Assalamualaikum..
Salam hari Isnin.. korang busy ke ari nih..?
Saje nak share BE yang senang menari-nari sekarang.
Both daripada Digi. Terima kasih En. Nuffnang & En Digi..!

Sebenarnya lama gak tak dapat BE nih..
Sampai aku pun tak sedar bila ntah BE ni start balik sebab
satu masa aku pun jadi tak berapa kisah pasal tabung Nuff ni ada ke tak.
Yang penting kita enjoy berblogging & develop kita punya friendship
dengan blogger lain kan..!


Anyway thanks pada kengkawan sekelian yang sudi jengah blog yang tak seberapa nihh..
korang memang besttt..!

Kepada pemenang2 Izan@SweetOmoide 7th Anniversarry lucky draw 
yang mungkin masih cari tarikh tontonan yang sesuai, 
sila jangan malu-malu contact aku kat
untuk redeem hadiah masing-masing okeh..!

Pemenang Hadiah Utama x 2
Cik Z@i !!
Myra Queen

Pemenang Hadiah Saguhati x 2
eda_ej
Nad@Mama Zakwan
Assalamualaikum....
Nak share satu channel Astro yang aku baru perasan KEWUJUDANnya he he.
Itu pun gara-gara stay up tengah malam buat projek ofis online kat rumah.
Channel 706 ~ Life Inpired di Astro B.Yond dalam High Definition (HD) mode.


Paling mencuri perhatian aku rancangan realiti, HGTV Design Star
yang menyaksikan 10 orang designer berentap 
dalam beberapa siri menata rias dekorasi 
rumah, both interior & exterior.


Malam semalam menyaksikan Juara  Musim pertama
HGTV Design Star jatuh ke tangan David yang bersaing hebat dengan Alice..!
Bila aku check rupanya Session 1 ni tahun 2006 dulu. 
Sekarang ni dah masuk musim ke 5..!
Tapi rancangan ni memang best laaa..! Macam gak tengok restaurant Makeover,
sekali dia make up fuhh... memang kagum dengan hasilnya..! huhu

Contestants


Yang terbaru, Design Touch yang  mula di tayangkan 23hb Mar pukul 10:30 malam.


Kepada yang tengah nak pindah rumah baru atau yg tengah cari idea 
nak ubah dekorasi rumah sedia ada boleh la usha-usha rancangan2 menarik kat
  Channel 706 ~ Life Inspired@Astro B.Yond nih.

Memang boleh buat 'kenyang' mata aku tengok rancangan nih.. 
Sebelum ni ada jugak satu rancangan dari Jepun berkisar tentang 
dekorasi rumah-rumah moden dekat Jepun...!
Dinding kaca atas bawah..... tengah baru dinding tak lutsinar. 
Kononnya mesra alam supaya nampak permandangan luar dari dalam rumah.
Macam orang lepas mandi pakai tuala..! Yang pelik-pelik je.. he he.

Okeh... selamat menonton yek..!!
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semuaa..!
Hari ni seawal pagi lagi kitaorang dah bersiap-siap nak keluar..! ha ha.
Sebelum ni ada tengok iklan breakfast kat Mc Donald tu. Memang terpengaruh sungguh
ngan iklan tu.. memang ada la ajak Abang try sekali breakfast kat Mc D ha ha!
Tup tup lepas tu tengok ada pulak foward-foward kupon
REE 2 Big Breakfast dari Mc D..!
Last week tengok Aleyn update gi breakfast kat Mc D guna kupon tu. Beratur 45 min beb!
Mak aiii.. Memang bagus betul marketing stratergy Mc D...memang menjadikk!


Anyway hari ni turn kitaorng pulak. Kitaorg pergi Mc D 24 hours kat Puchong Gateway.
Tak jauh gak dari rumah. Cam biasa, sampai-sampai tengok parking penuh, queue Drive thru pun panjangg..
pantang FREE semua kerumun!! haha


Anyway untuk pakai voucher ni kena ada belikan RM5 min. Free breakfast ni tanpa minuman so
kebanyakan pelanggan akan purchase air, 2 cofee or 2 milo or 1 big milo.
So ni kitaorg punya order.. huhu


Ni yg FREE, 2 set.

Nasib baik keadaan terkawal dan beratur pun dalam 15 min je. Time kitaorang
sampai tu dalam kul 8:30 pagi. Tapi sampai kitaorang habis makan masih ramai pelanggan lain datang,
beratur sampai keluar pintu! haha


Danish mula-mula tengok breakfast tuh.. komennye
"Eeeeeee..... apa ni..? tak nak lah! Tak sedap..!!"
Ha ha.. dasar tekak ORANG MELAYU..!! hehehehe
Seb baik bila pekena scramble egg + sos tu habis gak dia nak makan.
Dania layan hash brown je.

Okeh tukang karut pun nak interframe hehe.
Masa queue tu ada gak budak2 DELL take away 3 set Mc D
Big Breakfst bawak balik ofis.
Sempat sembang2 ngan diaorang. Ada can wat esok lusa kat ofis nih.. hehe

Kepada yang lain, masih berkesempatan nak redeem kupon ni.
Just print je kupon kat bawah nih & buat min order RM5 so akan dapat
2 Big Breakfast FREE..!!!
Sah sehingga 31 Mar 2011 okeh!