Assalamualaikum....
MCO day#75
Syawal day#7


Hari ni nak share Resepi Rendang Daging....
Almaklum masih mood Syawal, tambah pulak ada stok lemang di rumah ni.
Resepi asal adalah daripada Azie Kitchen.
Dah try 2-3 resepi, so far resepi ni paling jadi dan paling kena dengan selera kami 
terutamanya anak-anak.
Owh ya, ini versi rendang berkuah ya...
maksudnya rendangnya basah dan tak kering.
Sebab bila buat rendang kering sangat, anak-anak suka makan lemang calit kuah rendang ni.
Pernah masak rendang tapi kering... kesian tengok isi rendang tu...
togel togel dah sebab kuahnya habis dah disapu dek anak-anak hihihi!

Izan masak menggunakan periuk Noxxa ya dan bahan-bahan kisar pakai 'Hand Blender'.
Sangatlah mudah, tak perlu tambah air jadi tak perlu tapis semula bawang kisar etc terus boleh tumis je dan bahan tumisan lebih cepat layu dan naik minyak.
Tambah pulak lagi mudah nak bersihkan 'Hand Blender' ni berbanding blender biasa.
Kalau kawan-kawan berminat, Izan syorkan guna brand "Kenwood - Triblade".
Ianya ada 3 mata dah hasil kisar lebih halus.

OK, Jom kita lihat! 




Bahan- bahan

1 kg daging siap dipotong kecil
750 ml santan
200 gm kerisik (1 bungkus)
2 helai daun kunyit
6 sudu cili kisar 
( Boleh kurangkan cili kisar ikut selera kepedasan)

Bahan A (dikisar)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
 

Bahan B (dikisar)
7 batang serai
2 inci lengkuas
2 sudu ketumbar - disangan dahulu
1 sudu jintan manis - disangan dahulu
1 sudu jintan putih - disangan dahulu

Cara-cara

1. Kisar kesemua bahan A. ON kan Noxxa dan tekan 'Stir' mode. 
Panaskan minyak dan tumiskan bahan A. 
Apabila telah layu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar.Kacau sebati.
3. Masukkan daging, 500 ml santan, kerisik dan daun kunyi yang telah dihiris.
Kacau sebati.
4. Tukar mode Noxxa ke 'High Pressure' dan setkan masa selama 35 ~ 40 minit.
4. Setelah selesai HP, keluarkan ke dalam periuk. Tambahkan lagi  250ml santan,
air asam jawa, garam dan gula. 
5. Masak lagi kira-kira 30-40 minit di atas api dan sentiasa kacau sehingga santan naik minyak.
6. Kacau rata dan perasakan semula gula dan garam.
Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!
Assalamualaikum....
MCO day#77
Fasa PKPB


Hari ni nak share resepi sambal belacan...
Ahaa... sambal belacan je kot kan. Tapi yelah lain orang 
lain cara pembuatan dan bahan.
Resepi asal ni Izan belajar dari kejiranan di kampung belah suami...
masa tu ada kenduri... dan bila rasa sambal belacan diaorg ni sedaplah!
So Izan tanyalah apakah resepi dan bahan-bahannya.. 
maka dapatlah seperti yang di bawah ini. 


Tambah pulak pekena dengan Timun Sulung petik tepi rumah.
Sejak-sejak PKP ni memang #stayathome je.
Sempat la nak tengok2 keliling rumah kan.
Dan sempat jugalah En Suami bercucuk tanam dan berkebun
Seronok sungguh dapat petik dan makan ulam-ulaman hasil tanaman sendiri
puas dan seronok dia lain macam !


TIPS :
Lagi satu... kalau Izan buat sambal belacan,
Izan lebih gemar guna 'Hand Blender'.
Lebih mudah dan ringkas. Tak perlu tambah air pun.
Nak basuh pun senang berbanding guna blender biasa. 
Seelok-eloknya guna Hand Blender  yang Tri-blade ya.
Kisarannya lebih halus berbanding hand blender 2 mata. 
Contohnya Izan guna Jenama Kenwood. 
Lebih kurang macam model ni ya  -

Ok berbalik pada resepi... 
Jom kita lihat! 




Bahan- bahan

20 batang cili padi
3 batang cili besar
1/4 labu bawang besar 
1 biji bawang putih
1 inci belacan bakar
1 tsp Garam
1 tbs Gula
Air asam jawa / Limau kasturi




Cara-cara

1. Goreng layukan bawang besar, bawang putih beserta belacan bakar.
(bawang tak perlu hiris)
2. Potong-potong kecik cili padi dan cili besar
3. Kisar kesemua bahan-bahan pada langkah #1 & langkah#2, garam dan gula.
4. Tuangkan hasil kisar ke dalam mangkuk. 
5. Campurkan dengan air asam jawa atau perahkan limau kasturi.
6. Kacau rata dan perasakan semula gula dan garam.
Siap untuk dihidang.



Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!

Assalamualaikum....
MCO day#65
Ramadan day#28


Hari ni nak share resepi Chai Masala Tea
iaitu sejenis teh yang dibuat dengan masak diatas api bersama herba terpilih.
First time minum Teh berherba ni di Restoran Arab Saba. 
Walaupun rasa pelik sikit tapi bila diminum panas-panas... eh boleh tahan juga sedapnya!
Lepas dari tu selain minum di restoran, pernah juga dihidangkan oleh office mate En Suami, 
expatriate dari India ketika kami berkunjung ke rumah beliau.
Minum pulak panas-panas lepas pekena roti canai yang panas2 juga baru di masak atas kuali... Memang kaw sungguh!
En Suami selalu juga minum Chai Masala Tea ni jika out station ke India.
Di sebabkan dah lama tak minum minuman ni, Ramadan lepas Izan 
buat khas untuk En Suami untuk sessi M.O.R.E.H
 (sebab hari tersebut En Suami yang masak juadah).
Memang gembira sungguh En Suami menikmati Chai Masala Tea di hidang panas-panas.
Katanya boleh lawan la 'taste' kat India sana nunn.. wahhhh!
Nak tau caranya? Jom kita lihat ;)




Bahan- bahan

Sukatan untuk membuat 1 kole Chai Masala Tea
(Kira kira 500 ml)
5 Uncang Teh
3 cm halia
2 batang kayu manis*
3 butir bunga lawang*
4 butir bunga cengkih*
4 butir buah pelaga*
300 ml air
200 ml susu cair/susu segar
2 sudu susu pekat
2 sudu madu/gula  (optional)


Cara-cara

1. Panaskan periuk (Sauce pan) di atas api.
2. Masukkan rempah bertanda * dan sangan sebentar
3. Masukkan air dan halia. Biarkan sehingga air mendidih.
4. Masukkan teh dan renehkan sebentar dengan api sederhana.
5. Apabila kelihatan sedikit pekat (teh telah sebati), masukkan susu cair dan susu pekat.
6. Kacau sehingga mendidih kira-kira 5 minit.
7. Masukkan gula/madu secukupnya. Kacau rata dan matikan api.
8. Tapiskan dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!