Assalamualaikum...
Aha.. pagi ni sempat singgah ke Bank Rakyat cawangan Bandar Puteri, Puchong
berdekatan dengan Klinik Pakar Kanak-kanak Chan tu.
Rasanya semua dah tau bahawa Bank Rakyat dah buka semula saham
bernilai RM 1 bilion bermula 4 April yang lepas kan..?
Dan semua sedia maklumkan Bank Rakyat antara bank yg memberi
deviden tertinggi sehingga 15% setahun ?
kedengaran amat menarik!

So just nak share my experience yang baru first time nak join saham ni.
Untuk buka saham baru had maksimum hanyalah RM500seorang.
Walaubagaimanapun kita di boleh isi borang untuk menambah saham sehingga RM100,000
seorang dengan mengisi borang untuk menambah saham.
TAPI untuk tambah saham ni kita cuma perlu submit permohonan dulu
tanpa perlu buat bayaran dan dalam masa sebulan Bank Rakyat akan hantar
surat sama ada permohonan penambahan saham tu lulus atas tidak.

Jadinya, yang dah jadi ahli macam saya ni terus je isi borang untuk buka saham & tambah saham.
Yang belum boleh isi sekali borang untuk buka buku *jadi ahli*
dengan jumlah Min RM20.


 OK.. mula-mula isi borang dulu. Sediakan salinan IC 2 keping untuk setiap borang.
1. Borang permohonan menjadi anggota + 2 keping salinan IC + RM 500 +
RM 5 *jika pertama kali masuk syer*
2. Borang penambahan saham + 2 keping salinan IC.

Lengkap kan borang bersama salinan IC dan beratur untuk ambil nombor giliran.
Tengok sikit punya panjang queue pagi tadi uhuhu.


Selepas borang yang lengkap di isi dan di semak oleh pegawai di kaunter nombor giliran, then
tunggu pula di kaunter biasa untuk proses pembayaran.
Borang penambahan saham akan di kutip oleh pegawai di kaunter nombor giliran.
Borang membuka saham akan di serahkan di kaunter biasa bersama wang tunai RM505.


So ni dia resit bila urusan dah selasaii..
Beres....

Kepada yang berminat, segera ke Bank Rakyat berhampiran dan datanglah
awal pagi kerana borang yang di edarkan sehari terhad. Petang rasanya
dah tak da dah borang nih.

Nak tahu maklumat lebih lanjut boleh layari
Assalamualaikumm..
Aduhaii.. kelmarin ada buat entri pasal harga Ikan Patin
bernilai RM13,000 untuk 50 orang makan laporan Malaysia Kini.
Semalam banyak pula akhbar2 melaporkan rupanya
RM13,000 tu untuk 350 orang makan..!
so seorang harga jatuh RM37 berbanding RM260 sebelumnya..!
Tapi rupanya harga Patin Sungai mucung liar tu memang
boleh cecah RM100 sepotong..! Mak aiiiiiiiiiiiiiii......
aku rasanya tak pernah lagi makan kat kedai yang harga seketul lebih RM10.
Moralnya yang selalu makan tu confirm la Ikan patin sangkar.
Nak tengok pun tak reti uhuhuhu


Isk isk iskk.. lain kali nak keluar berita biarlah bagi maklumat tepat.. tak pasal2 je
jadi bualan masyarakat uhuhuhu. Bikin suspen satu malaysia je he he.

Anyway sebab aku pun ada keluarkan artikel tu KAT SINI, maka aku kena lah juga
publishkan artikel pembetulan tu kat sini plak.. uhuhuhu.


Harga patin berpatutan

TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.

Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA
Assalamualaikum...
Malam ni Abang pergi main Badminton setelah 2 bulan 'rehat' dek
court booking penuh & schedule geng2 dia pun penuh uhuhuhu.
Aku kat rumah temankan Danish buat homework sambil
buat kerja dari rumah ~ data migration yang ada certain masa kena run after ofis hour
tapi boleh monitor online kat rumah.

Anyway.. bukan nak cerita pasal aku atau Abang.. tapi pasal Danish..!
Minggu ni hari-hari homework Danish banyak sebab nak cover bahagian yang
Danish Absent setelah ML seminggu dek masuk wad minggu lepas.
Untuk hari ni je ada 4 pages English Phonics, 8 pages Science, 2 pages Jawi
and 1 spelling correction ! Banyak tu untuk satu malamm..!

Anyway Danish ni kadang bila ada mood dia akan bagitau dia nak speaking.
Normally bila mood dia datang tu dia bagitau la awal2

"Mama/Papa Danish want to speak in English..!'

So bila dia dah cakap cam tu layan je lah speaking.
Malam ni dah la ada homework pasal coconut tree.
Then kena lukis objek yg di buat dari Pokok kelapa dan juga kena lukis
buah kelapa tuh!
So cam biasalah, kalau susah nak explain aku akan google kat internet
then dengan bantuan gambar tu baru explain pada Danish..

Bila explain pasal pokok kelapa tu jenuh la asyik kena
warning dengan Danish je bila aku asyik tersasul cakap Bahasa Melayu! Ha ha
"Mama.. remember what I said. Please speak in English..!"
Dulu Danish kecik2 selalu jugak introduce English word pada Danish.
Tapi bila dah hantar English medium kindergarten ni tak de la
nak speaking hari2 kat umah uhuhuhuhu.
Btw.. Danish dah 6 years old tahun ni.. uhuhu

Homework Danish. Nampak tak objek senduk tempurung kelapa
& penyapu lidi yg Danish lukis tuh..? ehehehhe

Dalam banyak2 homework tu ada 4 pages, 6 gambar setiap page 
utk colouring. Mula-mula Danish kata tak nak kaler, tapi aku kata kena kaler
sebab dalam instruction lepas tulis jawapan kena kaler.
Malangnya siap tulis jawapan Danish nak buat homework lain dulu so
untuk tidak ganggu mood dia aku bagi jelah dia proceed homework lain.

Habis semua homework yang di sebutkan kat atas tu aku tengok
jam pun dah pukul 11 malam.. teringat pasal colouring tuh
tapi since dah lewat malam terus je lah suh Danish kemas buku dia masuk dalam bag.
Memang mengelat.. bukan apa takut Danish bangun lambat.
Sekarang ni Danish kena sampai awal sket ke sekolah sebab
dia kena praktis utk jadi tukang baca ikrar hari sukan nanti. 

Tetiba sambil dia kemas buku2 dia dan sambil tersengih-sengih dia cakap
"Mama.. you did something strange..!"
"What..?"
"You forgot, I'm not doing my colouring"
HA HA HA..!!!! KANTOI..!!!!!

Aku terus tergelakk..! Danish ingat pasal colouring tu rupanya..!
Ingatkan saja tak nak remind dah dia pasal colouring tuh.
So aku pun suh dia keluarkan balik homework tu dan siapkann uhuhuhu.

Danish yg gigih nak buat gak colouring walaupun dah lewat malam.

Walaupun akhirnya pun tak sempat nak kaler kesemua
24 picture tuh gara-gara dah ngantuk sangatt... Mama maafkan.

Tak lama tu Abang balik. Aku terus bagitau Abang Danish tgh mood
nak speaking tuh. Bila bersembang Abang tercakap bahasa Melayu
Danish cepat bagi warning
"Dad.. you forgot to speak in Englishh..!!"
Dan bila Abang tersasul lagi sebab melayankan si Dania,
Danish cepat je tangkap telinganya
"Dad.. you forgot to speak in Englishh..AGAIN..!!"

Anyway terima kasih pada guru2 Danish @ Krista Nusaputra.
To Danish, Mama proud of your dear. You did it very well..!
Tak kisah la grammar tonggang terbalik, that is part of learning
and much better compare masa Mama kecik2 dulu..
And Mama admit zaman dah berubah...

Moralnya, bukan ibu bapa je boleh influence anak,
nowdays anak pun boleh influence ibu bapa jugak.. uhuhuu