Assalamualaikum..
Nak update majlis ringkas sambutan Hari jadi Danish kat school dia, Krista.
Tahun ni Danish request nak buat kat school. Nak celebrate dengan kawan-kawan
since tahun depan dah naik Darjah dah susah pulak nak celebrate kat sekolah kan.
So hari Isnin lepas sempat la sambut. During tea break dia.


Kek Ben 10 yang sempat di tempah Jumaat malam tu.
Mujur dapat cari kedai kek yang buat Edible image Kek Ben 10 ni.
Sebelumnya jenuh aku keluar masuk kedai kek kat area Bandar puteri
termasuk Secret Recipes. Elok dah order pilih gambar bila 
nak confirm bleh staff SR kata Ben 10 cake dah discontinue.. 
kecewa betul masa tu.. uhuhuhu. 
Anyway, nak tempah 1 KG takut tak cukup..
so tempah lagi setengah kilo untuk to up.


Goodies pack yang sempat di buat hari Ahad. Oooo.. busy gak
duk cari barang2 Danish pada masa yang
sama kena attend kenduri doa selamat rumah jiran uhuhuhu.

Tengah nak prepare barang2.



Okeh ready...!

Kawan2 Danish yang sama2 menyanyikan lagu Happy Bufday.


Lepas tiup lilin, Puan Pengetua Krista, Mrs Gaury tolong Danish potong kek

Ahaa.. ni Teacher Gaury yang suh.. suap Danish & Danish suap mama

I  really likee this Picture..! Thanks Mrs Gaury tolong shoot gambar kitaorg nih

Teacher2 tolong distribute food.


Baca Doa sebelum makan... ni group mate Danish,
Irdina, Devan, Danish & Hanis.
Aku pun join makan kat meja diaorang. Peramah budak-budak ni.
Semua pakat speaking ngan aku.. hua hua hua.
Bagus bagus..!!


Acara kemuncak.. distribute goodies pack.


Teacher panggil by group. Semua orang kena SALAM dulu baru boleh terima goodies
pack & say Thank You he he



Teacher Gaury yang monitor semua student  Salam & say Thank you... he he.
Okeh berakhirlah acara ringkas yang berlansung kira-kira setengah jam tuh.
Terima kasih kepada semua para guru Danish @  Class Leaping Professor
yang menjayakan acara hari ini.
Sebelum balik the whole classmate Danish say thank you to Mama juga.
Thanks to all too..!
Both teacher & student memang very sporting..!

Okeh tahun ni Mama & Papa belikan Danish kasut roda sekali dengan safety set dia.
Sebenarnya bila pergi beriadah kat Taman Tasik Cyberjaya perasan ada satu area utk budak2
main skate board & kasut roda. Tu yang datang idea nak belikan dia orang sepasang.


Jenuh gak cari kat kedai2 mainan.. akhirnya jumpa kat Area sukan Jusco uhuhu.


Wajah ceria Danish.


Dania pun macam biasa.. akan dapat 'advance' bufday present gak
di samping mengelak kan tragedi batu belah batu bertangkup bila tengok Abang nya
laju berkasut roda nanti heheehhe. So Dania pun dapat gak sepasang.
Tapi bila bleh pandai pakai tu tak tau la... uhuhuu


Okeh.. Danish dah ready..
Boleh mulakan latihan.. ! GO...!!
Assalamualaikum...
Aha.. pagi ni sempat singgah ke Bank Rakyat cawangan Bandar Puteri, Puchong
berdekatan dengan Klinik Pakar Kanak-kanak Chan tu.
Rasanya semua dah tau bahawa Bank Rakyat dah buka semula saham
bernilai RM 1 bilion bermula 4 April yang lepas kan..?
Dan semua sedia maklumkan Bank Rakyat antara bank yg memberi
deviden tertinggi sehingga 15% setahun ?
kedengaran amat menarik!

So just nak share my experience yang baru first time nak join saham ni.
Untuk buka saham baru had maksimum hanyalah RM500seorang.
Walaubagaimanapun kita di boleh isi borang untuk menambah saham sehingga RM100,000
seorang dengan mengisi borang untuk menambah saham.
TAPI untuk tambah saham ni kita cuma perlu submit permohonan dulu
tanpa perlu buat bayaran dan dalam masa sebulan Bank Rakyat akan hantar
surat sama ada permohonan penambahan saham tu lulus atas tidak.

Jadinya, yang dah jadi ahli macam saya ni terus je isi borang untuk buka saham & tambah saham.
Yang belum boleh isi sekali borang untuk buka buku *jadi ahli*
dengan jumlah Min RM20.


 OK.. mula-mula isi borang dulu. Sediakan salinan IC 2 keping untuk setiap borang.
1. Borang permohonan menjadi anggota + 2 keping salinan IC + RM 500 +
RM 5 *jika pertama kali masuk syer*
2. Borang penambahan saham + 2 keping salinan IC.

Lengkap kan borang bersama salinan IC dan beratur untuk ambil nombor giliran.
Tengok sikit punya panjang queue pagi tadi uhuhu.


Selepas borang yang lengkap di isi dan di semak oleh pegawai di kaunter nombor giliran, then
tunggu pula di kaunter biasa untuk proses pembayaran.
Borang penambahan saham akan di kutip oleh pegawai di kaunter nombor giliran.
Borang membuka saham akan di serahkan di kaunter biasa bersama wang tunai RM505.


So ni dia resit bila urusan dah selasaii..
Beres....

Kepada yang berminat, segera ke Bank Rakyat berhampiran dan datanglah
awal pagi kerana borang yang di edarkan sehari terhad. Petang rasanya
dah tak da dah borang nih.

Nak tahu maklumat lebih lanjut boleh layari
Assalamualaikumm..
Aduhaii.. kelmarin ada buat entri pasal harga Ikan Patin
bernilai RM13,000 untuk 50 orang makan laporan Malaysia Kini.
Semalam banyak pula akhbar2 melaporkan rupanya
RM13,000 tu untuk 350 orang makan..!
so seorang harga jatuh RM37 berbanding RM260 sebelumnya..!
Tapi rupanya harga Patin Sungai mucung liar tu memang
boleh cecah RM100 sepotong..! Mak aiiiiiiiiiiiiiii......
aku rasanya tak pernah lagi makan kat kedai yang harga seketul lebih RM10.
Moralnya yang selalu makan tu confirm la Ikan patin sangkar.
Nak tengok pun tak reti uhuhuhu


Isk isk iskk.. lain kali nak keluar berita biarlah bagi maklumat tepat.. tak pasal2 je
jadi bualan masyarakat uhuhuhu. Bikin suspen satu malaysia je he he.

Anyway sebab aku pun ada keluarkan artikel tu KAT SINI, maka aku kena lah juga
publishkan artikel pembetulan tu kat sini plak.. uhuhuhu.


Harga patin berpatutan

TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.

Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA