Salam..

Semalam En Hubby baru balik dari Parit Raja, Johor. Kalau nak tau kat situ memang tempat jual kerepek yang best-best. Kitaorang pun sokmo kalau Raya, balik kampung singgah beli kerepek kat situ jee.. macam-macam adaaaaaaaaaaa..!! fresh freshhhh... !

Kali ni beli untuk kenduri kawen adik ipar minggu depan. 
Aku tengok bag kerepek ni dah sama besar ngan anak-anak ku HE HE HE


Salam..

Ini lagi satu berita yang paling menyayat hati..!! 
SEDIH SEDIH dan teramatttttttttttttttt SEDIHHHHHHHHHHHHHH!
Bapa mangsa sampai rebah bila lihat jasad anak perempuan yang di besarkan dengan penuh kasih sayang sekian lamanya akhirnya mati di tangan seorang lelaki bergelar suami@menantu..!
Aku memangggg sebakk giler dengan berita ni..! 
BOD*H (kuasa tiga) DAN KEJAM PUNYA SUAMI............!!!!

Di kalangan saudara terdekatku juga ada yang ku kenal mempunya suami spesis suka 'naik tangan' sampai 
isteri lebam.. bila naik hangin sampai acu pisauu.. Nasib baik sekarang ikatan mereka dah 'terlerai' dek tindakan berani si isteri fail kes ke mahkamah. Kalau terjadi macam kes kat bawah ni memang aku sendiri pun tak kan maafkan lelaki tuh..! TOBAT..!

credit : Harian Metro


JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. 

Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan. 

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang. 

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang. 


“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam. 

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu. 

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami. 

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya. 

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab. 

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami. 

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya. 

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca. 

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca. 

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya. 

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai. - Mymetro

Salam...
Tadi balik dari dinner sempena kedatangan 'suprised special guest' kat restoran makanan ARAB, SABA, Cyberjaya. Lepas makan.. hantar guest kitaorg keluar highway terus kitaorang balik rumah. Sampai rumah ON je TV keluar Rancangan Bersamamu TV3 kisah seorang bekas pekerja kilang yang di simbah asid .




Memula jenuh aku nak recall kes nihh.... tapi bila search balik kat Internet baru terjumpa kisah 
Azri Abdullah nih KLIK SINI dan SINI.


Then baru dapat recall article yg pernah di siarkan oleh Harian Metro.
Tragedi ini berlaku kerana perselisihan faham antara keluarga. 
Peristiwa berlaku setelah si anak datang ke rumah orang tua bertanyakan geran motor arwah bapa kepada si Ibu selain berbincang tentang harta2 lain.. dan tak tau apa yang berlaku selepas tu sampai Si Ibu sangup menyimbah asik ke wajah anak... hmmmmmmmmmmmmmm.

Moralnya tu laaah.. dalam masyarakat Melayu kita ni memang soal harta adalah soal yang sangat sangat sensitif. Kerana itu jugalah kerajaan pernah mengishtiharkan tanah rizab@pusaka Melayu bernilai berbilion ringit gara-gara kebanyakan pemilik yang telah meninggal tidak membuat surat wasiat. 
Akhirnya...  kerana harta anak boleh hilang hormat pada orang tua.. kerana harta juga orang tua pula sampai boleh hilang kasih pada anakk....

Moga kita & keluarga di jauhkan dari perkara-perkara yang sangat menyedihkan macam nihh...
Kepada yang masih mempunyai orang tua, semoga kasih dan hormat kita tetap tidak berbelah bagi untuk kedua insan yang telah banyak berkorban membesarkan kita selama ini.

Apapun kalau ada yang bersimpati dan ingin menyalurkan bantuan boleh menerusi akaun RHB Bank bernombor 10702800602905 atau menghubungi rakannya, Sharul Kamel di talian 012-5772130.


Ikuti berita terkini dari keratan Utusan Malaysia.


KULIM 25 Jun - Nasib seorang bekas pekerja kilang, Azri Abdullah, 41, yang menderita akibat kecederaan di seluruh tubuh selepas menjadi mangsa disimbah asid Disember lalu, mula mendapat perhatian pelbagai pihak.
Kisahnya yang tersiar dalam akhbar ini bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai, malah Pertubuhan Keselamatan Sosial turut melahirkan rasa simpati dengan menghulurkan sumbangan kewangan kepada Azri.
Pengarah Perkeso Kedah, Ismail Abi Hashim berkata, pihaknya bersetuju menghulurkan bantuan pencen ilat kepadanya mulai bulan ini.

Katanya, buat permulaan, Azri akan mendapat bantuan wang sebanyak RM410.75 seperti mana yang ditetapkan dalam syarat-syarat caruman majikannya sebelum ini.

"Kita bersimpati dengan nasib yang dialami Azri dan berharap sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan menampung makan minumnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan, Azri, dari Taman Tunku Putra di sini kini terpaksa menahan sakit akibat kecederaan di seluruh tubuh selepas menjadi mangsa disimbah asid sejak enam bulan lalu.
Azri yang masih bujang adakalanya menangis akibat tidak tahan menanggung kesakitan apabila kulitnya ditumbuhi ruam dan kepanasan.

Kesakitan yang dideritainya menyebabkan dia tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana tidak mampu banyak bergerak selain mata kanannya menjadi kabur.

Lebih malang, dia yang kini disisihkan keluarga terpaksa bergantung harap kepada tiga rakan karib iaitu Md. Dori Osman, 34; Shahrel Mohd. Ali, 28, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 41, yang menyewa rumah untuk menjaganya.
Kejadian malang tersebut berlaku sekitar Disember lalu selepas dia disimbah asid ketika perselisihan faham antara ahli keluarga.
Dalam pada itu, Azri berkata, dia kini memerlukan wang hampir RM40,000 bagi membiayai pembedahan mata kanannya yang hampir buta serta pembedahan lain.

"Dengan bantuan rakan-rakan, saya kini dirujuk ke Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagaimanapun, kos yang diperlukan agak tinggi dan saya terpaksa menunggu sehingga duit cukup," katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, pihaknya kini sedang menggerakkan satu tabung khas bagi mendapatkan dana untuk membantu kos rawatan Azri.

"Kita amat bersimpati dengan nasib yang dialami Azri dan berharap dengan tabung khas sejumlah sumbangan boleh dijana untuk membantu membiayai kos perubatan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya sebelum ini turut berjaya mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sebanyak RM300 sebulan mulai April lalu.

Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialami Azri boleh menghulurkan bantuan kepadanya menerusi akaun simpanan RHB Bank bernombor 10702800602905 atau menghubungi rakannya, Shahrul Kamel di talian 012-5772130.