Assalamualaikum...
Rasanya sekarang ni kebanyakan sekolah sedang berlansung sessi peperiksaan akhir tahun.
Danish Dania pun sama. Periksa sekolah Kebangsaan minggu lepas, minggu ni periksa Sekolah Agama pula.
Tapi Danish sejak 2 minggu lepas demam... demam berulang. 
Mula2 demam 3-4 hari dah baik... tapi sepanjang exam Sekolah Kebangsaan memang dia tak berapa nak cergas macam biasa... then week end lepas panas balik badan dia.. demammm dan batuk.
Dah la nak exammm sekolah agama pulakk.. alahaii risau betul Mama...


Danish tidur bertuam tuala sejuk kat kepala... sian dia


Ikan goreng tumis cili .. Danish request. Malam sebelumnya Papa dia yang 
masakkan bukan selera dia makann... kalau tidak nak suh makan pun payahh...
tak bermaya je


Lepase tu sikit2 request nak tidur kat pangku Mama uhuhuhuhu.
Pagi nak repeat Danish ke Klinik. Ni lepas habis exam sekolah agama..
tengok Danish pun dah kurussss sangatt... siannn dia...
Request nak makan maggi (goreng) kat kedai mamak time2 exam ni kan 
tapi dah tu yg dia selera nak makan bawakkan la jugak . Tu pun tak habis dia makan 
huhuhuhu.


Sampai Klinik mintak Dr cekkan darah.
Bersilat jugak la dengan Danish sbb dia ngeri tengok jarum cucuk uhuuuuuuuu.
Doktor suh Danish ambik Neb 3 hari berturut. 
Lung clear katanya... nasib baik bukan atsma tapi Bronkitis..
takut infection dek habuq bagaii...
Sebenarnya Mama paling risau kalau kena Denggi. Mintak dijauhkannnnnnn...
Nasib baik malam tu Klinik Call kata result darah Danish Normal.. ALhamdulillah.
Habis tak pasal2 asyik nak bermanja duk kat pangku Mama apa 
tak seriausss hati Mama huhuhuhu.


Anyway, sian kat Danish... alah habuk... doa2 la cepat siap sepenuhnya.
Sian kat anak2 dan jiran keliling juga huk uhuk
Assalamualaikum....
Akhirnyaaaaa.... akhirnyaaa saat yang dinanti2kan tiba jua Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dah rezekiNya.
Saat lori Signature Kitchen tiba di perkarangan rumah memang aku rasa terharu sangat.
Rasa bergenang air mata... 10 tahun aku nanti kan saat ni..... akhirnya impian menjadi kenyataan juga uhuhuhu. Bagi setengah2 orang mungkin tak heran dah dengan KC.. tapi bagi aku yg dah masuk 10 tahun berkahwin dan hari2 memasak (walaupun lately banyak tapau dari masak)
dengan dapur yg beli kat kedai perabot rege RM100++ dan rak pinggan pun pakai rak pinggan besi macam mak pakai dari aku kecik.. saat ini memang sangat2 dinantikan huhuhuh. Perasaan bercampur baur... terharu dan gembiraaaaa yang tak dapat digambarkan uhuuuuuuuuu

Dengan tiba nyer lori ni bermaksud rumah dah 99% siap (ada sikit2 lagi kena touch up) .
Entry ini adalah entry dari seorang yg excited aka jakun baru nak merasa berKC jadi liputan mungkin benda2 standard yg korang kata..*memang ler cam tu* hehehe.
 Jadi silalah abai yg tak berkenaan dan maafkan tuan tanah yerrr hihi


Lori sampai terus je parking kat porch. Aku yg dah excited ha ah kan je. Rupa2 bahagian tar yg baru di tarkan petang semalamnya perlu 2 hari utk keras so kereta apatah lori tan tak patut
lalu atasnyerr.. aku foward gambar kat Abang terus Abang tanya nape bagi lori masuk??
Errrrr... mane aku tauuu.. Abang tak pesan tar kena 'puasa' 2 harii???
Cuma aku pesan kat drebar jangan stand tayar lori atas tar baru.
Last2 mintak la kontraktor 'repair2' sket tar tu ratakan yg mana boleh uhuuuu.
Sorry Abangggg errrrr


Kerja2 memunggah barang bermula.

 
Rumah yang dah penuh dengan kotak2. Kabinet2 ni rupanya masuk production terus siap masuk kotak eh?



Tengok team installer punya la ramai. Installer 4 orang, 2 orang observer.. mak oiii
buat apa le reramai ni huhuhuhu


Signature Kitchen ~ powered by BLUM soft close inside


Siap sengih lagi aku candid gambar cettt! sempat lagi posing ehh kikikiki,
Buat kerja la oittt. Bila pasang kabinet2 ni terus nampak kecik dan sempit dapur aku huhuhuh.
Kitchen island untuk anak2 breastfast pagii sebelum gi sekolah .....
dan aktiviti baking membaking Cup Cake as per requested
by Dania alwayssssss...........
huwaaaaaaaa memang lama dah aku verangann nihhh uhuuuuuuuuuu
seriuosly tak sabar tak sabar tak sabarrrrrrr!


Petang dalam pukul 5 lebih derang siap pasang cabinet.
Rupanya banyak lagi step lain. Ada lagi appliances yg belum dipasang dan akan 
di pasang oleh team lain  (??)


Esok petangnya ada team lain datang dengan peralatan 
"Diamond cutter"..? apatah.. utk task ni aku kena charge RM450 semata2 derang
nak buat lubang kat dinding bermozrk tu ...
tu diaa... boleh potong dinding melangkau mozek tanpa pecahh.. tajam kott huhu


Team ni berperanan untuk pasang hood sekali.
Bukak2 kotak (Abang yg monitor, aku jaga budak2 kenit dalam rumah sebab pantang
 bukak pintu semua berterabur keluar nak ikut haishhh) Abang foward gambar ni...
Tape Nitto Denko ?? Waaaa nostalgia giler. Ex-company aku ni...
10 tahun aku kerja cari rezeki kat Nitto Denko sebelum ni huhu.
Nama nitto denko ni mmg tak glamer dikalangan pengguna sebab dia bukan buat 
end user product tapi more kepada industrial (Kereta etc)
Ariston (Italy) powered by Nitto Denko Tape (Jepun) heheheh.
Vangga jap aku tengok tape ni utk lekatkan besi hood tu kat mozekk.
Guna tape je kot tak de drill mozekk .. kuatt tuuuuuuuuuu


Lepas tu sorang lagi  datang buat fabrication untuk  final measurement
table top.  Meaning team yg pasang kabinet tak pasang table top terus.
Lepas dia buat final measurement baru akan pasang minggu depan pulak.
Tu dia dah nampak skettt. Actually design KC aku ni memang simple ajer huhuhuhuhu. 
natural colorr la kononnya. aku pun pening nak padan kaler camner sebenarnyer.....
tapi tema rumah keseluruhan pun konon2 simple and minimaliss..
jadi ntah tidakk .. takut serabutlissss je akhirnya nanti.. wait and see je lah ahahahha


Ok.. Pentingnya process fabrication ni contohnya...
tengok dinding aku yg tak rata ! Mak oi dengan mata kasar memang tak nampak dinding ni tak rata,
tapi bila dah pasang cabinet baru nampak... besar tu gap... dah la kat singki.
Kalau tak cover betul2 memang akan leaking ke bawah tuu kannnn. huhu.
So hopefully dengan process fabrication ni dia akan cover dan tutup semua 
kemas2 (hopefully)


Ini dia layout dapur...
Belum siap lagi... minggu depan baru nampak rupa sebenarrr..


Finally... My dream comes true. 
Syukur Ya Allah....!
Sesungguhnya nikmatNya yang manakah yang kau dustakan ?

Alkisah
Assalamualaikum.....
Ya Allah segala puji dan syukur diatas segala rahmatMu. FINALLY interior part dah boleh start..the most exciting part for me. Hati berdebar2.. excited sangat! Berlalu sudah stage berendam air mata. Walaupun ada lagi kerja2 touch up.

This week pemasangan lampu dan kipas 90% complete... semalam  pemasangan grill dan hari ni grine and polish balik broken marble yg dah kusam tu huhu. Kalau ingat balik jenuh tau cari broken marble ni. Dah la nak beli minimum kena 1 tan pakainya tak sampai pun setengah tan gara2 nak sama rata dgn bahagian yg baru extend tu huhu. So utk cleaning ni alang2 aku suh dia polish marble dan mozek sekali.
Tokey kasi rega RM1000 hah ambekkkk. last2 aku bodek2 dapat RM850 hehe

Hari ni Abang cuti jadi mandor. Aku lak semalam WFH monitor pekerja2 yg pasang grill. Tengok patern semua tak de bunga...petak sana sini... kejung sana sini ahahahaha. Modern concept la kononnya *angkat tangan ke bahu*. Jenuh kalau nak 'import' corak berbunga kena dapat approval dr En Suami   huhu. Moralnya mmg design semua simple je nanti hihi.

Anyway sedikit gambar terkini.


Abang BANGla menyiap2kan kerja2 mereka. 
Tauke Melayu. Angah namanya. Memang best deal dgn Angah ni.
Pagar lama (recycle) pun dia boleh touch up and cat kan balik.
Memang senang runding.


Abang buat final touch up sebelum kena pasang grill.
Malam tu tengah2 malam sampai kul 1 pagi kitaorang 'cuci rumah'
lap tingkap bagai sebelum derang pasang grill. tu pun 
aku tak sempat siapkan sebab Delisya dah nanges nak bf
so badan dah letih terus aku pun hanyuttttt sedar2 dah pagi ahahha


Abang BANGLa team cleaning pulakkk


Semalam nama je WFH tapi banyak plak job kena attend belum lagi on call tengah malam jam 3 dan 6 pagi uhuhuhu. Sabor je la kann... dah inilah dunia dan karier ku. Hadap je lah.

Semalam dalam pada busy layan team mate and job curi2 masa pump sambil online handle case  tak sedar ebm sampai melimpah! see bila pump sangat efficient boleh multi tasking sambil
pump dan kadang tak sedar botol pun dah penuh !...
Delisha dah setahun 8 bulan, Alhamdulillah rezeki dia utk susu badan masih lagi dimurahkan olehNya.
Boleh dapat lagi almost 10oz sekali pump.


Tu dia melimpah! kat rumah pakai seluar jeans je nak berdandan pun tak sempattt.
Meja pun pinjam meja lipat budak2 hehehe


Bila dicombinekan almost 10oz Alhamdulillah.


Sebenarnya ambik Ratu Jannah ni start dari bulan puasa hari tu.
Dalam pada bertarung dengan kita berpuasa tu boleh jugak retain EBM
6~7 Oz sekali pump.
Alhamdulillah ebm sentiasa muaiiii.

Nak breastpump yang efficient dan power ?
Layari
KIDS BRANDED

Kalau ada yg berminat nak try produk RATU JANNAH ni
boleh layari :
RATU JANNAH

Now mmg kena gak la ambik supplement sbb kesian kan badan sendiri.
Aku ada ambik supplement ratu jannah ni sbb ada alfafa dlm tu.
Biasa dalam set Shaklee pun ada Alfalfa ni tapi bila separate kadang lupa nak
consume.. So kalau Ratu Jannah ni 2 in 1, selain jaga dalaman wanita, untuk tenaga dan kecergasan
bermanfaat untuk penyusuan sekali.

Lately mmg 24 jam tak cukup sehari. Tambah pulak budak2 tengah exam. Dengan standby... dengan renovate... tak lupa juga layanan 1st class tip top untuk para customer yg dikasihi (kenyit2 senyum meleret pada yg terasa hihi). Banyak nak share feedback korang *customer* semua tapi tak sempat.
 Tunggu la iolls punya 'ofis' dah siap nanti I update pelan2 ehh. La ni share mana yg sempat je dulu hihihi.


Ok sambung balik citer.
Final check up sebelum KC instalallation by Mr Ben




Anyway esok team Kitchen Cabinet dari Signature Kitchen akan mula buat installation. Dah la clash dgn Annual Dinner company. Haram tak sempat nak pikir baju apa utk dinner. Tepu dah kepala weyy.
Mmg pakai baju raya je la jawabnya. Nak ubah tarikh installation tak boleh dah kalo tak ade penalti fee (haiyo) tapi mmg derang ni planning *nampak* tip top. Semalam sekali lagi KC planner aku datang buat final site check. Aku rasa ada 4-5 kali kot dia datang site.
Dah la last minit aku nak tambah mozek lagi mmg berpeluh2 suspen nak catch up schedule ni...

*last ad hoc job sebelum KC installation. Abang panggil jiran belakang 
rumah yg jugak kontraktor utk tolong siapkan ... masa terhadd ni huhu*


Apapun tak sabar menanti esok... DUP DAP DUP DAP DUP DAP.......