Assalamualaikum...
Ahaaa.. semalam pergi dating tengok Movie Fast & Furious 5 kat 
GSC IOI mall. Memang bestttt gilerrrr citer tuhh..! 
Doubel thumbs up...!!!
Happy endinggg.. suker suker suker!!


Since citer tu tak sesuai utk tontonan bawah 18 tahun, 
makanya Danish & Dania di letakkan di bawah jagaan adik Ipar ku Idie 
di rumah. Uhuhuhuhu.. 

Banyak pelakon2 dari previous Fast & Furious keluar dalam 
version 5 nih termasuk Hans yg dah excident(mati?) masa racing dalam
Fast & Furious 4. Jom tengok trailer kat bawah ni.. mesti korang teruja gak
nak tengokk.. memang terBAEKK...!!



Masa tengah menonton movie tu dapat SMS dari Achik nyer (Idie)
cakap Danish request untuk belikan hadiah teachers day.
Sebenarnya hari ni  baru School Danish celebrate Teacher Day tuh!
Aku pulak memang pergi IOI tu pun sebab nak cari sekali gift
untuk cikgu2 Danish. 
Hari tu tanya Danish, dia ada bagi 5 nama..
So balik tu Danish pun tak tidur lagi..
sanggup tunggu Mama & Papa balik dengan hadiah 
untuk cikgu-cikgu kesayangan nyer... ehhehehe


Danish tekun tulis nama setiap teacher kat 'kad ucapan' walaupun
jam dah lewat malam, kul 12 dah!


Aha.. dah siap semuanya. 
Ada 5 orang.. Teacher Gaury (principal), Teacher Ashikin (Guru kelas),
Teacher Mona (Guru Agama), Teacher Yasoda & Teacher Devani.


Hari ni Danish pergi sekolah pakai baju casual..
Sampai sekolah aku tengok Cikgu-cikgu pun dressing lebih 
dari biasa.. ehehehhe

Balik sekolah Danish cerita, hari ni kat sekolah 
banyak buat aktiviti.. Danish menang
'Musical Chair' dan dapat hadiah jajan..! 
Tapi dah habis! Ehehheheehe..
Owhh.. esok plak, Jumaat ~ Parents day, 
Papa & Mama datang ambik report card Danish. huhu

Anyway happy Teachers Day to all Krista's Teacher...!
Thanks for everything..!!

Assalamualaikum...
Tetiba teringat saat-saat Dania baru-baru lahir dulu.. 
Terasa nak abadikan cerita tu dalam blog ni utk tatapan Danish
dan Dania bila besar nantii...
dan dengan sukacitanya aku copy paste balik story mory masa Danish
mula mula dapat adik. Di cilok dari fotopages lama..

Kali pertama Danish & Dania 'bertemu'..! suka sangat gambar nihh!

Danish dah ada adik.. boleh buat kawan .. main elok2 nanti tauu..

Dania 3 jam selepas di lahirkan...


Welcome to the world, Dania Aliesya..!

Alhamdulillah.. Mama Danish dah selamat melahirkan seorang puteri, berat 3.4kg pada 1hb Sep 2007,
Sabtu di Hospital Putrajaya secara normal. ami berikan nama puteri kami 
Dania Aliesya yang bermaksud - Yang dilindungi tuhan lagi menyenangkan 
Semoga menjadi permata hati yang sentiasa mengembirakan dan menyenangkan hati mama & papa. Aminnn..

Behind the scene : 
Sebenarnya, 31 Aug tu mama ada jugak sebut pada baby. '.. kalau baby nak keluar hari ni pun mama tak kisahh...' Best jugak kalau lahir hari merdeka kan! Tapi sampai ke malam tak ada apa-apa tanda. Atuk dan Nenek dah standby sejak 30hb lagi. Malam tu tidur macam biasa. Subuhnyer tu mama terjaga sebab Danish merengek nak susu.. waktu tu lebih kurang pukul 5:30pagi. Papanyer yang bangun buatkan susu. Mama sambung tidur balikk.. lepas tu  dalam pukul 6:00pagi mama terjaga. Rasa macam sakit pinggangg... tapi datang dan hilang. Mama pejam mata balik... sakit tu datang lagi. Bila mama tengok jam betul-betul, sakit tu datang setiap 5 minit sekali.. 6:20 - 6:25 - 6:30 pagi.. eh, Mama pun suspen & berdebar-debar jugak. 

Tak kan tiba-tiba je dah contraction 5 minit sekali kott... ni macam dah nak bersalin jekkk. Lain-lain tanda takde. So Mama pun bangun pelan-pelan, mandi dan solat.. lepas tu mama kejutkan papa. Cakap kat papa, mama dah sakit 5 minit sekali ni.. jom pergi cek kat Hospital. Gitu gini gitu gini... sempat jugak mama sarapan dulu kat rumah. Dalam pukul 8++ pagi mama & papa bertolak dari rumah. Danish yang masih tidur tinggal ngan atuk & nenek kat rumah. Kat dalam kereta mama dah tak boleh duduk dah dek sakit pinggang tuh. So mama baring mengiring kat kerusi belakang (tak muat pun dimuat2kan heheh) sambil selawat dan berzikir apa-apa yang patut.. 

Lebih kurang pukul 8:30 kitaorang sampai kat bahagian Wad Bersalin Hospital Putrajaya. Masa tu ada seorang yang sedang menunggu untuk doc check. Bila sampai turn mama, doc kata dah buka 5cm so terus air ketuban dipecahkan. Lebih kurang pukul 8:45pg mama terus ditolak masuk ke labour room. 

Sakit contraction makin datang kerap.. doc pun kejap-kejap datang cek. Tak lama bila dah buka 8-9 cm papa pun dipanggil masuk ke labour room dan duduk disisi mama meneman dan memberi semangat! Mama pun sebenarnya waktu tu bila bidan yg menyambut baby suruh mama teran, mama pun macam iye tak iye jekkk.. ebaru setengah jam duduk dlm labour room, tu pun nasib baik sempat sampai hospital! Dipendekkan cerita, setelah bertarung nyawa beberapa ketika, tepat pukul 9:28 pagi, dengan bantuan papa disisi dan 5 orang nurse/bidan yang agak gamat memberi kata-kata semangat yg lebih kurang berbunyi 
'teran lagi..! sikit lagii..!! haa.. ambik nafass..teran lagi.. terannnn..!!!!''
puteri mama & papa pun selamat dilahirkan... yang kelakarnyer, mama pun siap bagi signal bila terasa contraction tu datang pas tu gamat ler nurse2 tu balas suh teran.. dan terann lagi..hehe. 

Bila terdengar tangisan baby terus lega sangat-sangat mama rase. Nurse-nurse kat situ siap tanya..
 'tengok tu baby lelaki ke perempuann..?' sambil tunjuk baby kat mama. Mama tengok dan tersenyum sambil mengangguk.. nurse tanya lagi'.. cuba sebut - lelaki ke perempuan'?. Bila mama sebut 'perempuan.. 'barulah nurse berpuashati dan letakkan baby atas perut mama sekejap lepas tu barulah baby dibersihkan disebelah mama... 

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi yang Maha Esa kerana memudahkan process bersalin kali ini. Dah sepasanggg dahh... Danish dulu lahir seminggu terlewat dari EDD. Ingatkan Dania pun lebih kurang cam tu jugak rupa-rupanya keluar 4 hari awal dari EDD. Mama sempat bisik kat papa ' Macam tak percaya je, dah selamat lahir dah baby kita..' Papa tersenyum dan kucup dahi mama penuh kesyukurannn...syukrann!!!
- catatan fotopages - 

Dan tiba-tiba air mata bergenang bila flashback balik gambar-gambar keakraban 
2 beradik ni bermain bersama... suka duka bersamaa...
walaupun kadang kala 'perang dunia'  meletus dgn meriahnya.. uhuhuhu

Dania masa beberapa bulann.. 
Abang Danish  "Mainan mu, mainan ku juaa.." huhu

Abang Danish bawak Dania jalan-jalan okeh..!

Danish& Dania masa anniversarry ke-5 kami 2 tahun lepas..

1st Hot balloon festival di Putrajaya. 
Abang Danish 'take care' Dania ~ jangan jalan jauh jauh !

Main dokter dokter... Abang Danish check Dania sakit apa...

Ketika berkongsi kegembiraan beli mainan lepas pecah tabung masing masing...

Abang Danish temankan Dania masa Dania warded..
bacakan buku untuk Dania


Dah besar panjang dah anak bujang & anak dara mama nihh..
Semoga keakraban kalian  terus mekar,
bak kata pepatah.. air di cincang tidak akan putus...
Mama & Papa sayangggg sangat kamu berdua tauu..!!!
Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin yang ceriaa..
Sebenarnya lately pun tenggelam timbul dah entry blog ni..
Banyak benda nak cerita tapi akhir2 ni rasa 
kadar kepenatan 'bertambah' dari biasa... uhuhuhu

Di kesempatan ni aku pun nak berkongsi gak cerita terkini..
3 minggu lepas ada wat pregnancy test...
Rupa bentuk Pregnancty Test kit yang di beli
Kalau result
1 line di C bermaksud Negative - Tidak pregnant
2 line  di C & T bermaksud Positive - Pregnant


Danish antara yang excited dari mula lagi..
semenjak dua menjak ni sibuk tanya bila Mama
nak ada Baby...


Setelah menunggu beberapa minit.. keputusannya dah pun
berada di tangan Danish..!! Taraaaaaaaaa.....!!!!!!!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bila tengok lebih dekat, Alhamdulillah...
Keputusan menunjukkan hasil ujian POSITIF!
2 line clear..!
Bermaksud Mama Danish pregnant adik Danish & Dania
InsyaAllah...!!
2-3 hari lepas tu asal balik rumah je
mesti Danish sibuk cari kit ni sambil excited
cakap dalam perut mama ada baby.. huhu


Minggu ni dah pun masuk 8 minggu atau ertikata lain 2 bulan.
Alhamdulillah.. so far tak ada alahan walaupun
masa pergi check up, Doctor ada bagi pesanan
potiential untuk mendapat alahan teruk lebih tinggi
kepada ibu2 yang sudah gap 4 tahun mengandung
berbanding yg gap 2 tahun.. cuma cam biasalah..
tekak tu kalau boleh nak makan yg masam, yang masin..
yang kuat rasanyaa.. hari2 layan TOMYAM pun boleh...!

cuma ada satu je masalah...
perut cepat sangat lapar...!! Aduhaiiiiiiii..!
Kalau dah lapar tu terus rasa angin naik ke kepala..
boleh sakit kepala di buatnya kalau tak terus cari benda utk di makan!
Aku rasa 2 jam sekali dah kena mengunyahh!
Selera makan tak de la sangatt.. jadi naik buntu nak
kunyah apa kalau perut dah start bunyi huhu!
Paling2 pun roti.. biskutt.. sekali makan pun tak leh 
nak makan banyakk.cepat muakkk.
Perut kosong tak di isi cepat mula rasa nak senoneng kepala..
aduhaii.. letih letih! Nasib baik la air panas
FREE je kat ofis ni.. tinggal picit je machine Nescafe 3 in 1. 
Lepas tu carikan lawan nak 'celup' je.. uhuhuhu.

Sekarang ni tengah kosongkan drawer bawah sekali
tuk isi lebih banyak stok makanan kekekekekeke.
Drawer tengah yg tak berapa besar tu dah separuh penuh gakk
ngan stok biskut dan jeruk. Tak elok makan jeruk ni sebenarnya.. isk!
Dah leh jadi ala Koop dah drawer aku kat ofis ni wehhh.
Pregnant Danish aku naik 20kg, pregnant Dania naik 18 kg..
tengok gaya 2 jam sekali kena makan ni tak tau la
berapa KG plak naik kali nih... ngeriinyer...! uhuhuhu!
Berdasarkan carian di google, 
ni lah progress fetus berusia 8 minggu..

Apapun beryukur sangat kepada Ilahi di atas limpah kurnia dan 
rahmat Nya. Semoga di permudahkan segala perjalanan kali ini
terutamanya untuk melepasi Trimester pertama yg
sering di katakan paling kritikal ni.
Doakan juga kesejahteraan ku dan baby yekk!


"Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku
mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriatku ini... aminnnnn"