Assalamualaikummmm...

Wah wah ... meriah FB 2-3 hari ni macam2 kawan2 update.. yg pergi bercuti,
yang balik kampung, yang pergi shopping and leisure mesti seronok masing2 kann.

Kiter cuti CNY ni tak ke mana... nama pun CNY makanya bagi can kat team mate
yang berbangsa Cina untuk bercuti meraikan CNY.
So time2 macam ni kitalah kena standby back up diaorang.
Adil la kann.. time Cuti Raya Aidilfitri derang yang akan back up kita...
so orang kata give and take gitew...

Apapun cuti Thaipusam yg lepas dah balik kampung bermanja2 ngan 
Mak dahhh.. so cuti 3 hari ni memang duduk kat rumah je lah 'standby on call' uhuhuhu.


Sambil Mama standby kat rumah.. Dhiya sempat lagi ambik angin dalam 'taman bunga' hokeyyy.
Kemain anak beranak beriadah dalam tamannn.. hihihi
Dhiya asyik masyuk tengok rama2 terbang berkeliaran *tak masuk lak dlm gambar*


Tapi sebenarnya taman yang di maksudkan ialah.... 
jeng jeng jengg.... er tak jauh punnnn... sebelah rumah jekk hik hik hik


Rajin tu Dhiya tolong Papa & Abang cabut 'bunga' dalam tamannnn hihihihi


Kemain sibuk ke hulu ke hilir tolong angkut 'bunga' yang dah siap di cabutt


Pas tu ikut dan dia je nak buh mana.. lain tempat 
orang longgok, lain tempat yg di longgoknyer hihihi


Al kisahh.. rumah sebelah ni bukan le kitaorg saje2 wat amal jariah tolong bersihkan....
tapi sebenarnya... Alhamdulillahh.. 
setelah lebih setahun urusan jual beli, akhirnya
rumah idaman ni dah bertukar  menjadi hak milik kami...
Syukur Alhamdulillahhh...


Pengalaman kali ke-2 proses jual beli rumah.....


kemain banyakk form yang nak di sainn.. hampir separuh body Galaxy Notes tuh.
Lenguh2 tangannnn menyain uhuhuhu


Ni masa mula2 owner serahkan kunci rumah kat kitaorg utk 
allow evaluater masuk dalam rumah.


Lepas dapat kunci tu owner dah tak mintak balik dahh... walhal
rumah tu lum selesai urusan bank. Memang sporting habiss...
So buat sementara kitaorg bersihkan dan buat stor barang2 tak pakai je dulu he he.


Rumput lalang yg suburr... lepas dapat kunci Abang dah start jaga la rumput lalang nya.


Time weekend kalau sempat rajin la 2 beranak ni kerjakan rumah sebelahh...
la ni pun sampai dah jadi 'taman bunga' hihihi 


Alhamdulillahh.... impian sejak mula mendiami rumah yang kami 
duduki sekarang setelah dibeli sejak 7 tahun lepas. 
Berkat doa, usaha dan kesabaran,
akhirnya  Allah perkenankan permintaan kami.
Semuanya atas rahmat dan kasih sayang Nya.

Tahun 2012 kami masuk 'meminang'...
2013 urusan bank... dah Alhamdulillah 2014
akhirnya sah menjadi milik kami. Mujur lah kami
tercepat setahun je masuk meminangg sebab rumah sebelah kanan kami
yang satu lagi tu tahun 2013 dah dijual dengan harga hampir RM400K.
Cepat betull harga mencanak naik uhuuuuu.

Teringat dulu dalam tempoh kami 'mengidam' tapi tabung lom penuh,
aku la  yang paling tak senang duduk asal ada orang datang usha2 rumah sebelah.
Lagi kalau siap masuk dalam tengok rumah memang berdeborr wehhh.
Dalam hati  jangan la beli.. (owner)jangan la jualll... uhuuukkkk
Nak cari rumah baru naik sekarang ni semua harga dah jutaann...
saiz plak lagi kecik dari rumah sekarangg.. mmg tak berbaloi rasa.
kalau dapat berganding sebelah sebelah memang dah memadai dan syukurr bagi kami...
tambah depan rumah lapang tak rumah orang.. field view tu pun mmg faktor penting gak.
Tu yg selalu panjatkan doaa kalau memang rezeki dan jodoh kami mintak dipermudahkan 
untuk kamii.... aminnnn
Sampai la satu hari bila agak2 tabung dah mengizinkan baru la kitaorg gi 'merisik..'
lama gak owner nak bagi jawapann... tunggu, tunggu dan tungguu dengan sabar.
berbulannn jugak lamanya...
last2 satu hari dapat tau owner dah mula open utk juall... 
memang aku la orang palingg gembira siap melompat kegirangan 
dalam rumah wahahahhahahaha!
*sila jgn bayangkan yer*
Ngam2 dia nak jual kami pun dah ready utk beli.. Alhamdulillah.
Memang Allah knows best!

La ni dalam kepala macam2 fikir...
tengah survey2 contractor...
Plan A... Plan B.. Plan C....
macam2 idea.. tapi semuanya bergantung
pada size poket utk diterjemahkan 
menjadi kenyataan.

Sewa rumah area ni pun dah naik dari RM850 sebulan tahun lepas 
kepada RM1300 sebulann tahun ni!
Sejak susur keluar ke Putrajaya/Cyberjaya bukak mmg rega cepat 
je mencanak uhuhuhu.
Tapi nak sewakan pun apa2 hal kena gak repair dulu apa yang patuttt...
nak renovate terus pun bukan sikit modalnyaa...
fuhhh pendek kata memang tak leh tidur dibuatnya 
kalo memikiokan nyer uhuuuuu

Apapun biarlah masa yang menentukannnn .
semoga dipermudahkan segala urusan selepas ni.. Aminnnn

Assalamualaikum....

Aha sejak mencuba masak wet butter prawn masa balik johor hari tu mmg teringin nak masak lagi balik rumah kang.
Kebetulan Abang ada beli daun kari dan sotong... terus teringat nak buat lagi!

Petang tu balik kerja Papa gi beli barang2 dapur aku standby jaga budak2 sambil prepare nak masak. Kirim la beli kacang panjang & susu cair (walopon susu cair bertukar jadi susu rendah lemak kekeke).. hasilnya.... taraaaa! Makan dengan salad + sesame dressing dan nasi goreng planta pecah telurr. Pernah makan menu lebih kurang camni kat Q-Thai cyber tu yg datang semangat walopon terlebeyy masin sudaaa kikiki

Assalamualaikum...

Ahaa pejam celik pejam celik dah 2 bulan kak ton tak bermaid uhuuuuuu. La ni kat rumah dah kena cari idea  create 'system' utk menambah kecekapan nak handle rutin harian walaupun masih kena improve lagi. Especially bila Tuan Besar request nak dinner kat rumah kalau boleh... ye la kalau tapau pun nak menunggu satu hal... nak makan kat kuar memalam pun satu hal dgn anak nak buat homework bagai. Makan kat luar pun bukan order terus siap atas meja kadang terpaksa menunggu queue order plak jadi sememangnya dinner kat rumah yg paling selesa utk anak2 termasuk mak pak nya sekali huhu.

So hujung minggu dah start ready dengan bahan2 masak. lada blender, bawang blender and bawang kupas bagai kan. Lauk basah pun packing utk sekali masak siap2 so kalau nak defrost terus utk sekali hidang. Stock kuih muih frozen (popia otak2/karipap etc) pun dah standby as variasi sarapan Danish Dania ke sekolah.

Yg best bukan takat tu je... lauk dah siap masak pun Mama frozenkan kekeke. Dah alang2 ada deep freezer (asal2 beli utk simpan stock EBM) so selain simlan EBM boleh la simpan lauk frozen jugak hihihi.

Baru2 ni masak sambal sotong. Kemain histeria melompat2 masing2 bila tau mama masak lauk sambal sambil bauk lada tumis kat dapur kennnn. Sambal tumis Danish biasa la 24 jam mmg ada stock dlm peti ais yg tu biasa tak keluar utk buat lauk just utk Danish kalau dia nak makan 'nasi lemak' dia tu kan so sambal sotong tu masak asing utk lauk hidang. Lepas masak asingkan separuh simpan dlm deep freezer. Agak2 emergency tak sempat masak boleh la keluarkan tinggal perangat je nanti hew hew heww