Assalamualaikum..

Aha nak update citer pasal makan plak he he.
Last month gi dating ngan ex-ofis mate masa kerja Nitto dulu.
Aleyn memang dah nak 2 tahun gak berhijrah ke Cyberjaya
dan alhamdulillah aku pun dah menyusull... dan dalam sebulan dua ni pun
dengarnya En Hubby Aleyn pun akan menyusul pindah Cyberjaya. 
Memang dream place tu work ha ha.

Anyway sebenarnya asal-asal plan nak gi makan kat SABA.Kitaorg pergi
hari Jumaat.. sampai-sampai SABA tu tutup rupanya hari Jumaat ha ha.
So jengah-jengahla kedai2 makan lain dekat situ.. TERmasuk la restoran ni,
Ariana, Iranian@Persian Food restaurant.


Ni sebenarnya memang aku yang nak belanja Aleyn sebab Aleyn jadi testimoni
masa mula-mula nak apply tempat kerja baru dulu huhuhu. Testimoni base on hubby dia
punya experience dan dia sebagai wife pada staff HP hu hu.


Antara menu yang di order


Lauk


Salad  


Kedai dia agak selasa dan cozy juga.. boleh order ikut menu atau pilih dari bar.
Nma menu lupa suda.. tak snap plakk huhuhu


Kitaorg amek fresh juice, dalm bowl kecik tu apa thah.. masam-masam 
macam yogurt


Okeh  dah kenyang.. lepas ni leh jumpa lagi.. bukan jauh jeee walaupun 
masa gi sini pun terpusing-pusing cari jalan sebab tak hafal lagii ha ha
Ops Bersih 3 gempur premis niaga kotor sekitar Klang


KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.

Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.
"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.

"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis," katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.
Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi.
Assalamualaikum....

Ahaaaa.. semalam ada buat entry Lucky Draw. Senang jee nak join..
korang dah join belum..? Yang belum leh KLIK sini okehh!!


Anyway nak udpate aktivity weekend lepas. Pergi ke Taman Tasik Cyberjaya. Baru aku tau ada taman rekreasi siap ngan playground ngan budak2 kat sini. Kalau tak kitaorang rajin pergi ke 
Taman Rekreasi Bukit Jalil nuu....!!!!


Danish yang terlebih excited

Bulan lepas bawak ex-ofis mate yg duk setaman dia kata ada taman rekreasi bertasik gak kat sini.. tu yang terus kitaorang terjah tuh. Anyway ni 2nd time datang. Tengahari tu Dania memang dah merengek2 ajak gi jalan. petang tu lepas asar kitaorg dah ready dah nak kuar rumah. 1st pergi tu dah lewatt tak puas diaorang main so kali ni pergi awal skett huhu. Kali ni pergi bawak beskal diaorang.


TAPI..!! Sebaik keluar, tak sempat lagi keluar taman tengok hujan rintik-rintik sudah..!!! Tak lama tu makin lebatt..!!ohohohoho.. sian tengok Dania pun ikut mendung cam awan. Tapi perjalanan di teruskan.. sampai TTC tunggu jap gerimis still tak berenti.. last-last Abang ajak gi kedai Mamak ..! HA HA



Apa tah Papa cakap kat Danish


Tengah tunggu order sampai.. teh tarik satuuu..!!


Danish.. kalau bab makan memang sengehhh laaaa...!


Danish makan roti telur sorang licinn!!


Aku & Abang share makan Nan Cheese 

So melepak la kat kedai mamak sambil tunggu hujan berenti. Nak balik tak mungkin la
sebab budak2 pun dah excited angkut basikal masuk keta huhu. So selepas pekena teh tarik & roti nan... hujan pun reda... nasib baik. Terus la kitaorang pergi balik TTC. 
Kali ni diaorg excited berbasikal pulak.



Dania peaceee...!!!
Ahaaaa.. seb baik hujan reda. Ada rezeki diaorang nak main kat taman hari ni.



Tak ramai sangat orang hari ni sebab hujan.. kalau tak kat belakang tu 
pun ada seat utk piknik



Nampak tak jambatan tu..? orang2 duk berkumpul kasi makan ikan


Kat side kiri plak ada playground yang besarr.. memang puas la budak-budak ni main!


Aku & Abang..? main badminton kat tepi.. 
sape menang..? mesti la aku...!!! He he he.. *dalam mimpi laaa*


Ni area untuk kids < 4 years. Rendah sket. Risau aku tengok Danish sibuk main beskal kat area tu.


Dania main taman

Mamanya pun nak interframe he he he


Jap lagi.... ada plak orang jual eskremmm.... aisehmennnn. Dah la baru lepas hujan sejuk2 ni..


Dania kalau dah dapat eskremm.. tak ingat benda lain dahhh


Aku beli 2, Danish & Dania.. bagi RM5 dia pulang RM4.
Aku tanya balik.. eh betul ke baki ni..? Betul kak katanya,
Berapa satu? 50 sen..! terkejut aku.. ada lagi eskrem 50 senn...huhu.
tapi penjual tu rasanya Indon kot.


Penyudahnya bukan main tamann.. riadah makan ! Tadi kedai mamak, ni eskrem plak! isk isk


Hari pun dah makin gelapp.. ajak budak2 balik.. otw tu ada tempat excersice plak


Masing-masing cuba skill masing-masing


Yah Danish yok yok o jugakk ha ha



OK .. dah petanggg jom balikkk.. BEST jugak tempat ni..
dekat je pun dengna rumah. Lain kali boleh datang lagii..!!