Assalamualaikum...
Ahaa.. semua dah mood nak cuti raya kann..?
Tinggal esok je kerjaa.. aku lak ari ni last.. esok dah cuti uhuhuhu.
Tahun ni COMPLETE marathon buka posa kat semua
rumah adik beradik Abang yg dah berfamily.
Ada 4 beradik yg dah berfamily dari 6 orang.
1st Week Posa berbuka kat rumah Ijad @ Patin masak tempoyak
3rd Week Posa berbuka & berPRE-RAYA kat rumah Along pulak
sempena adik ipar aku yang Bongsu, Iwan dapat schedule
fly ke US semalam.. Sian diaa.. tahun ni untuk pertama kalinya
tak dapat la beraya kat tanahair bersama keluarga terchenta.. uhuhuhu
4th Week hujung minggu ni balik kampung sudah..
leh la berbuka posa dengan keluarga terchenta kat kampung pulakk uhuhuhuhu
Jom layan gambar.. ehehhe
Ni masa buka kat umah Ijad kat Rawang nu....
Masa ni kitaorgn keluar gi Shah Alam cari baju melayu/baju kurung Danish.
So beli juadah kat Bazaar kat PKNS. Amek nko..
nampak semua nak beli.. dah la yg beli 4 kepala,
Aku, Abang, Idie & Iwan.
Pecal, rojak singapore, otak-otak, kuih muih,
cempedak goreng, popia basah, popia kering tuan rumah buat..
ayam golekk.. pas tu tuan rumah masak lagi lauk pauk..
sup sayur & Ikan Patin masak tempoyakk..!
Ya Allahh.. sape nak perabih ni.. orangnya berapa kerat jekk ha ha
Ni antara yg best.. Ikan patin masak tempoyak air tangan tuan rumah hehe
Rojak Singapore.. pilih pilih pilih RM20..! Amek nko! ha ha
Ada yg beli sampai RM56!! terkezutt aku wahahahahah
Acara bersantapp..
Baru separuh luakk.. uhuhuhu
Sempat lagi layan DURIAN sambil tengok citer KL GANGSTER.
Weekend lepas Adik Ipar yg bongsu, Iwan dapat confirm
dapat flight schedule ke USA 24hb Aug. Ngam-ngam seminggu sebelum raya..!
Sadis...!!! So sebagai penutup, Along pulak
wat acara makan-makan berbuka posa@ Pre-RAYA untuk Iwan
yang tak berkesempatan nak beraya nanti.. uhuhuhu
So ada la menu lemang & rendangg.. eheheh.
Aku request Along masakkan siput sedut masak lemak.
Tiap kali aku pregnant mesti Along tanya kalo aku ada request nak suh dia masak
apa-apa yang aku teringin uhuhuhu. Terima kasih banyak Along.. muahhh!
Ada Cendol & ABC
Ahaa.. tak lupa Mee Kari. Ni aku yang masak dan bawak gi umah Along.
Teringin nak makan.. masak sendiri muaii.. leh makan ramai-ramai eheheheheh.
Acara bersantap
Dan santap lagi hehe
Masa ni memang semua adik beradik ada..
Maklum la Iwan last nak berkumpul sebelum raya ni.. lepas ni
lama plak tak jumpa.. uhuhu
So malam semalam.. kitaorang adik beradik gi hantar Iwan ke KLIA. Iwan sekarang
study kat ALAM.. dengan misi mengejar impian menjadi seorang 'Kapten Kapal'
InsyaAllah...! Umur baru 19 tahun tuh.. kali ni Iwan kena attend praktikal kat US under
AET (American Eagle Tanker) selama 6 bulan.
So flight malam ni kul 3:00 pagi route KL -> DOHA -> Houston (US).
Dah tengah malam baru sibuk nak reload prepaid Iwan uhuhuhu.
Mengiringi langkah terakhir Iwan masuk ke balai berlepas.
Ok Iwan.. jaga diri bebaik kat sana yaa..!!!
Sebenarnya, kat sini 5 tahun lepas, Dec 2006, Aku, Arwah Emak (mertua),
Idie & Iwan pernah hantar Abang outstation ke Slovakia.
Masa tu Arwah Emak pernah berkata...
"Nanti hantar Iwan pulak kat sini (KLIA)"
Masa tu Iwan baru Form 2. Sebulan selepas itu,
Raya Haji 2007 ( 1 Jan 2007) Arwah Emak 'pergi' menyambut panggilan Ilahi
mengikuti jejak Arwah Ayah mertua yang pergi pada tahun 2003.
Al-fatihah...
mengikuti jejak Arwah Ayah mertua yang pergi pada tahun 2003.
Al-fatihah...
Hari ini kata-kata Arwah Emak menjadi kenyataan bila kami adik beradik
berkumpul di KLIA menghantar Iwan berlepas ke US..
Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi perjalanan kalian..
Iwan & adik-adik ku yang lain... aminnnn