Salamm...


Sunshine Award

2nd time terima award dan kali ini dari one of my favourite blog (my ex-office mate),  fiziskandar@ Zaki. Million thanks to Zaki & wifey! Haa.. kalau nak tengok gambar-gambar superb base on their travelling experience sekitar Europe boleh layari fiziskandar@blogspot


"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world." 
Dengan ini, dengan bangganya menganugerahkan 'Sunshine Award' kepada my favourite bloggers seperti di bawah (susunan ikut dan ye) :-



Rudy ~ Bluehikari
Suka baca blog ni sebab corak penulisan yang ala-ala novel. Tidak banyak tempelan gambar tetapi setiap bait kata yang tercoret cukup boleh menyentuh hati pembaca walaupun hanya sebaris ayat! Blog ni juga di katakan perintis blogger sekitar awal tahun 2000 ~ 2001. Memang berbaloi untuk di terjah !  

Lieya ~ Mia + Mija
Lieya yang selalu hangat dengan kisah-kisah 2 orang anak daranya *ha ha ha*. 
Selalu tergelak baca kisah diaorang nih.


Cik Puan Mimi
Suka baca pasal activity harian Cik Puan Mimi berkisar pasal family & anak-anak. Happy go lucky peson. Kuat berjalan jugak Cik Puan Mimi nihh.. so bleh la ronda-ronda blog diaorang tengok mana diaorang ronda he he


Gieyana ~ Journal of life
Suka tengok gambar-gambar yg di snapshot kat blog nih walaupun katernya bukan utk bisnes tapi ambek gambar dah macam ala-ala pro beb!



Ashanida  &  Ibu AZs
Kat sini boleh tengok experience mommy yg dah ada 3 hero & heroin yang super cute + comel-comel!! Memang geram tengok their kiddies he he


Ambrynaas
Ni memang member sekepala. Suka baca tempat2 yg Cik Zalie pergi utk sbg referer utk kitaorang terjah kemudian he he


Cik Noora
Haaa.. ini  pun banyak berkisar tentangg family especially membesarkan 3 orang hero/heroin + husband yg selalu outstation.. really tough..!!


Coretan Kitty
Kisah seorang seoarang ibu + 2 kids and full BF mommy. The youngest baby lahir tak cukup bulan dan Cik Wah sanggup ambil cuti extra selepas habis pantang tanpa gaji just untuk make sure the baby cukup sihat + dapat dapat berat ideal  sebelum serah pada boleh di serah pada baby sitter. Allhamdulillah baby dah naik chubby sekarang nihh. huhu


Baby Ibu
Blog nih macam -macam ada..... 360 la orang kata... selain dari personal blog, banyak jugak general info & tips yg di kongsikan bersama para blogger! Best!


Catlinafly
Ahah.. rajin gak singgah blog ni.. pun konsepnya macam Astro jugak.. 'macam macam ada' he he he. Yang paling best kalau nak dapatkan khidmat photoghrapy bleh la contact Catlina. Baru-baru ni Catlina pun launch blog baru pasal makan-makan... Cik Izan pun kebetulan baru lepas buka galeri baru jugak pasal family koleksi resepi ..  rasa cam together-gether share minat yg sama  plakk... ha ha ha *opss terover plak Cat! ho ho!*  Di samping nak mengucapkan terima kasih sebab sudi review blog sweet@recipes gallery he he


K.Hanny ~ Kyushu
K.Hanny ni senior yang masih stay in Japan further study. Rajin gak singgah kat sini sambil2 update latest life experience kat bumi sakura... sambil2 terhingat jugak life kat sana zaman dolu dolu  hu hu hu.


Beba + Anas
Ini blog terbaru yang saya baru jadi follower.. asalnya setelah terbaca resepi pasal homemade icecream senang tak hinggat! Bila terbaca tu memang terus inpired beli barang dan terus buatt! Hasinya memang thumbs up!! Selain tu suka ngan suasana blog yg sweet & cute gitu termasuk la tuan punya blog hu hu


Maka dengan itu sudilah kiranya menerima Sunshine Award ni dan boleh la di'gantung' ke side bar atau pun dlm post saje *wink*


Friends, when you write about this award, you may follow these rules:


i. Nominate 12 more bloggers.
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award.


NOTE  : Tak perlu nak buat preview blog.. saya je terlebih rajin sebab nak you all tau why are you selected! Thanks guys for your 'shine' thru your blog!


NEXT....


sweet@Recipes Gallery reviewed by Catlina
Nak update sket entry pasal sweet@recipes gallery kali nih.. he he he. Saje nak citer buat rekod yang Cik Izan dengan berbesar hatinya telah menerima kunjungan Catlina ke blog yang tak seberapa nih auuwwww!!!. Ala-ala jalan-jalan cari makan gituhh hu hu hu.

Berikut adalah snapshot dari blog Catlina

Dalam komen review Catlina ada tanya pasal nama blog utama Izan iaitu sweetomoide@blogspot. Memang betul perkataan omoide tu ialah perkataan dalam bahasa jepun yang membawa maksud kenangan. Makanya Sweet omoide membawa maksud kenangan terindah bersuaianlah dgn tema dengan blog tu yang banyak entry pasal family dan anak-anak. Kadang2 masuk citer pasal makan & resepi sampai akhirnya datang la idea nak buka galeri baru nih. *panjang pulak citer*. Sebenarnya dah 2 tahun lebih berblog tak pernah pulak orang tanyaa.. Catlina jugak yg prihatin nama blog asal Izan tuh.. hehehehe. Particular jugak Catlina ni orangnyaa.. ma kaseh ma kasehhhh..!!

Dan resepi pilihan Catlina ialah Resepi Mee Goreng Mamak Speciall...opssssss!! Bak kater Catlina jika diberi nama Mee Goreng Mama Special lebih sesuwaii sebab mamanye yang masakk..!! Memang betull laaa..!! Tukang masak pun tak perasann...!!! Ha ha ha !! I really like this name.. suker sukerr..!!


Apapun terima kasih banyak-banyak pada Catlina sebab sudi berkunjung & buat preview pasal sweet@recipes gallery. Maka  dengan bangganya Izan menggantungkan tag Reviewed by Catlina ke galeri ini. Terima kasih daun keladi!!


Dan kalau nak tau asal usul sweet@recipes gallery click di sini!

Kelmarin Abang oustation lagi ke seberang laut. Tempat 'biasa'. Kali ni tak lama, cuma beberapa hari. Flight lewat 1 pagi makanya masa hantar Abang ke KLIA Danish pun dah lena di ulit mimpi. Dania je yang terjaga bila kereta berenti parking. Lepas tu dapat duduk kat troli lugage sampai sudah tak nak turun.

 Lepas check in selalunya tunggu sampai Abang masuk balai berlepas. Kali ni sebab jadual flight lewat pagi maka Abang suruh kitaorang balik dulu.. makanya lepas check in Abang hantar kitaorang ke parking pulak.Bak kata aku "Ni siapa hantar siapa ni ? " he he he. Selalu kalau tak Danish , Dania la meraung bila tengok Abang  masuk ke balai berlepas. Kali ni sebab Abang hantar kitaorang sampai kereta *Danish tidur* maka tak dengar la sapa2 keriau.. hu hu hu


The next day tu dah start communicate dengan Abang. Danish & Dania gilir2 bersembang ngan Papanya thru Skype buat lepas rindu hu hu hu. Abang so far so good.. semua berjalan lancar seperti yang di rancang. Alhamdulillah. Cuaca pun agak nyaman kat sana dan makan pun tak susah sebab ada orang entertaint. 


 Habis berskype ngan Abang sedar-sedar Danish dah teresak-esak sambil peluk Mamanya. 'Danish rindu papa.. Danish rindu papa sangatt...!" Berkali-kali dia ucapkan ayat yang sama. Malam tu tidur berpeluk mamam lah dua-dua.. ciann.. masing2 rindu kat papa uhuk!

The next day ber'skype' lagi ngan Abang.. sambil tengok Badminton Piala Thomas separuh akhir,  Malaysia menentang China walaupun akhirnya hanya mampu membawa 3 biji telur dan bukan Piala seperti yang di harapkan uhuk!

Perlawanan Badminton Piala Thomas kali ni hanya satu perlawanan berkesan di hati ketika peringkat suku akhir Malaysia menentang Denmark perlawanan Bergu ke-2 negara, Mohd Zakry & Thien How Hoon vs Lars Paaske & Jonas Rasmussen dengan mata 26-24.  Itulah perlawanan paling sengit dan bingit *kat rumah  sampai sakit2 tangan & nak hilang suara jerit* dalam sejarah yang pernah aku tengok! *sejarah aku bukan sejarah badminton* hu hu hu. 

Kan best kalau Malaysia lawan China pun sengit macam tu jugakk.. alangkahh!


 Anyway 2nd night Danish & Dania dapat lah hilangkan rindu dendam ngan Papanya jugak. Nasib baik la ada kemudahan teknologi tanpa perlu membazir RM. Papa citer kat bilik hotel tu siap ada 1 set desktop PC + internet and TV LCD lagiii... ..Hu hu hu.
Malam esok Abang akan pulang ke tanah air dah.. semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balikk.. 
We miss you so much Papa!
Salam..

Meh nak ngumpat sket pasal anak daraku, DANIA ALIESYA... Sejak aku belikan dia 'adala satu barang' tu... pantang dia terguna barang yang aku belikan tuh... tersentuh je mesti mulalah dia pergi kat almari baju dia.. lepas tu nak pilih sendiri baju ala-ala princess..!! Walaupun bukan nak ke mana pun. Just nak pakai baju tidur malam jek! Bagilah saranan berapa baju lain pun mesti dia tak nak kalau tak macam ala-ala princess (gown)...


Sambil posing ngan crown berbulu tu sempat lagi mendendangkan lagu IBU ~ Engkaulah ratu hati ku siap mengepang2 tangan macam pari-pari aka burung nak terbang tak ada sayap ha ha ha!
Seb baik sempat record kui kui kui. Berangan betul lah anak dara sorang ni... memang sepanjang Mother's Day tu puas dengar dua beradik nih nyanyi lagu tu sehari suntuk! hu hu hu


Lepas tu, dah la nak pakai gown sibuk pulak nak naik basikal. Luka jatuh basikal gara2 pakai seluar paras lutut pun tak hilang lagi dah sibuk nak bawak beskal dia keluar pulak. Di tegah merajukk.. last-last naik pas tu nak turun tersangkut gownnyer kat tempat duduk.. kawoss! (padan muka kata orang jawa) hik hik.


 Puas suh tukar pakai seluar kalau nak naik beskal tak nak..! Sedar-sedar dah dia dah bawak lari bawak beskal gi luar... kui kui kui. yang aku ni risau jatuh tergolek kang bertanda plak lutut lagi sebelah karangg isk isk isk







Nak tau barang apa yang aku beli buat dia asyik berangan nak jadi princess tu...???
Ohhhh... bukan.. bukan kayu saktiii.....
jeng jeng jengggg..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
barangnyer ialah
*
*
*
*
*
bukan barang apa punnn...
Tuala mandi Princess Pauper jerrr.. TAPI pantang lepas mandi aku lap ngan tuala ni.. teruss datang gedikkk nak jadi princesss.. baju nak pilih sendiri lepas tu tka kira la malam ke sejuk ke berangan nak pakai gown cam princess jugak kat umah. Kuat berangan betull ha ha ha. 
Alahai la puteri mama sorang nihh.. hu huhu