Assalamualaikum...
Ahaa.. mulai semalam AIR ASIA melancarkan FREE SEAT PROMOTION
ke destinasi-destinasi seperti Cambodia, China, Hong Kong,
India, Indonesia dll.

Untuk penerbangan bermua 3hb Mei 2012 sehingga 27 October.
Promosi tempahan sehingga 25hb Sep ini okehh..!

* Sila KLIK gambar utk ke website Air Asia *

so kepada yang berminat cepat-cepat lah terjahh!! ehehheeh

Sebenarnya dah lama kitaorang teringin nak bawak Mak & Abah 
gi jenjalan ke Sabah.
Tapi hari tu balik bawak ole-ole dari Bandung Mak aku pun 
macam berminat jekk tanya2 pasal Bandung.. terus tukar Plan.. 
bawak Mak & Abah  pergi Bandung jugak lahh..! he he


Tiket kali ni tak semurah dulu uhukk!
Dulu dapat promo RM1, kali ni paling rendah  pun RM30 sehala.
Tambah plak Air Asia dah add on Fuel Surchage.
So bila tambah airport tax, fuel surcharge, luggage charge, 
processing charge... +++ charge jatuh RM155 gak le seorang pergi balik.
Dulu pergi tak sampai pun RM100 sorang huhu.


InsyaAllah kali ni pergi 8 orang termasuk la infant yang belum keluar nih.
Tapi dah book siap-siap lah. Memang angkut semua.. tak tau nak tinggal 
kat ne lagi pun uhuhuhu.

Yang kelakar bila nak set tarikh lahir utk infant follow
EDD keluar error kat bawah nih ngahahahaha


Terpaksalah buh date bulan ni.. tapi confirm nak fly kena revise & kena charge 
plak pasal ni kan.. uhuh

Anyway kepada yang berminat segera layari


sekarang okehh..!!
http://www.airasia.com/my/en/home.html

Sumber : Berita Harian 


PRASARANA edar 150,00 kupon percuma hingga 22 September 

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bebas Kereta Sedunia Khamis ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun.

Melalui kempen ‘Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran’ itu, semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan.
Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelbagai program diatur sepanjang kempen setahun itu, berteraskan kepada menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran.
“Saya berharap sokongan kepada kempen bebas kereta ini tidak hanya berjalan satu hari saja malah diterapkan sepanjang masa oleh semua masyarakat.

“Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunggang basikal dan menggunakan sepenuhnya kemudahan meletak basikal yang disediakan di 17 stesen LRT antaranya Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Abdullah Hukum, Kampung Baru, Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, katanya, kupon yang diedarkan sah untuk digunakan bagi kedua-dua laluan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya serta Monorel untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am malah potongan harga tambang bagi Januari hingga September 2012 akan turut diperkenalkan bersempena kempen terbabit.
“Kami juga akan mengedarkan pelekat kereta khas yang melayakkan pemilik kenderaan bertuah menerima hadiah Rapidpass bernilai RM100 dalam peraduan ‘Spot The Sticker Contest’ yang turut berlangsung selama satu tahun.

“Pihak kami akan berganding bahu dengan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, universiti awam serta swasta dalam mengatur beberapa program berterusan di stesen LRT, Monorel dan Hab bas, ” katanya.

Selain itu, Pasar Kreatif di stesen LRT dan KL Monorel terpilih akan menjual barangan cenderahati kitar semula yang dihasilkan oleh persatuan kebajikan, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan.
Assalamualaikum....

Ahaa.. Alhamdulillah... Abang dah selamat kembali ke tanah air
pagi semalam. Mula-mula ingatkan nak kejut  budak gi pick up Abang
since Abang kata dlm kul 7:30 ke 8 pagi Abang dah boleh
 keluar ambik bagasi semua..

Kunci jam kul 6 pagi. Lepas subuh tengah siap-siap dapat 
call Abang kata dah landing. Masa tu kul 6:40 pagi baru.
Kat luar pun gelap lagi.. so aku jelah gi pick up Abang.
Budak2 tinggal ngan achiknya kat umah

Kul 7:15 aku sampai Abang dah keluar pun.
Kat umah aku dah siap masak Nasi Lemak utk breakfast
Sampai rumah terus ajak Abang sarapan.
Abang pun memang keletihan duk transit flight
dari semalam. Elok je Abang naik bilik Dania terjaga!
Abang kata Dania terus peluk Papanya kuat kuat..! 
Siannyaa.. rindu sangat lah tuhh!!


Lepas breakfast Abang mandi-mandi  terus nak tidur. Tak puas tidur
atas flight. Dania pulak sibuk suh aku carikkan buku
yang Papanya belikan.. ajak nak buat 'homework'
ngan Papanya. Sibuk suh Papanya 'teman'kan buat homework.


Mula-mula Papanya gagahkan la layan jugak..


Dania plak makin semangat la buat puzzle kat buku homeworknya tuhh


Sekali sedar-sedar.. PAPA dah TERTIDUR dek keletihan kat sebelah..!!
Apa lagii.. terus MELALAK KESEDIHAN anak dara ku iteww...!!
Hua hua hua....!!


Bila aku pujuk cakap 
'Alaa.. sian Papa. Papa letih baru balik. Mama kan ada'
Jawab Dania :
Tak nak Mamaa...! Dania nak Papa...uwwWaaAAaaAaAaAaAaaaaaaa..!!
sungguh sahdis sekali anak dara ku ini..!
Masa Papa duk jauh, bervideo call tak plak nangiss.. kecohh 
je bercerita.. ni Papa dah depan mata selok nanges raung-raung! isk isk !


Lain plak ngan Danish..  dulu kalo Papa outstation
Danish yg sokmo  selok nangis time video call..! uhuhuhuhu

Ni lah air mata kaseh orang-orang yg kurang kasih sayang
bila berjauhan ... uhuk uhukkk!!

P/S: Tadi Abang kata minggu depan kena outstation ke China plak..
uuuwwwWwaaaaaaaAAaaaaaaaaaaaAAAAAaAa...!!
*ni baru betul Mamanya plak nak nangess.. uhukkk!*