Assalamualaikum....
Aha.. bertemu kembali dalam entry BANDUNG TRIP yang asyik tertunda je ni uhuhuhu.
ntah macamana boleh plak silap arrangement sebab mmg booking hotel 10 Julai
tapi untuk check in pukul 12:00 tengahari bukan tengahmalam..
gara2 kekonfiusan di situ maka sampai2 tu jenuh gak le Pak Supir call sana sini cari Hotel kosong.
Seb baik ada la jugakkk... so malam tu kitaorg overnite kat Hotel tu *nama pun tak ingat dah*
semalaman and the next morning terus check out and check in semula
ke Hotel Grand Kopo.
Keesokan pagi bersarapan di Hotel sementara.
Juadah sarapan Nasi Goreng & Teh O serta keropok2.
Menu nusantara InsyaAllah bleh masuk tekak punya ehehehe.
Masih sibuk ambik makanan untuk bersarapan. Seb baik kat sana matahari terbit awall.. dalam pukul 6 lebih tu dah cerahh.
Bubur baby Dhiya tidak di lupakannnn
Lepas check out dari Hotel sementara tu terus check in kat Hotel Grand Kopo ni. Memang kompem
nama dah masuk dalam booking kalau tak alamat memang full house la.
Hotel ni kira hotel baru dan sangat selesa. Entry detail nanti yekkk.
Okeh... dah berjaya Check In hotel for another 3D3N. lega Makcik fuhh!! Muka pun dah ceriaa.
Barang2 pun dah simpan dalam bilik.. next masa untuk... SHOPPING!!!!
Ahaa.. Dhiya pun mata dah bulattt.. tak sabar nak jalan dah tu ehehehehe
Dalam perjalanan, lalu kat depan Pasar... macam2 di jaulnya.. atas kaki lima dan tangga pun penuh
Ok. Destinasi pertama ialah Kilang Kain yang terletak di Taman Kopo. Tahun 2011 masa gi Bandung pun
ada datang tempat ni.. memang 2 jam tak cukupp.. rambang mata pilih kain!!
Tu diaa. mata dah rambangg.. tak tau nak pilih manaaa sudaaa...alalalalaa
Lama gak lepak sini... 2 jam tak cukupp gara2 rambang mata nak pilih kain uhuhuh.
Dari kain elok je susun tepi dinding sampai dah berterabur semua atas lantaii hahahahaha!
Pilih Mak jangan tak pilih.. raya dah dekat nihhhh.. tailor dah tempah ke belum ? hihihih
Yang aku beli tahun lepas pun ada yang tak sempat buat... tambah plak lagi koleksii..
alamat tahun depan la baru tempah buat baju uhuhuhuhu
Mak and Mak Long pun sama dah fenin nak pilihhhh.. kain ela sulam, sulam manikk.. kain padanan dia bleh pilih plak nak padankan camna. Harga memang berbaloi2 lahhhh
Yang bestnya, Pak Supir aku ada menyediakan 'Baby Sitter' kali ni..
senang la aku nak cuci mata & shopping kannn...
Si Danish & Dania siap bleh main jual jual plak kat kedai ni.. siap ada mainan note duit plak tu .
Nampak tak si Danish pegang wallet Hello Kitty tu.. si Dania plak sibuk timbang baranggg..
suka hati laa labuuu
Puas main jual beli Danish sambung main game komputer plak.
Penyudahnya Papa plak la yg jadi mangsa berjual beli dengan Dania plak hihihihi
Kemain seronok lagi 2 beranak ni yekkk..
Omak, Nenek & Omak sedara dah tak hingatt cucu dahhh...
Habis berjual beli baru sedar dah kelaparan. Seb baik la ada di sediakan tempat solat sekali kat 'rumah' nikan. So lepas ni cari tempat makan jekkk. Sempat lagi gentel baby landak kat umah tu.. aku pun pegang jugakk.. geli geli tapi comelll hik hik hikk
Burung ni tahun lepas masa pergi pun ada lagii... panjang umur burung ni eheheheheh
Mak Long sempat posing kat laman rumah kejiranan kat situ.
Otw ke restoran makan... Nampak tak kuda kat tepi2 jalan tuu...
mmg jadi pengangkutan awam tu bukan duduk sesaje huhu
Tara... ok kali ni Pak Supir, Pak Rudy bawak kitaorang makan kat
GUBUG MAKAN MANG ENGKING
namanya. Cantik tempat ni... konsep ala Restoran Terapung gitew
Tengok persekitaran diaa.. penuh ngan kolam2 air ikannnn
Kira macam restoran terapung jugak laa. Kena rentas jambatan dulu nak seberang tasik
Penuh ikan2 kat bawah nu.. nak kasi makan pun bleh
Gubug makan kitaorangg... selesa dan nyamannn
Ok sempat posing duluuu sambil tunggu order sampaii
Baby Dhiya mood keriangannnn
Tempat basuh tangan kat luar Gubug
Mak Long pun nak posing jugakkkk
Okehh.. tu dia sampai dah lauk2 yg di orderrr... nyumm! nyumm!!
Antaranya Gurume (Ikan Kaloi), Ayam kampung (nama masakan lupa suda),
Sotong goreng tepung rangupp! dan gado gado.
Order Ayam seekor.. ingatkan banyak mana la kann.. rupanya alahaii... setoettt jek kikikiki
Nasi dalam daun pisang, tak lupa tempe & tauhu goreng cecah sambal
Okeh.. jemput makan duluuu
Sempat lagi posingggg... peaceee...!!
Bacaan doa makan oleh anak2 kecil ku
Alhamdulillahh... makan tak toleh kiri kanan sebab dah kelaparannn...
Dah kenyang jom bergerak ke destinasi seterusnya...!!!
Danish dan Dania yg keriangan ke hulu ke hilirr dalam kawasan tu.. cantik & damai tempat niii kann
Opss.. jangan lupa ke KASIR. Bleh tahan gak makan kat Indon ni.. rega lebih kurang je macam makan kat Malaysia... ni sekali makan hampir setengah juta Rupiah jugak... kira > RM150++ jugak la.
Tapi untuk makan 6 dewasa 2 kanak-kanak ok la kann. Tempat pun besttt!
Ok bergambar sebelum bertolak ke destinasi seterusnya..
Meh aku sharekan info pasal Pak Dudy ya.
Trip sebelum ni pun aku guna service Pak Dudy.
kalau korang nak ke sana boleh guna perkhidmatan Pak Dudy ni.
Memang bagus servisnya. Pak Dudy juga ada beberapa pemandu
dan MPV di bawah naungan beliau.
Perkhidmatan termasuk
~ Booking Hotel
~ pick up dari Airport semasa arrival ke Hotel
~ travel 9:00 pagi ~ 10 malam (sampai tutup kedai)
~ Merangkumi sekitar Bandung + Tangkuban parahu
~ Kenderaan biasanya menaiki MPV Avanza atau Suzuki
Contact No : 0062 29385696
Boleh sebut nama saya, IZAN & SHAM sebagai tukang promote
kalau berurusan dengan beliau okehh