Assalamualaikum..
Tengok berita kat bawah ni.. aduhaii.. nak makin cantik jadi yang bukan-bukan pulak. Dah la RM10K melayang. Apa pun kes kes macam ni boleh je report kat Tribunal Pengguna. Yuran cuma RM5, tuntutan tidak melebihi nilai RM25 000 dan jaminan penyelesaian kes dalam masa 45 hari. Kes-kes pusat kecantikan macam ni ada dalam senarai aduan yang di benarkan. Ada kan tengok iklan kat TV kan..?
Dan boleh juga layari website Tribunal Pengguna.


sumber : Harian Metro 

JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.

Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.
Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.
“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.
“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.

NOTE : Teringat masa pantangkan anak sulung, ikut petua emak kat kampung buh limau nipis dengan kapur kat perut sebelum pakai bengkung. Seminggu pertama memang boleh bertahan dan bersabar lagi.. masuk minggu kedua bila dah naik gatal cucuh lagi ngan limau nipis tu pas tu buh kapur lagii... fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... 'nikmat'nyaa...!! Pantang anak sulung punya pasal sanggup bertahan sampai habis pantanggg. Hasilnya memang MIRACLE..!! tapi masuk anak kedua tahap ketahanan mental tu dah kurang dahh... sapu krim leesa formula jee... tapi TETAP petua tradisional guna limau nipis + kapur tu yang lebih mujarabb..! Habis pantang kulit licin macam takde apa berlaku..! Cuma tahan tak tahan je laa.. ada berani..? he he
Assalamualaikum..

Aha nak update citer pasal makan plak he he.
Last month gi dating ngan ex-ofis mate masa kerja Nitto dulu.
Aleyn memang dah nak 2 tahun gak berhijrah ke Cyberjaya
dan alhamdulillah aku pun dah menyusull... dan dalam sebulan dua ni pun
dengarnya En Hubby Aleyn pun akan menyusul pindah Cyberjaya. 
Memang dream place tu work ha ha.

Anyway sebenarnya asal-asal plan nak gi makan kat SABA.Kitaorg pergi
hari Jumaat.. sampai-sampai SABA tu tutup rupanya hari Jumaat ha ha.
So jengah-jengahla kedai2 makan lain dekat situ.. TERmasuk la restoran ni,
Ariana, Iranian@Persian Food restaurant.


Ni sebenarnya memang aku yang nak belanja Aleyn sebab Aleyn jadi testimoni
masa mula-mula nak apply tempat kerja baru dulu huhuhu. Testimoni base on hubby dia
punya experience dan dia sebagai wife pada staff HP hu hu.


Antara menu yang di order


Lauk


Salad  


Kedai dia agak selasa dan cozy juga.. boleh order ikut menu atau pilih dari bar.
Nma menu lupa suda.. tak snap plakk huhuhu


Kitaorg amek fresh juice, dalm bowl kecik tu apa thah.. masam-masam 
macam yogurt


Okeh  dah kenyang.. lepas ni leh jumpa lagi.. bukan jauh jeee walaupun 
masa gi sini pun terpusing-pusing cari jalan sebab tak hafal lagii ha ha
Ops Bersih 3 gempur premis niaga kotor sekitar Klang


KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.

Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.
"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.

"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis," katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.
Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi.