Salam hari Selasa.. nampaknya demam PRU13 masih belum kebah. TV & Media Sosial masih berbicara analisa PRU13. Bersempena itu nak share satu artikel buat bangsa Melayu .. peringatan dari Tokoh Negara yang saya sayangi dan hormati.




MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel dr Utusan
Assalamualaikum....

Ahaa selamat kembali bertugas kepada semua setelah bercuti sehari sempena
hari Pekerja 1 May semalam.
Sure ramai yg keluar ronda2 gi jalan kan..

Kebetulan semalam dah masuk hari ke-45 yang
bermaksud..... aku sudah MERDEKA!!!!!
Horeyyy horeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!

So sempena Hari Pekerja & 'Hari keMERDEKAan' semalam.
keluar gi dating ngan Abang.
Abang dah booking tiket Iron Man 3 kat TGV Sunway Pyramid
siap-siap. Tenkiu Abangg muahh muahh!!!


Lepas breakfast kat area Bukit Puchong terus bertolak ke Sunway Pyramid.
Budak2 tinggal kat rumah hari ni. InsyaAllah nanti Mama & Papa arrange 
untuk gi bercuti ngan anak2 plak hujung minggu depan okehhh.


Ahaa.. sempat posing ngan 'Iron Man 3' sementara tunggu waktu tayang.
Movie start kul 10:30 pagi  & habis kira-kira kul 12:30 tenghari.
Overall best sangat citer Iron Man 3 ni. 
Action + thrill + humor + romance... best!
aku kasi rating 4.5 star okeh.

Habis tu balik keta dulu pump EBM dulu.
Dah bertambah 'schedule' utk si kecikk hihi.

credit to foodmsia.com
Memula teringin makan Japanese food.. last2 masuk Tony Romas
Lama tak makan kat sini huhu. Teringat2 kat Onion Loaf dia wohhh


Ahaa... ni menu feveret aku. Sekejap je hadap licinn!!!
Abang siap tanya.. tak nak try ke buat sendiri kat umah... Erkkk..!!!


Main menu aku order Fillet Medallions &  Bountiful Beef Ribs


Abang pulak order Fire Grilled Harvest Valey Chicken.
Both portion sangat besar dan tercungap2 jugak nak habis kannnnn uhuhuhuh


Air Abang, Mint & Fruit Dream dan aku plak order Iced Cafe Latte.
Owh menu air Abang lagi sedappp rupanyaaa 


Lepas makan ronda2 japp.. cari barang sket untuk budak2 ni.
Kelengkapan terjun kolamm.. sampai 3 pasang swimming suit dirembatnya huhu.
Yang sedia ada kat umah saiz dah kecik2... kali ni ngan Maknya pun dapat
 Swimming Suite Muslimah sepasang.
Saiz besarr punya haha. Ma kaseh Abanggg muahhhhhh.
Adakah ini bermakna Redang adalah pilihan..??? jeng jeng jenggggg


Sambil2 tu sempat rembat air2 Calpis yang best ni kat Shojikiya sebelah Pasta Zanmai.
Ni air feveret masa zaman2 belajar dulu hihihi


Dan jumpa jugak Maccha *Green tea* ice cream. RM 3.
Sangat yummy jugakkk!!!!


Last but not least... sempat Mak Jemah ronda sampai 'London'! He he he.
Anak2 tak de.. terpaksa la Mak Jemah jadi Model Sambilan kui kui kui


Sekian cuti Hari Pekerja & Hari ke'Merdeka'an Mak Jemahhh.. till the next entry. Daaaaa...!!
Assalamualaikum...!!!

Ahaaa.. hari ni umur saya dah 43 hari! esok Mama dah merdekaa! Yeeeeaaa!!!
Tapi hari ni Mama nak update sessi cukur mencukur Delisha Adliena.
Al kisah dalam 4 beradik ni rambut Delisha lah yang palinggggg lebatttttttt sekali!
Mama pun tumpang excited sebenarnye hehehehehe.
Hari ke-7 lagi Papa dah nak cukur rambut tapi dek tak pernah dapat baby rambut lebat
cam ni Mama yg suh Papa tangguh dulu sebab tak puas nak usap kepala baby rambut
lebatt.. boleh ? kikikiki

Akhirnyaa.. masuk minggu ke-4 baru lah Mama setuju untuk Papa cukur rambut Delisha huhu.
Kali ni jugak sebab berpantang sendiri, Papa pun first time jugak cukur rambut
baby sendiri. Sebelum ni bidan kat kampung yg tolong cukurkan.


Sebelum dicukur... ambik gambar dulu ngan rambut dari dalam perut wat kenang-kenangann
sob sob sob! *emo lelebey plak omaknya hihi*


Pandangan dari atasss 


 Papa pun snap jugakkkk... 


Dengan lafaz Bismillah, akhirnya bermulalah sessi cukur mencukur rambut Delishaaa...


1st round kena potong ngan gunting dulu kasi nipis sikit

Masa nak start cukur Delishaa pun tengah ngantukk.. elok sangat la tuhh


Then baru lah start cukurrrrr


   Dah separuh kepala licin kena cukur. Dari telentang sampai dan meniarappp



setelah lebih sejam jugakkk.. akhirnyaaa.. licin sudahhh rambut Delishaaaa


Last touch up.. Delisha dah terjaga. Terpaksa Mama BF kat pangku baru bleh settlekan process mencukurrr


Tara....!! Rupa Delisha setelah di cukurrrrrr

Terus nampak bulattt muka !!!
Comeeyy tak sayerrr? hihihihi
Actually Mama yang suspenn.. moga lepas ni rambut Delisha tumbuh 
semula selebat2nya macam masa keluar dulu okehh!!