Assalamualaikumm

Semalam julung2 kali berpeluang jumpa live Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj 
yang mencemar duli bagi merasmikan Masjisd Taman PP yg berdekatan dengan rumah. 
Kebetulan terawih sebelum ni dah di beri pengumuman oleh imam untuk datang beramai2 
memeriahkan majlis maka petang semalam pergi la dengan Danish & Dania. En Hubby pulak ada majlis berbuka puasa dengan Customer di Hotel Singgahsana..


Majlis berbuka dengan menu ringan kurma, bubur manis dan bubur lambuk.
Yang di raikan bersama oleh Pusat Zakat Selangor hari ni of course lah
golongan Asnaf, fakir & anak2 yatim. Memang diaorang dapat meja reserve.
Rakyat marhain yang lain tu pandai2 la menempel cari tempat hihihi.
Orang memang ramai lahh.. paham2 je la kan.


Antara juadah berbuka yang di agihkan.
Lepas berbuka dengan juadah ringan terus solat maghib berjemaah bersama2 
dengan Sultan Sharafudin Idris then baru sambung makan malam.
Menu nasi putih dan lauk pauk daging masak kicap, ayam/telur masak sambal. acar nenas...
orang memang ramai so lauk cepat je habis dan cateror mmg sentiasa kena top up lauk.


Danish makan licin.. maklum la sambal kann.. sedapp katernya. Alhamdulillah.


Dania pun habis sepinggan comelll


Lepas dinner sambung Solat Isyak berjemaah di ikuti okeh Terawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat.
Memang laju je imam. Terasa memang lancarrr je. selalu kalau 8 rakaat pun
mode 'slow motion' hihihihi. Dengar2nya imam pun mmg khas pengiring Sultan.


Habis solat terawih, Sultan Sharafudin sempat bergambar kenangan dengan Menteri Besar DS Khalid dan exco negeri diikuti AJK2 masjid yang berbaju hijau di belakang.
Rupa2nya ada ex-office mate yg jadi salah sorang AJK.


Malam ada lagi morehh... bubur kacang hijau cecah roti, air sirap sejuk dan teh tarik. Dalam ramai2 tu boleh terserempak dengan member sekampung kat Johor nu... dia dari team paramedik standby untuk Sultan.

Al-kisah majlis iftar bersama Sultan Sharafudin di Masjid TPP kali ini. Masjid ni sebenarnya dah lamaa..
baru semalam di rasmikan. Patut la masjidnya pun dah bercat baru gitewwwww

apapun kenangann yg baik untuk Danish & Dania InsyaAllah.


Assalamualaikum...

Salam ramadhan di pagi Isnin semua.. 
selamat melayan monday bluesssss...

My cheecky baby Delisha Adliena si bam bam bammm dah 4 monthss!!
Lepas ni dah kena share diapers ngan kakak Dhiya size L..
size M dah melecetttt pehanya uhuhuhuhu

Kemontelan berkat titisan emas susu ibu sepenuhnya... Alhamdulillahhh


Semalam sempat merendek ke Seksyen 7 cari baju raya...
tema tahun ni kaler purpleee.
Alhamdulillahhh... team purple completed yesterday walopon 
turun naik banyak tempat gak nak cari kaler ala sedondonn.
Dah la K. Paridah tutup plak hari Ahadd.. keciwa makcikk


Ni masa fitting baju.. Dania jadi assistant tolong pegangg...
ralit Mama dok fitting tengok2 dia kat sebelah dah siap sarung baju Mama 
dok 'fitting' jugak.. complete ngan tudungg.. 
nak tergelak Mama tengokkkk.. Dania Daniaaa...

Anyway dah lega baju tema dah settle. 
Lepas ni tinggal fine tuning jekkk

Assalamualaikum...

Tak habis2 kan cerita ngan pemanggang ajaib ni ahhahahaha.
Tapi memang 'ajaib' wehhhh!!!! macam2 bleh masakkkk
meh kita tengok apa yg dah di'ajaib'kan dek pemanggang ajaib nihh


Ops sneak peek gambar juadah berbuka hihihihi.


Haa... nampak tu dia ROTI JALA. Tak lau la lately Danish asyik request nak makan Roti jala je!!
Kalo masak kari memang kompem la Maknya menjala lepas tu dek memenuhi permintaan anak bujang sorang ni hihihi. Ada pemanggang ajaib ni lagi senang...! tak perlu pakai minyak, tak melekat dan cepat masakk!! memang la terbaekkk!!!


Ahaa.. ni hasil Roti Jala di satu pagi hari kerja. Danish request nak makan roti jala malam nya. Bangun pagi gigih la mak nya menjala buat sarapan anak bujang sebelum gi sekolah agama.. giteww!!


Danish kalo makan Roti Jala macam makan mee kari..! kuah kari banjirr!!


Selera sungguh..!!


Ni pulak buka puasa baru2 ni.. kebetulan ada kuah kari lebih buka sebelumnya.. apalagiii.. jadi la Roti jala lagikk. Siap buat Onion Ring ala Tony Romas gitewwww *perasann hihihi!*


Naik ngeri omaknya tengok Danish makan... siap ber'slurpp slurrpppp' makan roti jala ngan kuah banjirr!


Tu diaa...!!!!!


Tengok licin roti jala & kuah2 sekali di pulun dek Danishh! hihih



Semalam plak buat murtabak Mini. Bancuh je inti lebih kurangg..
buh bawang, daging kisar, kentang, telur garam gula secukup rasa serbuk kari skett.
Lipat dalam kulit popia tu bakar atas Pemanggang Ajaib tutup kasi isi masak!


Taraa...!! Iiiiieieee ajaibbb ajaibbbb! licin ! hihihi. Senang sungguh membuatnya.. senang ati omakknya hihih

 Last but not least... kalo nak tau En Suami rajin sungguh ke dapur tau bulan2 posa ni.. maklum la balik kerja pun awall. Rajin En Suami masak lauk berbuka.. antaranya apatah menu ni.. otopor ke apa masakan Filifinaa..tergeliat lidah mak nak sebut..
owwhh memang kalah omak eh.. Omak eh pun tak seadvance sampai usha menu luar negara.. 
tapi seriously sedap woh makan air tangan En. Suami sekali sekalerr!! licin omaknya makan 


 Lepas tu kelmarinn.. memula ingatkan nak masak Ikan asam pedas je.. tengok En Suami masak Pajeri terung ??? Wah wah wahhhh... tercabarrr Makkk!!!! terus tukar menu ke Ikan Percik Bakar..!
Nasib baik ada Pemanggang Ajaibbb *sambil kenyit mata & senyum2 kat Pemanggang Ajaib*


Tak sia-sia ada Pemanggang Ajaib di bulan posa ni.. masaknya pun cepattt.. nak belikan kat Nenek kat Kampung pulak nanti hihihii


Inilah hasilnya.. Ikan Percik Bakar Mama lawan Pajeri Terung Papa.
Kalau nak tau Mamanya mmg peminat pajerii... kuah tu siap simpan... esoknya
buka buh nenas plakk jadi lah pajeri nenass..!

Buat Papa.. terima kasih sesangat sebab rajin berjemaah di dapurrr.
Hati girang perut pun kenyanggg.. muahhhh!!