Salam..
Ahaa.. Ahad lepas di dalam hujan renyai yg syahdu, kitaorang sefamily
dah jejak Pusat Sains Negara. Tu pun setelah tengok entry Aleyn.
Dalam kul 11 dah terpacak kat sana.. tapi entry ni aku cuma nak update citer pasal Mind Game je..!

Sebenarnya dah 2 kali jumpa game ni. Mula2 kat PetroSains.*pun tak sempat buat entry lagi huhu*.
Bila jumpa lagi kat Pusat Sains ni aku pun suh Danish bertarung dengan Papanya..! Haha

1st Round....
Jom tengok camna Danish ber'tarung' dgn Papanya.


Game ni sebenarnya game menggunakan minda kita menggerakkan bola kat tengah-tengah tu.
Antara kita dengan pihak lawan.
Ada alat yang kena pasangkan kat kepala kita.
Masa First round tengok Abang steady jee.. siap sengih sengihh...!


Tengok plak si Danishh..! Siap tenunggg tajam macam nak telan bola. Tu mesti dia bayangkan macam ultraman keluarkan kuasa api  nak tolak bola tu..! HA HA HA


Zoom lagii... lagi Danish tenung bola tu sampai nak terkeluar biji mata makin dekat plak bola tu ke arah dia..!

Dan akhirnya Danish kalahhh...!!!!! Muka frustttt...!!! ha ha


Pusingan ke-2..! Kali ni aku ajar Danish cara 'bertarung' ngan Papanyaa..! ha ha


Sebenarnya Danish kena bertenanggg... kena ingat perkara-perkara yang menggembirakan dia... Suh dia ingat time dia seronok main game kat rumah... time dia makan KFC hingga menjilat jarii...! Tak kasi pun Danish tengok bola tuhh...! Kalau boleh suh dia tidurrr teruss...
Tengok tu diaaa.. siap bertafakur lagi Danishh... FOKUSS!! FOKUSSS..!!


Dan akhirnya bola Danish bergerak ke arah Papa...!! Yeaaaahhhhhhh!!!


 Tu diaa.. bola Danish makin menghampiri Papanya.. bermaksud KEMENANGAN hampir milik Danish..!!
Papa dah suspen la tuu !! he he he


Bila tengok kat graf... Gelombang alpha yang di hasilkan oleh minda Danish lebih tinggi berbanding Papa..! 


Tu dia.. keadaan semakin cemass......!! Papa cuba fighttt balikkk!!
Bola bergerak balik ke arah Danish....!


Mamanya terus bagi kata-kata semangat kat Danish.. suh dia ingat keseronokan dia main
remote control car diaaa...!! ha ha ha. Sukalah tuu.. siap gelak gelakk


Dan akhirnyaa... DANISH MENANGGGG......!!!
Yeaaahaaaaaaaaaa......!!
Ohh terrorrrrrrr aaaa  anak mama nihh...! HE HE HE..!!
Lupa plak nak suh Danish bid apa kalau menanggg :P

Komen Papa setelah SERI 1-1 sama...
"Mana boleh lawan budak-budak. Budak-budak memang aaa tak de MASALAHH"
Peace of mind...!!
HA HA HA...!!!

Anyway.. aku pernah gak belajar pasal minda dan kaitannya dengan gelombang aplha ni. Pernah amalkan masa zaman2 nak amek SPM dulu. Seingat aku minda manusia menghasilkan gelombang alpha 15 minit sebelum tidur dan 15 selepas bangun tidur. Jika di gunakan sebaiknya mampu menguatkan daya ingatan.. 
Jadi dulu nak tidur rajin gak baca nota2 penting dan bila bangun pagi cuba ingat sedikit sebanyak perkara yg di ulangkaji hari sebelumnya. wallahualam.

Tapi tu dulu laa.. sekarang kalau di suruh buka buku..
5 minit mata dah TERpejamm... ha ha

Credit : Berita harian

Mystar

BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.
Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Luna Maya setia menemani Ariel ketika mendengar keputusan mahkamah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.
Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.
Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.- BERNAMA
Salam...

Rentetan dari entry KG yang mencanak sebelum ni huhu
Kebetulan company buat launching WELLNESS DAY..!
Teruja gak nak join tengah tengah dalam DILEMA nih haha


Walaupun dalam pada dilema tu tetap gak pulun seafood carbonara kat cafe ofis tuh.
Ala carte order.. bleh tahan sedap gak nihh.. dengan chesse tabur nya lagii.. fuhhh...!
memang terangkattt lahh.. lupa jap 'penimbang berat' yg dah beli kat rumah tu HA HA



So launching tu di mulakan dengan Apple distribution, bak kata pepatah
~ An apple a day, keeps the doctor away..!  aha...!!


Pagi tu dah dapat epal depan lif.. masuk hall utk launching dapat lagi epall..
rezeki amek je laa.. siap ada orang distribute belon ape tah tu.. pun taram je laa.
Ni booth cintai alam sekitar.. ada la penyu tiruann kat situ. Maklumla penyu ori dah pupus huhu


Hari  tu ada beberapa agenda.. banyak open booth2 check body health, finacial health
and so on. Kitaorg pun jengah2 gak le health boot nih. Cek berat, tinggi, darah, glukose, macam2 laa.
Semua result yang aku dapat tak tak memberansangkan lansung! uhukkk!!



Sambil take part promo alat-alat kesihatann... konon2 alat ni leh release tension.. 
ye la tuu.. tapi aku tengok ada orang pakai siap tersenguk2 tertidurr..ha ha!
Kitaorang pakai 5 minit je kot dah tanggal.. rimas plak tengok ada orang lain queue nak pakai gak huhu

Then lebih kurang kul 3:00 pm ++ launching bermula. Selepas speech bagaii.. 
Yaahhhh.. beratus-ratus belon di lepaskan..!!!



Di sertai dengan acara PECAH BELON beramai-ramaii..!! 
Sebab dalam tu ada kupon-kupon lucky draw kepada yang bertuahh..!! Memang gamat kejap dewannn..!


Bila dah selesai semua belon di pecahkan.. masing2 cek la kupon2 yang telah berjaya di rebutt..!


Luckily dapat Backpack Bag sumbangan Rockwills


Dan yang paling best sekali dapat Gym Membership FREE for 1 Month!! 
*normal rate RM30/mth*. Wahhh... macam org ngantuk di sorongkan bantall...!
 memang macam tau-tau jeeee... rezeki  nihh..!  Lepas tu ada health food pack jugak.

Jom usha sket facilities apa ada kat dalam gym nih



Kelas Yoga, poco poco dance pun ada.. ikut jadual.


Apapun.. InsyaAllahh....! Bulan ni niat nak gunakan membership FREE tu sepenuhnya...!
Walaupun semangat tak membuktikan yang aku akan berjaya capai targett..!
Apa-apa hal.. yang penting niattt tu pasang dulu walaupun takut je esok esok
jadi 'hot hot chicken shit' je ahahaaaa..!!