Bank Rakyat umum dividen 20 peratus


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya. 



Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.


"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA


Lagi berita: Utusan Malaysia


P/S: Dapat SMS dari Abang pasal BR dah declare dividen 20122.
Mak oiii.. banyak tuhh. Pemurah sungguh Bank Rakyat. Aku baru dapat masuk tahun ni lepas dapat 
offer letter dari  BR hujung tahun lepasss. Harap2 tahun depan pun manten  rate dividen macam tahun ni jugakk.. aminnnnnnnn

Assalamualaikum...

Hari Khamis sudaaa.. uhuhuh
Ahaaa.. masa cuti habis pantang jalan2 Mines
tengok2 ada pulak DAISO baru bukak.
DAISO ni kedai yang menjual barang keperluan harian 
yang di teknologikan di Jepun dan di kilangkan di China
dengan harga pukul rata RM5 sahaja. Cuma kat DAISO Mines
ni ada gak la barang2 High value yg berharga lebih RM5. 
So kena tengok tag harga okehh.

Anyway aku biasala kalo ni gi DAISO ni ada
je ntah hapa2 barang aku beli. Aku suka DAISO ni 
sebab ada barang2 dia yg inovatif tauu.. benda simple tapi 
kalo ada memudahkan kerja gitew..!
Memang kalo pergi tak sah lah kalo tak habis berpuluh RM uhuhu.


So kali ni aku sambar Training Chopstik untuk kanak-kanak.
Balik tu singgah plak Carefour jumpa lak Ayamas Kids Choice
Ready To Eat Bolognese ni kan. Sambar 2 pek utk 
Danish & Dania khas utk menu Dinner derang masa
Anniversarry aku ari tu sbb kompem aku nak kuar dating ngan Abang ahahahah.


Ok.. ni rupa bentuk Training Chopstik utk kanak2 tuh.
Memang saiz budak2 dan ada penahan jari *yg kaler oren*
supaya jari budak2 bleh grip elok sket chopstik nih.


Dan sebagai bahan training nyer, aku belikan Makizushi gakk


Ahaa.. baek punya plan. So balik tu apalagi,  masing-masing
excited la test chopstik masing2.. makan ngan sushi plak 
memang berantu laaaa.. kekekeke


Danish dah pandai jugak pakai chopstik sebenarnya.. 
ni aku dok candid Dania...



Akhirnya dapat jugak cepit chopstik tu wakakakkakak.. LULUSS!!


So on the date Anniversarry, balik berdating untuk Dinner malam tu 
aku serve lah Ayamas Disney Ready To Eat Bolognese kat derang.


Cuma buka pelekat dan panaskan selama 7 minit.
Aku panaskan lebih dari 7 minit ekekekkekeek


Hasilnyaa... taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!


Dah siap dan READY TO EAT by 2 beradik nih hehehehe


Tu dia Danish.. memang hantu segala jenis meee...!


Nyumm nyummm!!!


Sampai pejam2 mata kesedapannnn


Dania pun pejam2 mata kesedapann.. ekkekekek


Overall memang OK set ni kalo nak simpan dlm freezer.
Ada spaghetti, jagung manis &roasted  ayam ayamas.
Memang boleh tahan sedappnyerr..! 
Hingga menjilat chopstik laa! kekekeke
*Eh orang makan spaghetti ngan garpu laa bukan chopstikk haha*

So kepada yang berminat bleh la dapatkan di pasaraya2 
berdekatan okehh!! 

Assalamualaikum...

Salam Selasa. Ahaaa... weekend lepas weekend terakhir cuti sekolah.
Ada 3 event utama kat Mesia nih, MATTA Fair, Hot Ballon & Proton Power of 1.
Event mana yang korang jejak..? eheheheh

Kitaorg memula nak gi hot balloon belah petangg.. last2 tengok
awan mendung semacam macam balloon pun tak jadik naik kan
last2 tukar arah ke Stadium Nasional Bukit Jalil uhuu.

Kitaorang sampai tu dalam pukul 8:00 ++ ada event kat litar
Power of 1. Show keta lumba !


Giler bising ..! budak2 kena tutup telinga sbb tak bawak earplug.
Mmg tak bajet la ada show keta racing ni kann.. bayangkan la
keta dgn 800 horse powerr.. binggittt gillerr!!

Aku pun jenuh tutup kan telinga Dhiya. Seb baik dia tak nangiss..
leh sampai terasa getaran enjin keta racing tu kat kerusi & lantai stage wakakakak

Sempat lagi berFB.


Ada Maskot Upin & Ipin lagikk


Baby Dhiya.. Coollll !


Ada show compare prestasi antara New proton P3-21A
ngan Pesona. Memang nampak gak la beza... P3-21A
lagi pick up. Break mantapp!! Lain2 aku 
tak berapa reti nak komen sbb tak berapa paham bahse keta nih.
Tau lenjan jekk .. ngahahahahha

Pastu show Keta Satria tu beraksi. Lotus kat tengah2 tu jadi macam
kon jalan jekk.. driver & keta tu menang anugerah peringkat antarabangsa
tapi aku tak hingat nama & anugerah apaa dahhh.. uhuhu


Yang best kat tengah2 litar ni MC sendiri jadi KON MANUSIA..!
Dah la satria tu berpusing2. konar sana sini atas litar.
Last sekali dia konar lipat dan break betul2 sebelah MC2 tuh!!
Giler suspen takut di langgar jekk.. dengan aku2 menjerit!! wakakakka


Beralih ke tapak pameran lain plakk..







Aha.. Danish & Dania naik keta BOSH kat belakang tu .
Dia buat simulation apa ntahh.. 
Yang ikut naik Papa. Aku gi redeem gift SMS & WIN contest.
Dapat shopping bag jewwww uhuhu



Model Green City by Proton
Parking mana2 ada EV charging. Bila la leh jadi kenyataan kann..
sekarang ni keta2 gomen je yang pakai baru. EV charging port tu 
pun aku baru nampak nak bangunan MOF uhuhu.


Dania yg riang ria berjalan.. OK diaa.. elok 
je tak meragamm.. leh gi jenjalan lagi cenggini eheheheh


Dah nak pusing nak balikk... baru sempat snap ngan model keta..
Dania 1 shot


Aku pun nak menyibuk gak posing ngan Evora..! 
kalo dapat FREE ni memang bestt lahh! ekekek

Sekian aktivity malam cuti hujung minggu kami ..
al kisahhh