Assalamualaikummm...

Ahaaaa.. masih terasa Tuesday bluess ke lepas2 balik cuti raya Haji ni..? hihi.
Hari ni nak wat entry pasal ad-Hoc Maternity Photoshoot yg di buat baru2 ni.
Ada wat gathering ngan geng2 BFF so salah sorang member aku ni tgh 
berjinak2 nak wat Baby newborn & Maternity photoshoot dan 
of course aku dan sorang lagi bff yg tengah sarat tunggu hari jadi 
model bidan terjun! akkakakaa

OK.. photographer ialah dari  Ambrynaa Photo.

Photoshoot pun express je sebab sambil2.. ada la dalam 
15 minit kot sementara Shogun Buffet (Japanese cuisine) bukak kat 
Sunway Pyramid tuuu. Dah la orang lalu lalang .. mak yong nak posing 
pun segan silu akakakka.
Anywayy.. ni lah hasilnya dari ad-hoc photoshoot hari tu.
Ok masa ni aku dah 4 bulan ++ 
Happy viewing!!!




Untuk tengok hasil Photoshoot untuk baby :


Berminat ? Boleh hubungi terus tuan blog dari link di atas yek! *wink!*

Assalamualaikum....

Ahaa... hari ni update pasal makan2 sempena bufday aku hari tu.
Lama mengidam nak makan kat Sushi Zanmai.
akhirnya jejak jugak hari Sabtu lepas kebetulan jatuh pada hari jadi aku uhuhuhu


Sushi Zanmai macam biasa, walopon sampai dah pukul 2:30 ptg tetappppp kena beratur panjang jugak.
Kitaorg pergi kat Branch The Garden, Mid Valley.
Jarang-jarang aku sampai sini tak yah beraturr.. hisk hiskk hiskkk!


Sementara menunggu queue, Danish & Dania main kat area 'Moow Yogurst Ice cream' depan Sushi Zanmai tu. Ada pulak replika lembu emas siap keluar bunyi lembu lagik kikikiki


Akhirnya turn pun sampaii.. masing2 dah kelaparannn.. Kalau Danish ni masuk Jap Rest yang ada sushi atas conveyour tu memang tak yah offer laa.. dia lagi laju pilih benda nak di makan nye. Order air tak sampai lagi
dia dah berapa pinggan dah abis . Bagus anak Mama ni semua pandai makan makanan Jepun.. senang Mama nak cari gengg gi makan nanti *LOL*


Ni antara yg menjadi habuan dan sempat di snappp.. of course la Cik Salmonn.. my always peberettt!


Chawan Mushi.. ahaa.. ni untuk baby Dhiya. Teringat Danish masa umur 8 bulan suap chawan Mushi balik
terus kena macam alergy... Dhiya ni dah nak masuk 10 bulan.. so far ok, makan la apapunn.. memang
tadah mulut je dia.. tak de pulak ke na alergy lagi dia.


Tamago nigiri sushi... ahaa.. ni peberettt si Daniaaa


NI tak tau apa ke namanyaaa.. pakai ngap jekkk


Ni salmon + mayonis + apa ntah

Ni satu lagi peveret aku.. Ika sushi (Sushi sotong putih).. 
tapi nampaknya Ika sushi kat Sushi King lagi sedapp laah uhuhuh


Ahaa.. ni menu Abang...


Dan ini menu aku... Salmon don.. dengan nasi dia panas2 makan ngan salmon ala sashimi dan telur ikan tu... memang sungguh marbelessssssssssssssssssss ohohohoho!!!


Air cam biasa.. aku kalo gi Jap rest mesti orfer Green tea kannn... budak2 je tak reti nak minum green tea lagi.. mesti nak order jus.. apa kelassssss


Dania riang ria melantakkk


Baby Dhiya tunggu orang suap Chawan Mushi.. suap la apa punn.. memang tadah mulut je
minah sorang ni kikikiki


Setelah kekenyangannnn


Papa sibuk suh amek gambar style gini.. nak wat profile pic uhuhuhuh


Lepas perut dah kenyang terus bertolak ke rumah Mimi . Ada sambutan bufday putera & puterinya hari ni.
Kebetulan kannn sama plak bufday date ngan aku kekekekekee


Ahaaa.. ni gambar bufday girl (Emily) & Bufday boy (Farhan) yg di raikan hari ni.. sweet je derangg niii


Ahaa.. Mak pengantinnnn tengah potong kek. Sedap sangat kek dia ni..  Dania dah ralit main mmg aku
sorang tukang perabis kek Dania & Kek sendiri.. tumpang makan kek bufday kat umah orang boleh? ekkekekek

Dania wakil ambikkan kek... mashmallow cheese cakee.. nyum nyumm sehingga menjilat jarii!


Yang special siap ada maskot A&W datang umah nkoooo.. Danish & Dania excited la nak bergambar ngan maskott.. tengok si Dhiyaa.. nangess takottt! akakakakak



Acara bersama maskot A&W.. siap ada chicky dance.
Dania paling seronok main siap dapat hadiah lagikk

Mak eh pakat berposing dengan member2 blogger, Lieya & Mimi.






Last but not least bergambar bersama Mimi & Lieya & the ganggg.. tapi tak cukup corum sorang.. tengah busy kejar anak kikikiki


Anyway terima kasih Mimi kerana sudi mengajak kami sekeluarga ke Majlis Bufday Emily & Farhan ;)
Assalamualaikum semuaa...!

Selamat berhujung minggu..! wallaaa.. apa aktiviti korang hari ni yekk ?
Aku semalam pun gi attend 2 kenduri, majlis Akikah & Kenduri kesyukuran.
Sedap2 menu, nasi beriani, kambing golekkk.. cendol.. nasi beriani bagaii.. mmg 
marvellousss.

Hari ni plak ada plan nak melawat baby @ anak sedara yang baru lahir.
Tapi Papa ada aktiviti gotong royong kat kawasan kejiranan pagi ni
so sementelah tu aku kat umah masak & temankan Danish & Dania buat revision jek uhuhu.


Menu pagi ni ~ Egg Sandwich.. nak buh resepi dalam blog masakanku kekekekekeke.
Hari ni Danish subuh2 dah bangun cari TAB nak sambung tengok movie Cars 2 dia malam semalamm..
Danish tak sihat semalam.. demam.. Dania plak merengek sakit gigi.. adoyaiiii
Dah ambik ubat for bothh. Cepat2 lah baik semua yerrr..

Ni selit sket gambar2 semalam :

gambar kat Majlis Akiqah x-school mate


Gambar dalam keta.. blur2 jekk.. iskk.



Nasi minyak & kambing golekk.. ada cendol & kerepek dari 
Acheh tak sempat snappp


Kambing golek & sarada. Sedap nkoo.. lembut isinya.
Dhiya pun tumpang sekaki suapkan sarada. Dhiya memang pantang 
nampak orang makan sekarangg.. mula la mulut dia terkumat kamit pastu tangann
sibuk je nak mencapaiii uhuhuh


Terkulat2 muka masamm ekkekekeke.
Gambar bawak ni gambar Mak pengantin..
aku cakap no.2 dah settle akikah leh la tambah lagi sorang akakakkka.
Saje cari 'member' fantastic 4 club kekekekeke




 Sempat gambar sekeping je kat umah X-Cikgu ku kat Saujana Villa.
Cantek sangat umah Cikgu aku nihh... semi-D 3 tingkatt.. ada tempat lepak ,
cofee table atas bukit kat ingkat 2. tak sempat aku nak snap sebab kat sini
tetiba Dania nanges2 sakit gigi.. isk isk iskkkk
Laun pun best2, nasi beriani, nasi daganggg.. desert yg macam2.. nyummm!


Sensei ku yg comel berada di tengahh tu. Terima aksih pada yang menjemput hari ni ;)
Anyway selamat berhujung minggu semua..!!!