoga semuanya berjalan lancar kali ni yek.
Aku pun sentiasa berdoa semoga di permudahkan segala urusan
mengandung, melahirkan & membesarkan zuriat kami ini.. InsyaAllahhh
Aminnnnnnnnnnnnn!!!

Assalamualaikumm...

Bajet 2013 telah pun diumunkan oleh Dr Seri Najib.
Pasti ramai yang gembira dengan pengumuman Bajet 2013
terutamanya kepada penjawat awam yang bakal 
memperoleh 1.5 bulan BONUS!!
Walla masyukkkk tuhhh!!

Meh kita perati ringkasan intipati Bajet 2013.
Mungkin kita adalah antara yang mendapat secara langung..
atau mungkin juga cuma dapat sipi sipi uhuhuhu.
Apa pun yang penting adalah nikmat keamanan yang 
kita peroleh di negara kita sehingga ke hari ini.


Bagi aku pulak.. antara manfaat yang bakal dinikmati secara langsung ialah
pengurangan 1 peratus cukai pendapatan individu seperti yang tertera dibawah.
So siapa2 yang terkena tu boleh la tengok jadual di bawah dan kiralah sendiri.

Ini bermakna untuk tahun 2013 nanti potongan cukai hanya bermula kepada
golongan yang mempunyai RM5000 pendapatan bercukai 
(pendapatan setelah di tolak semua rebet dan potongan yang berkaitan)


At least laa.. yang lain2 tu mmg tak merasa walaupun agak kecewa sebab duti eksais
kereta langsung tidak di sentuh.. letih weh beli keta biasa-biasa tapi terpaksa
bayar pinjaman bulanan tinggi gara-gara terpaksa cover interest & duti eksasais ni.

Harap tahun depan kita akan dengar sesuatu yang positif pulak pasal harga kereta kat Malaysia ni kan!
Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat..
aha... dah lama tak citer pasal perkembangan Dhiya kann.
Hari ni genap Dhiya 9 bulan sudahhhhh...! 
sekejap jekkk
Dah boleh duduk tapi belum pandai duduk sendiri.. isk isk isk
merangkak dah satu rumah..  kat daput pun dah kena pasang pagar
kalau tak dia korek pinggan2 termasuk tong sampah uhuhuhu.

Sekarang ni pulak Dhiya dah mula suka memanjat!
Pantang ada tempat bleh di capai untuk berdiri,
memang terus je manjat kat situ uhuhuhu
tak kira la kat sofa ke, kepala katil ke, meja ke...
kerusi kat meja makan kee.. kadang2 kat tangga! 


Lepas dah panjat dan dah berdiri  perasan macam dah terror kan,
siap angkat2 tangan mengepang2 suka sangat joget2 pas tu lepas tangann..
kadang tau2 dah tergolek meraung atas lantai ! uhuhuhuhu


Tengok tu.... puas manjat cepat je kaki pun nak ikut naik samaaaa kekekekeke.
Asal boleh je kannn! Memang kalo letak kat lantai cepat je merangkak cari port nak manjat!


Yang best nya.. bukan takat manjat kat kerusi/sofa jekk.. dalam walker pun nak di panjatnya
keluar! adoiiii!! bahaya sungguh anak dara ku iniiii... tak caya tengok aksi dia dalam walker.
Pantang nampak apa2 yang mencuri perhatian.. semua nak di capainyaaa walaupun 
kadang dah kat hujung jariiiii jekkk!.. seboleh-boleh!!! 




Aha ni seb baik la ada meja kat tepi kan.. cuba kalo tak de meja..
agak2 apa jadi kat budak kenit ni...?


Al kisah.. akhirnya malam semalam.. tengah lepak2 depan TV. Dhiya macam biasa
duduk dalam walker. Tetiba ada bau dari dapur.. aku berlari ngan Abang tengok sbb lupa ada rebus
lobak putih ... tengah kitaorg kat dapur sesaat dua tu tetiba dengar ada orang meraungg
depan TV ! tengok-tengok YA ALLAH!! DHIYA dah TERGOLEK atas lantai!! Nasib baik
atas carpettt.. kompem la anak dara aku ni buat aksi stunt terjun dari walker wehh!!
Adoyaiii.. ganas tak anak dara kenit ku ni ? kikikiki
Aku pun sepantas kilat terus ambik dan gosok2 kepalanya..
nanges tak usah cakap laaa.. *tak dan nak snap*
Seb baik la tak de benjol ke apa.. agaknya dia pun jatuh slow motion kottt.. tapi mmg
dah terpikir nak simpan je walker tu sbb Dhiya dah makin lasak..


Pagi esoknya bangun pagi turun bawah tengok2 walker Dhiya dah 'colorful'..
rupa-rupanya Bibik dah ikat besi kiri kanan kat walker Dhiya tu 
dengan kain untuk elakkan kaki Dhiya memanjat kat situ.
BIJAK jugak Bibik aku ni kennn.. ekekekkkee. 
Bagus baguss...!! TAPI...!!!!!
Bila aku tengok balik.. eh tu kain OBI (tapi pinggang)
Yukata Jepun aku..! OMG...!! tak pasal2 je jadi 
 pengikat kat walker HO HO HO!!! tergamam makcik! ahahahaha.
Terus la suh Bibik tukar ngan table runner sebab OBI tu susah nak carii..
kena import dari Jepun nunnn uhuhuhuhuhu

gambar hiasan : Contoh OBI yg kaler kuning & pink 

Anyway.. dengan langkah keselamatan baru ni 
harap2 lepas ni Dhiya tak la buat aksi stunt terjun dari walker 
lagi yek sayangggg bucukk!!!