Assalamualaikum...

Pagi ni pergi follow up check up baby kat Az Zahra Bangi. Ingatkan dah tak jumpa Doktor utk check up lagi hari ni dah sebab ikut history kelahiran anak2 dara Mama semua dah keluar by 39w3days ni huhu.

Sampai pagi ni memang langsung tak ada tanda2 lagi. Berat Mama turun sket ke 71.5 kg compare ngan 71.8kg masa check up lepas. Air ketuban pun makin kurang dari 21 ke 17.9...
cumanya yang bertambah berat baby dari 3.4kg@37 weeks ke 3.9kg@39 weeks uhuhuhu! Tapi Doc cakap sebab air ketuban banyak kan so mungkin berat sebenar dalam 3.6kg.

Jadi disebabkan berat baby pun dah mencanak... tetiba Doktor tanya.. so camne ..? Nak induce terus hari ni pun boleh kalau tak nak baby makin besar.

Aku... hahh??? Hari ni Doktor ? Er bila saya kena decide n bagi jawapan ni? Erkk.. sekarang tak boleh nak fikir! Ahahaha... panic jap Mak cik!

Last2 Doktor kata kalau tak hari ni by cukup 40 weeks@ 20th Mar mmg kena induce terus. Tak boleh tunggu lagi sbb risiko baby besar uhuhuu

Penyudahnya kitaorang decide utk induce 18hb Mar, Isnin ni. Apapun ada sehari lagi. Harap2 baby bagi petanda esok ye sayanggg....

Assalamamualaikum...

Ahaaa.... cuti sekolah dah dekattttt!! MATTA FAIR 2013 pulak 
akan bermula mulai esok, 15 ~ 17 March 2013
bertempat di PWTC.

Kepada kaki2 jalan mesti tak sabar2 nak serbukannn...!

Anyway nak share pasal
Grand Lexis PD Promotion sempena Matta Fair 2013 ni.
Boleh refer poster kat bawah ni.
Memang rega berbaloi2 dari rega sebenar.


So apa lagii.. kepada yang berminatt jangan lepaskan peluang keemasan ni yekk!!!!

Assalamualaikum...

Akhirnya yang ditunggu2 diumumkan juga...
Hari ni Sidang Media Prestasi Kewangan Bank Rakyat untuk tahun 2012 
telah di umumkan.

Dan jumlah Dividen untuk Saham Bank Rakyat 2012 ialah sebanyak
18 % 
(merosot 2 % dari 2011) dengan agihan
16% tunai + 2% syer


Bank Rakyat hari ini mengumumkan Prestasi Kewangan & Dividen bagi Tahun berakhir 31 Disember 2012. Bank Rakyat terus cemerlang dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4.7% atau RM94.9 juta berbanding RM2.02 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, Bank Rakyat juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta bagi tahun kewangan 2012 kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan dimulakan hari ini. 



Terima kasih di atas sokongan yang diberikan para anggota dan pelanggan. Terus jadikan Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda!




Yang bestnya, agihan tunai 16% dan agihan syer 2% terus diupdate dalam
penyata akaun kita. Memang sungguh efficient!!

Apapun syukur... akhirnya dapat jugak 'menuai' hasil buat kali pertama huhuhuh.