Salam..
Ohh.. sejak berpindah tempat baru.. aku telah di landa DILEMA baruu..
DILEMA yang HANYA aku sedari masa berkunjung ke Petrosains..
dimana pada waktu itu aku telah naik ke PENIMBANG BERAT untuk mengira
kadar kalori & tenaga kerja untuk satu aktiviti..
Dan bila aku naik je tiba-tiba terpampang satu angka yang
TAK PERNAH AKU TENGOK SEUMUR HIDUP..!!
*kecuali masa pregnant*
Memula aku naik.. tengok.. iskk..! biar betull. Rosak ke hapa penimbang nihh..?
Nak kali ke-2, CONFIRM dapat result sama...!!!
Satu figure yang beberapa kilo terlebih melebihi rekod KG terbesar pernah
aku miliki masa zaman2 belajar dulu.. 12 tahun lepas...!!! 
UwaaaaAAAaAAaAAAAAAAaaaaAAAAAAA..!!


Balik tu terus trauma kejappp...! 2-3 malam selepas kejadian tu 
aku tak makan nasi dahh..padahal aku tak pernah kesah pasal makan. 
Semua ngap ngap ngapp..!
 makan malam dengan nasi putih berlauk tu dah kira rutin dahh.
TAPI tak kesah punya pasal sampai aku pun tak sedar sejak bilaa angka tu 
berubahh..!.. ha ha ha

Dan tiba-tiba keluar balik ...
Agak mencabar gak nak pakai alat ni sebab bila aku keluarkan je
mesti ada 2 orang lagi 'pelanggan' sibuk nak pakai jugakk..!


Mungkin setelah...
Pindah kerja......... kah...?
yang di subsidikan dengan sarapan macam ni hari-hari


Pulut serunding..fuhhh..!
tu tak masuk lagi menu nasi lemak 


 Air pun subsidi... 3 IN 1.. picit je apa nak, Mocha, Cappucino, Milo, White tea.. 
TEH TARIK baekkk punya pun adaa.. huh!


Lom lagi bab makan.... kena plak kalau jenis rajin ke Pusat Bandar Damansara..


Makan tak hingat.. lepas lunch leh melantak lagi Cake SR berslice-slice..!


Sampai licinn...!!! 



Setelah KEJADIAN ngeri kat Petrosains tu terus aku beli botol air ni..
nekad.. tak nak dah minum 3 IN 1 tu 3 KALI SEHARI..!
mentang2 la pakai picit je.. tak yah bancuh pun..
mana tak naik lemakk..!
errr.. TAPI sekali sehari boleh la kott.. he he


Seterusnya.. aku beli pulak benda alah ni. 
vege neeler. Untuk buat salad kobis... lepas ni nak makan salad je...!! Siyesss tobatt..!


Walaupun 'salad' tu rupanya akhirnya menengekk sket je kat hujung-hujung cam dalam 
burger nih..! uwaaaAaAAAaaAaaaa..!
Dah la burger... burger speciall plak tuu.. baekk punya burger salut telur lagi di luarr..
Abang la punya kerja nii...kemain lagi tunjuk skill. 
saje je nak 'sabotaj' niat suci I...uhuhuhuhuuuu!!


Dan hujung minggunya lagii..
Aku ajak Abang gi cari Weight scale..!! seriussss concern gilerr..!
padahal selama ni tak pernah heran pun pasal KG aku nih.. uwaaaaaaa!! 
Ni yang rasa nak cari gali balik gambar2 masa tengah slim menyelim dulu ni.. uhuk!



Gi cari kat Jusco& farmasi tak de yang sesuai ikut spec kitaorang last-last cari kat kedai alat sukan.


Walaupun bila dah jumpa weight scale tu akhirnya pergi mengadap prosperity plakk..
uhuhuhuuu.. yang ni tak leh tolakk. harus cair imannn... huhuhuuuuu!


Ni la dia gadget baru kitaorang. Digital weight Scale.
Seboleh-boleh nak cari yang Digital tu semata2 nak dapat result yang accurate... 0.00! ha ha ha

apapun... memang betul-betul suspenn sekarang nihh. 
KG oh KG.. kenapakah sekarang kau mula berubahh....??
TidaakkkKkKkKkKKKkKkKkkkkkKK...........!!!!

*tunggu PART 2*
Salam..
Uiksss.. Fasha & Jejai PUTUS sudahh....?
Takpe lah.. tak de jodoh. Patah tumbung hilang bergantii..
dunia artis ni memang cepat je pasang surut...
Tak nak komen lelebih. baca lah sendiri
Apapun bagus gak le Jejai.. TETAP jaga nama baik bekas isterinya,
Nora Danish...  dah la comelll.. nape la korang berpisah dulu..
Tapi nak wat camne.. tak de jodoh suda....


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.


“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

 Opsss..!! Sape yang lom pernah try 3 Layer Tea nih..? 
Fuhhh memang bestt gilerrrrrrrrrr....!! Tak tau nak terangkan.. dia guna gula melaka 
so rasa kelat2 cam cendol.. tapi tak semanis cendol.. tapi rasa tehh! hah..? 
aku pun tak pahammm.. nak korang cari la sendiri he he he


Sebenarnya lately dalam seminggu tu ada la sekali dua kali Abang akan gi beriadah main Badminton ngan geng2 Ofisnya. Kalau game jatuh hari Jumaat, malam cuti aku pun biasa akan ikut sekali. Gambar2 ni pernah snap 2-3 session punya game.


Selalunya main kat mana2 court area-area Putrajaya.


Berpindah randah gak macam2 court every week tengok mana kosong dapat booking.
Majulah sukan untuk keluarga.. yahh yahhh!!


Bila para bapa penat, anak-anak pulak ganti! he he. *Danish yg pakai baju hitam tuh*
Yok yok oo je main budak2 ni... net tinggi tuhh! he he


Yang anak dara plak pepandai la cari portt main




Yang para ibu-ibu pun cari port bersembanggg  sambil gosip sana sini he he


Lepas habis game beramai-ramai terjah kedai mamak..!


Sambung lagi menyembang sampai tengah malam sambil pekena ROTI CANAI
baekkkkkk punyaa... Laaaaa... tadi penat2 keluar kan peluh, tak dan dan dah isi balik lemakk he hehe


Tu dia.. macam-macam gosippp



Sambill baekk punya melantakkk


Ni plak 3 Layer Tea kat kedai mamak lain plakk.. 



Moralnya... Bapak-bapak beriadah keluar peluh, anak-anak pun melompat sana melompat sini
keluar peluh.. yang ibu-ibu pulak gosip sana sini sambil sempat lagi 
kunyah kunyahh.. pas tu gi kedai mamak lagi kompem order nasi panasss tetengah malammm..
Kalau ku gemukkk salah saper nih..? Confirm bukan salah akuu..!!! huhuhu