Assalamualaikum...

Sambungan entri sebelum ni.. 
Ahaa.. Raya dah pun sampai ke penghujungnya.
Masing-masing pun dah start kira duit raya anak2 kan.
Korang buat apa dengan duit raya anak2 korang..?

Kitaorang biasanya masukkan dalam Tabung Haji terus.
Since diaorang punya acc pun dah register dlm favourite transfer 
akaun Maybank2u so terus je bank in online.

Tahun ni Danish pun dah 6 tahun, Dania pun dah 4 tahun.
Dah besar dahhhh.. Ingat masa kat Johor, pagi raya tu kalau di suruh 
Danish ikut Marhaban Lelaki asyik merungut jek tak mo raya.
Maklum lah sampai 25 rumah nak jejak satu masa... ! omelnya:
"Raya raya raya...!!"
Kalau kata gi la ikut beraya, nanti dapat duit raya. Jawabnya
"Duit raya.. duit raya.. duit raya...!" 
langsung tak di herannya.. membebel2 lagi ada la..

So kali ni duk mengingatkan bebelan Danish tu kitaorang pun 
ambik 10% dari duit raya tu bawak diaorang gi kedai mainan 
dan pilih mainan apa yang diarorang nakk..

So balik dari kampung keesokan harinya terus kitaorang gi kedai 
mainan berhampirann..


Tu dia dah berseri-seri muka Danish..! Tak habis2 nak beli Remote Control Car..
aku rasa dah masuk koleksi yang ke-7 dah isk isk isk


Kat tangan dah pegang.. rambang mata lagikk.. isk isk


Next turn Dania pulak pilih.


Pilih satu antara 2. Kitchen set or Candle Cake set..


Sebenarnya prefer lagi nak belikan kitchen set tu.. tapi 
Dania mati-mati nak jugak Candle Cake set tuhh.. dia kan HANTU
makanan maniss.. gula2, coklat, cake.. suka sangattt lah tuhh!!


Abang masih cuba pujuk utk beli Kitchen Set..


Dania pulak masih nak Candle Cake set tuh.. ha ha.
Siap nanges lagii.. isk isk


Akhirnya Danish dapat 2. Remote control Car & Transformable Car.
Dania of course lah tak lepas2 dah Candle Cake set dia tuhhh..!
Ngahahahhaa. Ni confirm la duit raya 10% tak cukup kann..
akhirnya kena top up kan jugakk..muahahahah


Tiba masa nak bayar & test mainan. Orang ramai siottt...
lepas raya ni memang pakat bawak anak beli mainan.
Time kitaorang pergi pun siap ada customer beli basikal 
sempena anak puasa penuh! ngahhahahha.
Sungguh 'ganaz' habuan anak-anak zaman sekarangg.. isk isk


Akhirnyaa.. dah sampai rumahh....!
Of course la Dania pun dapat 2 set gakkk.
Teringat plak bufday dia baru2 nih. Sebenarnya masa bufday Danish hari
tu belikan roller blade dah untuk both. Consider hadiah harijadi 
tahun ni... tapi gegirl biasalahh.. takut nak main..
tu yang akhirnya belikan jugak Kitchen Set ganti hadiah bufday.


Danish yang lebih excited punggah isi kotak


Ahaa.. satu satu part sudah keluarr


Danish berusaha 'tolong' pasang dapur bersungguh-sungguh.
Dania rilekk je tunggu kat sebelah ha ha


Tu dia.. kemasan terakhir. Pasang 'oven'

Taraaaaaaaaa..!! Dah siappp..!!!


Ni candle Cake set yg Dania 'selera' sangat nak beli ha ha


Danish siap test Oven lagi.. api nyala takkk he he


Ni menu pertama..! Kek Panggang..! ngahahahhahaaha!
 Habis la cair cake tuh Chef Dania oiii!!

Yang best siap ada api & bunyi memasakk. Aku plak ikut jakunn..!
Maklum la kecik2 mana la nak dapat.. ada pun set masak ada laa...
kalau nak feel ada api bagai tu haa.. gi belakang rumah. Ambik batu susun 3 segi,
buh kayu api, pasang api sungguh.. pastu masak lempeng atas tutup tin milo
yang beso tuh..! haaaa.. tu la zaman2 Mama main masak2@ main pondok-pondok
 dulu kalo nak feel masak betull huhuhuhu. Tadah je la kulit kalo kena gigit nyamuk 
belakang umahh.. korang je untunh sekarang ni masak pun semua bleh
sambil tengok kartun kat TV huhu


Chef Dania tengah test masak



Ada satu hari Danish buat homework pasal 'float' & 'sink'.
Aku pun ambik air buh dalam tupperware dan suh Danish buat 
eksperimen sendiri setiap objek yg tertera dlm buku homeworknya
tuh float ke sink (duit, keronsang etc).


Sedar-sedar bekas air tu dah beralih arahhh sudaa...


Dania dah buat masak 'Sup Biskut' huhu 


Sinki nye siap isi air betul-betull! Amboii..! 


Ni Sushi pun nak masak atas dapur jugakk ngahahahahaha.


Sukahati lahhh.. nanti dah besar rajin-rajin jugak tolong 
Mama kat dapur ya Dania sayangg...!!


Opss... jauh plak menyimpanngg....so selebihnya duit raya Danish & Dania 
kitaorang plan nak bukakan akaun SSPN to both. 
Aku buka untuk sorang, Abang buka untuk sorang.
Dengan harapan nanti bleh buat pelepasan cukai LHDN he he.

Minggu lepas dah cek kat Maybank dia kata
Min buka akaun RM250 seorang. Aku pun tengah prepare2 borang nih..
InsyaAllah minggu ni gi submit huhu.
Alkisahh....
Assalamualaikum..

1 September  lepas genap umur Dania 4 tahun. 
Besar anak dara Mama nih.. dah nak jadi kakak pun..!
Semoga Dania sentiasa di lindungi oleh yang Esa dan di berkati setiap
langkah yang di ayun mengharungi kehidupan di muka bumi ini
dengan limpahan kasih sayang Mama & Papa. Semoga 
membesar jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat.. aminnn.


Buat kesekian kalinya celebrate bufday Dania di luar bulan posa.
Kalo tak memang lepas buka baru potong kek Dania huhu.

So since dah ada kat kampung menyambut Raya celebrate lah 
sekali bufday Dania & Sepupunya, Auni.
Diaorang ni lahir pada bulan yang sama.. 1hb & 21 hb.
berpantang di rumah yang sama.. selang 3 minggu je
plak tuu.. bayangkan le nenek punya kalut tak cukup kaki camne
bila 2-2 baby menangiss & ibu2 dlm pantang sedang berurut/mandi ngahahaha.



Kek blueberry.. nyum nyumm!!


Tiup jgn tak tiupp..! fuhhhhhhhhhhhhh!!


Mengimbas kembali Dania & Auni 4 tahun lepas.
Memang haru la kalo 2-2 menangis serentakk.. dah macam kembar he he.
Masa dalam hari baby cot pun bleh kongsi ngeh ngeh ngehh


Kebetulan ada sedara terdekat datang.. so bacaan doa selamat
beramai2 untuk yg menyambut hari ulang tahun kelahiran huhu.


Hadiah harijadi dari Mak Long. Eh Danish pun dapat..? 


Tengah berlumba siapa paling laju he he


kemain seronok semua hehe.

To be continue ...
Assalamualaikum..

Abang dah berlepas ke China pagi semalam.
Pagi nak bersiap tu Dania dah terkebil2 lagi 
bukak mata... so terpaksa hangkut ke KLIA jugak
masa hantar Papanya. Tapi kali ni hantar dari kereta je
takut peristiwa 2 minggu lepas berulang masa
hantar Papanya gi outstation kat balai berlepas@KLIA.. ngahahhha.

Aku pun macam tak berapa sihat.. batuk-batuk berkahak.
Last pregnantkan Dania pun batuk 2 bulann..
so far pregnant tak de alahan tapi menahan batuk 
berbulan tu je lah seksa nya.. uhuhuhu

So just nak update 'Kakak' Dania yang dah praktise nak 
jadi Kakak ni ha ha.
Rajin layan 'baby' kat rumah tuu.. hujung minggu bleh
bawak 'baby jalan-jalan' naik stroller ngaahahaha.
Layankan je lah gambar2 kat bawah ni yekkk



Mula-mula ronda2 tak bertudung.. lepas tu katanya panass.. suh pakaikan tudung he he

Bawak naik beskal plakk

 Pusing-pusing kat kaki lima je pun



Puas pusing keliling rumah turunkan balik baby dlm stroller


Penat main kat luar masuk dalam umah plakk.. ajak Baby tengok TV hehe


Kemain sayang kat Baby. Bagus baguss.. yok yok o je sayang baby..
nanti baby dah keluar pun tolong Mama jaga Baby yekk!!

Catatan preggy :
Sekarang ni baby rajin betul menendang2 dalam perut mama.. aktif sungguh!
Baru masuk 6 bulan setengah (26 weeks). Hari tu masa scan pun
Doctor kata uiksss.. lasak nya baby ni.. tak duk diam ngahahahah.
Papa takde ni Dania siap cakap kat mama
'Dania promise tak nak nakal-nakal'
Danish plak asal mama batuk sibuk tepuk2 belakang Mama..
tapi kadang2 kemain kuat di tepuknyaa haha.!!
Slow sket nye Abangg.. eheheheh