Assalam...

Tahun ni hari ni pertama kali jejak bazaar Ramadhan... macam tak caya je haha. 
Tahun ni paling sempoi berbuka rasanya.. almaklum askar dah 4 tak dan nak berkejar ke param nak hangkut semua pun tak lalu. Tahun lepas ada bibik.... ooo patut la leh lari2 singgah param hari hari eh hihihi. Ni dah la hantar taska, taska pun tutup cepat mmg kena hantar wakil je la kalau nak rasa juadah param which is Abang huhuhu


So hari ni sementelah aku WFH (jaga Dhiya yg kena sakit mata kali ke-2... boleh ? Hisk) balik kerja terus Abang ajak singah param. Apa lagi zassssss laju je lah terima pelawaan... bila lagi kann....


Pengunjung baru nak ramai.. dah la panjangggg berderet gerai2nya.. jenuh menapak nak intai menu huhuh


Hasilnyaaaaa.... ni lah yg sempat di rembat.  Air je 2 jenis. Padahal kat umah ada twister orange and kordial magga siap bancuh dalam peti tambah lagi Air tebu dan cendol durian... tamakk amekkau kikikiki
Anyway selamat berbuka semua!


Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah seminggu puasa. Weekend lepas asal2 plan nak balik Johor tapi kontraktor call ajak pilih mozek lantai and adik beradik belah abang ajak bergather buka puasa sementelah adik bongsu akan belayar 8hb selama 6 bulan so postpone lah balik kampung minggu depan.

Buat potluck jadi memasing masak gak sikit2. Aku masak maggi goreng, sambal tumis ayam dan juga sarding roll. Tu pun mujur sempat. Balik dr kedai jubin dah pukul 2 lebih bak kata kontraktor macam pergi pasaraya tak sedar masa berlalu wahahaha. Aku pun ikut dan je memilih corak dan kaler... dah la 1st kaler pilih dah habisss aduhhh. Bila dah rasa mcm terkilan tu yg slow je nak pilih combination kaler baru. Mmg kali ni pilih simple jek... faktor usia kott ahahaha

Ok jom layan gambar... zassss


Air tangan aku dan Abang hehe (Sardin roll, vege maggi goreng, sambal ayam)


Lauk pauk by Mak Long ~ Siput sedut masak lemak cili padi, keladi masak asamm.. gulai tahun (betul ke sebutan?) ngan kacang tumis petaii.. perghhh


Opss tak sempat snap dah nak licin.. lemang, sarding roll, kuih pelita dan sate


Mak lang buat Laksa Penang and Laksa putih


Alhamdulillah dapat berkumpul seluruh adik beradik belah Abang...


tuan tanah pun nak interprem dan juga adik ipar baru 
(welcome to the family ~!)


Aktiviti di kedai jubinnn


pilih pilih jangan tak pilihh.. memang rambang mataa!
Macam pilih ikan kat pasar wahhahaha


*Sape la yg sempat buat muka tuu*

Al kisahhh ~
Assalamualaikum...
Selamat menyambut Ramadhan buat semua rakan taulan dan bloggers diluar sana. Sedar2 dah pun masuk hari ke-3. Macamana ramadhan korang kali ni?


Ramadhan kami bermula dengan kunjungan ke Klinik dan seterusnya ke Hospital di pagi hari uhuhuhh
Delisha dah start demam hari Khamis lepas... demam nya mcm on off tapi pagi Ahad tu bangun pagi penuh mcm ruam satu badan.. nak kata campak pun mcm ia. Gi Klinik terus Dr suh gi spital cek darah since dah demam lebih 3-4 hari huhu terus lah kami ke Columbia yg terletak di Puchong. Sampai lepas zuhur gitu gini gitu gini menunggu akhirnya pukul 5 lebih baru settle. Terus balik singgah param je laa... terbantut terus niat nak memasak juadah berbuka sementelah hari cuti kan huhu.



Esoknya Mama WFH monitor Delisha... sempat gak gi cari buah kelapa muda. Time2 bulan posa ni mujur ada 1 gerai jual air kelapa muda tu berniaga mcm biasa. Mama beli 1 siap belah dan 2 biji spare kat rumah.


Petangnya elok Papa ambik abg Kakak dan Dhiya tengok2 mata Dhiya pulak dah merah sebelah.. sah la sakit mata huuuu. So hari ni Papa dia pulak take turn jaga Dhiya kat rumah... nak hantar taska confirm tak boleh takut berjangkit. Delisha dah ok... Dhiya pulak la melepek ni. 
Moga cepat sembuh anak2 Mama.. aminnn