Assalamualaikum....

Aha sejak mencuba masak wet butter prawn masa balik johor hari tu mmg teringin nak masak lagi balik rumah kang.
Kebetulan Abang ada beli daun kari dan sotong... terus teringat nak buat lagi!

Petang tu balik kerja Papa gi beli barang2 dapur aku standby jaga budak2 sambil prepare nak masak. Kirim la beli kacang panjang & susu cair (walopon susu cair bertukar jadi susu rendah lemak kekeke).. hasilnya.... taraaaa! Makan dengan salad + sesame dressing dan nasi goreng planta pecah telurr. Pernah makan menu lebih kurang camni kat Q-Thai cyber tu yg datang semangat walopon terlebeyy masin sudaaa kikiki

Assalamualaikum...

Ahaa pejam celik pejam celik dah 2 bulan kak ton tak bermaid uhuuuuuu. La ni kat rumah dah kena cari idea  create 'system' utk menambah kecekapan nak handle rutin harian walaupun masih kena improve lagi. Especially bila Tuan Besar request nak dinner kat rumah kalau boleh... ye la kalau tapau pun nak menunggu satu hal... nak makan kat kuar memalam pun satu hal dgn anak nak buat homework bagai. Makan kat luar pun bukan order terus siap atas meja kadang terpaksa menunggu queue order plak jadi sememangnya dinner kat rumah yg paling selesa utk anak2 termasuk mak pak nya sekali huhu.

So hujung minggu dah start ready dengan bahan2 masak. lada blender, bawang blender and bawang kupas bagai kan. Lauk basah pun packing utk sekali masak siap2 so kalau nak defrost terus utk sekali hidang. Stock kuih muih frozen (popia otak2/karipap etc) pun dah standby as variasi sarapan Danish Dania ke sekolah.

Yg best bukan takat tu je... lauk dah siap masak pun Mama frozenkan kekeke. Dah alang2 ada deep freezer (asal2 beli utk simpan stock EBM) so selain simlan EBM boleh la simpan lauk frozen jugak hihihi.

Baru2 ni masak sambal sotong. Kemain histeria melompat2 masing2 bila tau mama masak lauk sambal sambil bauk lada tumis kat dapur kennnn. Sambal tumis Danish biasa la 24 jam mmg ada stock dlm peti ais yg tu biasa tak keluar utk buat lauk just utk Danish kalau dia nak makan 'nasi lemak' dia tu kan so sambal sotong tu masak asing utk lauk hidang. Lepas masak asingkan separuh simpan dlm deep freezer. Agak2 emergency tak sempat masak boleh la keluarkan tinggal perangat je nanti hew hew heww

Assalamualaikumm..

Wahahaha.. kejap je dah hari Isnin. 
Cuti Thaipusam 3 hari kitaorg balik Johor... kebetulan adik yg duk Penang pun balik Johor
maka berkumpul lah kami sekeluarga dlm cuti pendek ni.
Bila berkumpul ramai2 macam2 la menu makan keluar.. tak renti2 kerja makan jek.
Ada pulak layan tekak org mengidam *bukan I taww*
apalagii.. yg lain pun tumpang sekaki ler hihihi


Bibik dah tak de, 1st time balik kampung bawak balik keta sedan.. 
kalau selalu boleh berguling sorang satu row kali ni kena la adjust kasi muat
3 org dalam satu row... solutionnyerr .....
pepandai la berimpit memasing yek kikiki


Air Asia Travel kit ni beli masa travel gi Sabah.  Memang berguna utk travelling jauh ekk


Sikenit ni kan suka main berdiri kat depan mama.. elok jugak pakai bantal leher ni..
kalo keta benti2 tak le kepala dia terantuk kat dashboard kan hihih



Penyudahnya tengok la Dhiya landing mana..
so anak papa okehh.. bahu papanya jugak nak dibuat bantalll hisk hisk 



Hari Sabtu tu Mak nak belanja makan kat restorang sea food. Pagi surver nak gi booking tengok tutup plakk.. penyudahnya beli seafood dari peraih masak sendiri kat rumah.
Memang puas hati la.. beli berkilo-kilo ni.
Udang & siput gongong fresh dari kelong.. udangnya masih melentik2 lagi 
masa bawak naik keta... peraih siap naik bot gi kelong.. maklum laa
geng kamceng Abang aku kennn... order on the spot gi sauk hihihi.
Balik umah buat Wet Butter prawn





Tak lupa order belangkas... Puyuh goreng nenekkk.. ikan Abang aku pancing kat lautt.. Ikan pipi besar
katanya.. suh adik aku masak kari penang.. perghh mmg bertambah2 makan kesedapann.
Kupang 10 kg licin ratah anak beranakk.. siput gongong 5 kg... udang 2 kgg..
belum Mee bandung & wat steam boat lagi *lupa nak snap*

ABC Jagung leleh berapa kal ibeli hihih..



Wet Butter Prawn


Siput gongong 5 Kg, kupang 5 kg pun licin diratah wehh.. tak dan nak snap pon kikiki



ABC Jagung Leleh


Burger Kambing


Kari Penang powerrrr


Puyuh goreng salut tepung meletopp! 


Adik aku dr penang cam biasa kalo balik macam2 dihangkutnya selagi boleh 
hangkuttt kikikiki.

Seronok sangat jumpa adik beradikk.
 Memang 3 ari duk kampung kerja makannn je wehh!