Salam...

Utusan Malaysia melaporkan Penjaga Gol (AFF) Malaysia, 
Khairul Fahmi Che Mat di lamar Ferguson
pengurus Kelab Bola sepak terkemuka dunia iaitu Mancester United...!!
Fuiiiyooooo.....! TABIKK bebb...!
Sejak kemenangan Malaysia menentang Indonesia bulan lalu nama Khairul Fahmi
tiba-tiba melonjak naik. Mesti awek dia tumpang gembira bercampur suspen 
sebab tiba-tiba BFnye ramai betul peminatt.. he he he.
Tapi takpe.. semua orang dah tau Fahmi dah ade awek, ELIA.. 
jangan la berani-berani kaco lagipun tak baik kaco orang punya kan! hu hu.

Tapi belum sempat Fahmi LAMAR aweknya, Fahmi dulu yang di katakan 
sudah ada ura-ura DI LAMAR oleh MU..!!
Kalau betul, satu kebangaan juga untuk rakyat Malaysia.. sebelum ade dah ke pemain negara yang jadi 
pemain import untuk Kelab Bola Sepak terkemuka dunia...?


Anyway rupa-rupanya berita tu hanya khabar-khabar angin yang belum tentu sahih.
Apapun takpelah Fahmi, tentu banyak lagi rezeki lain mencurah-curah lepas ni. 
Kalau nak baca berita lanjut sila layari

Salam..

Esok hari persekolahan pertama buat Danish bagi sessi tahun 6..!
Danish memang betul-betul excited nak masuk 6 tahunn. 
Bagi dia 6 tahun tu macam dah jadi makin besar dan dewasa..!


Malam tadi Papa siap bawak Danish pergi gunting rambut. Tahun ni Danish akan terus bersekolah di KRISTA since dia pun dah ada ramai kawan kat situ. So nak tidur malam tadi dah keluarkan semua barang-barang untuk pergi sekolah esok. Tak ada apa sangat pun just stationary je. Buku-buku sekolah esok baru dapat.


Sejak pergi sambut tahun baru 01-01-11 kat Putrajaya tempohari Danish memang excited bila tahu dia dah masuk 6 tahun. Start malam tu jugak Danish start tidur seorang diri. 
Katanya" tak apa.. Danish dah 6 tahun.. dah BERANI..!!" 
Sebelum ni malam kena temankan sampai dia tidurr.. selalu merungut kalau tak ada orang 'jaga' dia. Katanya, Danish bangun pagi baru berani tidur seorang..!

TAPI alhamdullillah... start malam ni dah masuk malam ke-3 dia tidur sendiri. Semalam masa temankan dia masuk bilik pun saje lah aku duduk sebelah.. sembang2 ngan dia sebelum tidur tu.. last-last boleh dia cakap
Danish : Mama... kenapa Mama duduk sini ? *tak reti nak balik bilik mama ke ?*
Aku :Oh.. ye kerr.. erkkk lupa pulak. Ok Mama keluar dulu lahh.. gud nite Danish..! Muahhhh 
*kiss dahi sebelum tidur*

Leh aku plak kena 'sound' apsal tak keluar-keluarr.. dah berani nak tidur sendiri 
punya pasal. sabor je laaa.... ha ha ha.
Anyway gembira dengan perkembangan Danish. Ada benda-benda yang dia lebih berdikari.....

We really PROUD of you, DANISH..!! MUAAHhhhhhhhhh!!!
Salam..

Kelmarin tengah melepek kat rumah melayan kepenatan balik dari Petrosains, KLCC
tetiba ada van pos laju sampai depan rumah.
Ada bungkusan dari JAPAN..!


SupriseeEEeeeeeEEeee..........!! Kasut SANTA CLAUS...!!!


Di kirimkan oleh my best friend masa further study di Kagoshima U dulu, KUMI CHAN.
Patutla baru-baru ni sibuk minta address aku. Katanya nak pinjam barangg.. konfius aku.. nak pinjam apakahh jauh ke seberang.? Bila ku tanya sampai sudah tak jawabb.. rupanya nak kasi supriseee...!! he he


Ucapan tahun baru untuk kami sekeluarga. Tahun baru bagi masyarakat Jepun macam kita sambut Hari Raya Aidilfitri.. ! Meriah...! Dan Kumi Chan adalah antara orang-orang yang akan aku telefon setiap menjelangnya
tahun baru...!

  Dania yang masih lena dek keletihann...

Gripp baek punya buat bantal peluk

Danish pun lena habiss.. mana tak nya, nak dekat 5 jam dalam PetroSains. 


Tu diaa.. Dania terjaga dulu.. muka ngantuk tapi excited habis bila dapat present kasut Santa tuh!
Thanks Auntie Kumi..!!


Banyak goodies & snack dalam dia.Aku cam biasa check label bahan..
ada yang tak boleh makan. yang tu nanti aku sedekahkan kat ofis-mate aku yg berbangsa cina he he.
Yang penting ingatan tulus ikhlas untuk kami sekeluarga tu dah cukup membuatkan aku terharu..!!!


Antara banyak-banyak tu yang ni paling jadi favourite anak-anak. 
Serbuk yang boleh jadi Aiskrim..! Menarikkann...!!

Bancuh dengan sedikit air dan gaul sebati

 Siap Aiskrim Cone Mini...!!

Dania memang peberet la sebab perasa Strawberri..!! memang fanatik pink@strawberi sket
anak daraku sorang nih! hik hik hik

Nyum nyum nyum... 3 cone sekali hadappp...!

Tengok tu hingga menjilat bibir...! Oishiii..!!! *sedapppp!*


Haaaa.. ni session bila Danish pun dah bangun.. dah siap mandi


Bancuh Aiskrim set Danish pulak...


Dania pun tumpang sekaki lagi..! tadi dah la dia bedal sorang...!


Dah kenyangg.. kita bergumbira dengan 'Kasut Santa Claus' pulakk...!!! Yeaaahaaaa....!!


Wajah ceria adik beradikk...!


Wish from Danish & Dania : ARIGATOUU...!!!! *terima kasih*

Ni pulak ole-ole dari seorang kenalan Jepun juga yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ni.
Buat makan-makan sambil bertanya khabar. Cam biasa.. anak-anak la yang 
dapat habuann.. especially dapat pensel Doraemon makan dorayaki tuhh! he he.



新年明けましておめでとうございます。
今年もよろしくお願いします。


Thank you very-very much to Kumi Chan & Kaminokado San. 
We really appreciate it very very muchh....!!!
Hope our friendship will never end......forever...!

NOTA KAKI : Raya puasa yang lepas ada blogger, NIDA juga kirimkan ole-ole dari New Zealand.
Tapi sayang entah mana silapnya kiriman tu tak sampai ke tanganku. Puas check dekat ofis pun tak jumpa..
Nida pun confirm dah hantar bungkusan tu. Apapun aku berterima kasih sangat-sangat pada Nida atas ingatan tulus ikhlasnya. Itu pun telah sangat mengembirakan hatiku..! Thanks Nida.