Assalamualaikum...

Ahaaa... lama tak update gambar2 anak2 membesarr...
busy sepanjang harii... ntah apa yg dibusykan ekk.. hihih
Danish pulak minggu peperiksaan Sumatif..
semoga boleh menjawab dengan cemerlang ya Abanggg

Okk.. jom tengok si gebot Delisha menjengah ke usia 6 bulan ++.
Si Delisha berbanding dengan kakak abang... bukan meniarapp.. 
tapi berguling! ahahhaha
ZooOooOoommmm!!




Freestyle.. teman ku selaluuu.... masa BF Delisha tak lupa ambik peluang buat stok sebelahh...
so baby kenyang, stok extra pun dapat gitewwwww..!
tengok la kaki Delisha yg gebott.. kasut semua kejap je ketatttt erkkkk


Delisha memang ligat naik walker. 
Satu rumah dah berpusingg.. kejap ke dapur.. kejap 
ke laundryy.. kejap masuk bilikk..
pantang lepa pintu grill sedar2 dah terlepas keluar!! 
bahaya ni takut terjun ke longkangg hihihi




 Adik dan kakak yang sama besar je hihihi




1 shot dengan Papa die..


and the proud mama is......... hihihihihi *nak jugak interpreme*

" PROMOSI  DOUBLE ELECTRIC BREASTPUMP TERMURAH 2014 "
Now every mom can freestyle ~
Handy| Handsfree | Affordable


Assalamualaikum.....

Ahaa.... hari ni nak perkenalkan Double Electric Breastpump yang sedang hangat di pasaran iaitu
Eve Love Heavenly breastpump.

Terus terang sangat teruja masa mula2 ternampak produk ni di internet dan terus 
membuat keputusan untuk sambar 1 set untuk mencuba sendiri.
Tertawan dengan kaler dia yang sungguh menawann.. pinkishhh gitew kann
sangat2 sweet mmg boleh menaikkan semangat ibu nak pump hihihihi.

Ok ini adalah semua parts yang terdapat di dalam set 
Eve Love Heavenly Breastpump.
Dalam set ini mengandungi Motor pump, Calendar Cap storage bottle, pumping set termasuk tube,
power adapter dan buku manual tapi yang special dengat set ni ialah
disekalikan dengan Eve Love Pumping Bustier yang mana 
boleh digunakan sebagai tools untuk membolehkan para ibu 
mengepump EBM secara HANDSFREE...!
ya, di ulangii.. secara HANDSFREE ya...!!


Ok.. kalau zoom dekat.. ini adalah setting untuk pumping process.
Nampak tak kain warna merah yg ada cangkuk macam cangkuk bra tuu...
aha.. itu lah dia Eve Love Pumping Bustier.. 
just pakai macam pakai bra then selitkan Breast Shield ke bustier tu 
so dia akan melekap kat breast dengan jayanya.


Kalau zoom lagi... ahaaa.... Eve Love Heavenly Breastpump ni
dilengkapkan dengan soft fit. Kalau yang concern pasal soft kit ni
memang elok sangat lah set ni jadi pilihannn


Ada 4 button di motor pump dia iaitu terdiri dari button

1. ON/OFF button
2. 2 pumping mode (Stimulation / Expression)
3. + button to increase suction level
4. -  button to decrease suction level


so lebih kurang macam Medela Freestyle bezanya
Medela Freestyle ada memory button untuk configure satu auto setting
dan Medela freestyle ada dislay so boleh monitor
berapa lama kita dah pump dan di level/mode mana kita sedang pump.


Ok.... so the next day tak sabar2 lagikan nak test power
Heavenly Breastpump ni kat ofis...  


 Ok ini dia yang diperlukann.... jom test drivee...!!


Eve Love Heavenly boleh beroperasi dengan power adapter atau 
bateri AA x 4 biji.

Ok pandangan dari atas....
Handsfree jugak okehhh


Selepas kira-kira 18-20 minit hasilnya....
taraaaaaaaaaaaaaaaa...............!!
tu diaa.... dapat jugak 7 Oz sekali pump!! not bad kannn!!!


Ok... yang special lagi pasal 
Calendar Cap Storage Bottle ni ialahh...
*memula saya pun tertanya2 jugak kenapa namanya 'Calendar' ?? *
rupanya2 kat cap botol storage tu  memang ada KALENDAR..!
Ya.. betul kalendar... ada bulan dan hari bulan...
boleh diadjust untuk 'tanda' tarikh EBM kita tuu...
ha gitewwww... punya la hi-tech storage bottle Eve Love ni kannn !


Macam biasa model tak berbayar nak interpreme.. ni sebagai bukti 
hasil adalah pada hari kejadian yg dinyatakan hew hew hewww



Ok tadi adalah sessi pagi... so lepas tengahari pulakk.... 
jeng jeng jenggg.... hasilnya... 8 Oz...!! Alhamdulillahhhh !
Ni fresh pump and snap.. pumping set pun tak bukak lagi dari botol.
Memang ternyata Eve Love Heavenly Breastpump
pun tak kurang hebatnya dengan jenama antarabangsa terkenal !


 so hasil petang di gabung dengan hasil pagi... 
*sorry lupa nak bawak storage bottle Eve Love Extra*
so ini adalah hasil pump 2 sessi dalam sehari... sessi ke-3 pump lepas sampai rumah.
So untuk 2 sessi ni 7 oz + 8 oz = 15 Oz sudaa..
so lepas balik rumah dapat lagi 7~8 oz dah lebih  > 20 Oz jugak
ole-ole EBM untuk buat stock kannn.. lumayan juga tuhh!


Model tak berbayar bergambar dengan hasil EBM pada hari kejadian hihihih
*kalau ambik gambar sendiri mesti contrast terlebih terang huhuhu*


Yang palinggg besttt lagii...
Eve Love Heavenly Breastpump ni
harganya sangat sangattt berbaloi dan mampu milikk!!



Dan yang lagi bestt...
sekarang ni ada promosi super duper jimattt


Kalau tak percaya atau susah nak percaya cepat cepat layarii :-

Eve Love Heavenly Promotion @ KidsBranded






atau hubungi nombor berikut :
012-2399355 (IZAN)
untuk keterangann lanjut okehh!!

*P/S : MODEL EVE LOVE HEAVENLY kini tiada lagi dipasaran dan sudah digantikan dengan
 MODEL EVE LOVE FLEXI *
Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk bukan Oktober...dah masuk ke kuarter terakhir tahunan sudahhh.... Hari ini bermaksud genaplah baby Delisha 6 bulan setengah. Semakin keletah dan cerdik.
Dan pandai main, dah 'berjalan' dalam walker dengan lajunya... dah pandai ke dapur tolong mengemas pinggan dari rak rak pinggan... betapa masa berlalu begitu pantas...!!!



Alhamdulillah Delisha masih FULL BREASTFEEDING ! Bermaksud sudah 6 bulan ++ jugalah 
aku menngepam stok EBM untuk simanja tersayang...!!

Jika di imbas kembali sejarah penyusuan ketika baby2 sebelum ni, 1st baby Danish hanya 2 bulan setengah... 2005 awarness tentang penyusuan susu ibu masih belum begitu berkembang.. dengan kemudahan internet yang terhad...  bila naik kerja terus excited nak cari susu FM di pasarann... pump2 bagai ni tak terpikir lagi nak buat.  Penyudahnya 2 bulan setengah Danish dah minum susu formula sepenuhnya! Sedih kan!!!

Bila lahirkan 2nd Baby pada tahun 2007, Dania... awareness pasal penyusuan susu ibu sudah mula berkembanggg... aku sendiri pun mula dapat pendedahan dari seorang ofis mate. Banyak artikel yang dikongsikan macamana nak pump dan cara2 menyimpan EBM. Masa tu tekad untuk full breastfeed sekurang2 nya 6 bulan pada Dania !!! Lantas melaburkan sedikit RM beli Set Avent Manual breastpump.
KLIK SINI untuk catatan hari pertamaku

Pump Avent  manual yg pernah berjasa satu ketika dahulu

Catatan hasil EBM hari pertama 6 tahun lepas.... sekali pump 4-5 Oz..
3 kali pump baru dapat 12-13 Oz uhuhu..
berbanding dengan bila guna Medela Freestyle KLIK SINI.. sekali pump 8-9 Oz... 
3 kali pump ?? senang2 je kena cantas rekod masa guna  pump
single manual dulu kan hiihi

Alhamdulillahh... 6 bulan berlalu dan Dania dapat menyusu sepenuhnya samaada direct BF atau EBM.
Mujur baby sitter waktu tu rajin nak melayan EBM ni..  selepas 6 bulan stok EBM merudum... sekali pump pun tak dapat banyak... akhirnya aku pun give up pump dan Dania continue breastfeed campur FM bermaksud siang FM, malam direct BF. Berterusan sehingga Dania 3 tahun alhamdulillah...
Yang kelakarnya hari pertama nak putuskan susu... guna asam jawa dalam pukul 10 malam.. Dania terus geli tak mauu... keesokan paginya aku tersedar pukul 5 pagi badan Dania panas!! Terus demam 3 malam berturut2!! Alahaii kesian anakku....

4 tahun kemudian, 3rd baby lahir, Dhiya 2011. Masa ni sama macam Dania target pun 6 bulan. Masih menggunakan AVENT manual breastpump. Alhamdulillah... Dhiya pun dapat full BF 6 bulan pertama tapi selepas 6 bulan aku pula pergi ke Jepun atas Trip Program Jenesys selama hampir 2 minggu... di sebebkan program yang agak padat maka aku tak dapat nak pump ikut schedule..... akhirnya bila balik stok EBM licin sama sekali dan aku pun tak dapat buat stock baru.... akhirnya setelah 6 bulan Dhiya pun campur minum FM siang dan malam EBM.

Tak lama lepas tu aku disahkan mengandungkan 4th Baby, Delisha. Setelah berbincang dengan Doktor, Dhiya masih continue BF sehinggalah  baby dalam kandungan berusia 34 minggu... aku ambil keputusan utk stop BF Dhiya untuk beri laluan  reproduction BM fresh dari 0  untuk 4th Baby. Maksud aku supaya colustrum, antibodi baby akan terhasil semula sebaik 4th Baby lahir...

Bila Delisha lahir kali ni aku tekad untuk beli Medela Freestyle..! Dengan niat untuk full BF Delisha dan qada' EBM Dhiya..! teringat kali pertama aku jatuh cinta pada Medela Freestyle ketika di Surau ofis sambil pump BM. Aku di satu sudut , dan disatu sudut lain ada seorang ibu yg turut pump susu.. tapi cuma dimasukkan dalam telekung sambil si ibu melayan handphone. Sedangkan aku sambil pump manual pakai tangan kejap2 selak tengok dah berapa oz.. keluar ke tak keluarrr... kejap lagi nak kena alih ke breast sebelah pulakkk.... aku rasa agak 'busy' jugak process mengepump tu tapi hasilnya... errr... nak tunjuk pun segannnn.... 

Sekali ibu yg disebelah tadi... tau2 je dah siap, matikan pump... bila keluarkan 2 botol dari balik telekung tu dia.... 4 Oz + 4 Oz di setiap botoll.... mak oiiii 8 Oz sekali pump sambil rileks2 jer...?????
Senanggg gilerrr!!!

Dan sejak tu lah aku berniat nak beli Medela Freestyle juga sekiranya ada rezeki untuk next baby..

Dan hari ini... alhamdulillah... diwaktu paling kritikal berbanding ketika baby2 terdahulu mencecah 6 bulann... 
aku akhirnya mampu tersenyum bangga dan puas melihat hasil EBM.... apa yang aku pernah lihat berlaku pada orang lain akhirnya menjadi kenyataan untuk diriku. Walaupun harganya agak mahal sementelah dah pun masuk anak ke-4 baru terhegeh2 nak sambar Medela Freestyle tak pernah
sesaat pun aku rasa membazir apatah lagi menyesal.
Sememang aku rasa begitu berbaloi melabur beli Medela Freestyle kali ini..!!

Ini adalah hasil EBM semalam, 1hb Oktober 2013 iaitu setelah Delisha berusia 6 bulan 2 minggu...


 Tak sedar pump handsfree sambil layan gadget baru tengok2 botol dah penuh!! mujur tak sampai
tumpahh uhuhuhu. Cepat2 tukar botol baruuu!


Tu dia sebelah botol penuh...  6 Oz jugak tu


continue pump dengan botol baru


Hasilnya sessi pagi ... walaupun dah 6 bulan masih mampu pump dapat
10 Oz satu sessi..!


Dan bersambung pump sessi petangg.... dapat lagi 9 Oz..
fressh ni snap baru lepas pumppp


Susu disebelah kiri yg dah disejukkan hasil sessi pagii..
dan 2 botol di sebelah kanan fresh masih hangat lepas pumpp... nampak botol masih berwappp



Alhamdulillah... untuk 2 sessi di ofis dapat hasil sehingga 19 Oz....!! sangat berbaloi2 bagiku...
kalau dulu di saat baby 6 bulan aku sudah pun hilang semangat mengepum kerana hasilnya tidak begitu memberangsangkann.... tapi kini segalanya berubah 360 degree..!

Stok EBM ku ...?  Deep Freezer 100L hampir penuh dengan stok EBM Delisha dan Dhiya.
Stok yang mencukupi sekurang2nya untuk 3 bulan.
Aku guna bekas dadih je...senang nak susun dalam freezer.
Malam atau awal pagi bibik akan keluarkan dari freezer masuk ice box kat dapur dan akan dituang ke
botol susu sebelum dipanaskan dalam warmer *tak boleh dipanaskan terus direct dari bekas dadih*
 Bekas dadih ni pun akan
recycle 2-3 kali sebelum dibuang... disebabkan cycle EBM ada dalam 3 bulan
jadi lepas 3 bulan baru aku jumpa balik bekas dadih lama hihihih.

Sekarang ni dah masuk Oktober... masih dalam process clearkan stok bulan Jun dan
dan sebelum2nya huhuhu. Satu turus bekas EBM ni sebenarnya
terdiri dari puluhan tingkat bekass... memang tak sampai tangan nak cecah ke bawahhh
terpaksa berjinjit2 hihihi.


Nak tau tinggi mana Deep Freezer 100L ni ? Ahaa.. tu diaa..
Kalau Delisha masuk dalam tu pun tenggelam dengan EBM hihihi


Wajah ceria bayiku yang membesar dengan susu ibu sepenuhhnya.....!!
Berat Delisha 6 bulan ++ ialah 8.8 Kg!! ohohohoo. Pecah rekod jugakk!


 Sesungguhnya tidak ada lagi yang mengembirakan buat seorang ibu yang masih menyusu
melihat botol2 milk storage dan freeser
penuh dengan EBM... sememangnya aku kini mampu tersenyum puas!!

Alhamdulillah... terima kasih Allah..... terima kasih juga Medela !!!