Salam..
Berikut adalah antara laporan Ketua Audit Negara 2009.
Sedih sedih.. lain yang di peruntukkan, lain yang di bekalkan. Sandwich Sardin bertimun dan tomato hanya tinggal roti sapu majerin..? Bukan perut kanak-kanak yang layak menerima bantuan yang kembung, poket pembekal yang kembung semata-mata. ..!


sumber : Malaysia kini


Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

auditor report sardine sandwich turn into white bread with margarine 251010Selain sardin,sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

NONERancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

auditor report bihun goreng kosong 251010Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.
 Salam..
Baru buat entry pasal aku tambah supplementary line untuk Abah. Dah hantar ke kampung pun.. sepatutnya tak esok, lusa sampai lah dan Abah boleh mula pakai nombor baru!

Kat rumah Abang dah pasang Web Cam untuk monitor Bibik. Ahaa.. sejak dari hari Kaunseling hari tu aku & Abang lebih berhati-hati. Kebetulan pulak hari Khamis tu check2 Web Cam kantoi tengok Bibik keluar naik Basikal...!. sebelum ni dah dengar katanya dia beli Pre-paid HP. Kali ni memang confirm la bila tengok kat Web Cam..! Aku berdebar bila tengok detik2 Bibik keluar dari rumah waktu  tengahari.... Danish belum balik school.. habis Dania sapa jaga..???!! Aduhaiiiiiiiiiii...........!!


So the next morning tu pagi-pagi buta aku tanya Bibik betul-betull.. dia keluar gi basikal tu pergi mana..
Nasib baik dia mengaku pergi beli Pre-paid. Mati-mati dia kata Dania tengah tidur.. dia pun keluar cepat-cepat pergi beli terus balik sampai berpeluh2 kayuh basikal..! Arrghhhhhhhhh...!!


Terus aku cakap kat Bibik.. aku dari dulu tak suka dia pakai HP. Dia beli HP pun pembantu rumah lain yg supply. So terus aku bagi syarat. Kalau nak pakai HP jugak guna post paid. tak boleh pakai Pre-Paid!
Jangan gatal-gatal nak keluar pergi top up lagi.. tanggungjawab dia jaga rumah & anak-anak bila aku & Abang tak ada di rumah!


Jumaat pagi, 21/10/10 tu jugak aku call Maxis suh tambah line. Sabtu pagi balik dari Low Yat tengok dah sampai dah SIM Card Post Paid baru untuk Bibik..!! CEPAT GILERR.!!! 24 jamm jekk!

Terus tengahari tu aku suh Bibik tukar SIM Card dan aku simpan SIM Card lama Bibik.. lepas ni senang aku nak monitor.. siapa dia call.. bila dan berapa lama. Bill sendiri mau ingat..

Moralnya :
Dalam dilema betul nak bagi Bibik balik ke tak Raya Haji ni...
Tak ada maid susah.. kitaorang ambil maid pun bersebab. Ada maid macam ni laa risikonya.
Nak terminate macam tu aja pun tak boleh.. dia masih dalam kontrak.
Tak aku nafikan Bibik ni dari bab kerja tak ada masalah. 
Tapi bab-bab lain ni bila dah ada pengaruh luar dah mula nampak kenakalan nya..
Aku tak nampak langsung kebaikan membenarkan Pembantu rumah cuti sehari seminggu/sebulan keluarr.. aku dah uji dan dah dapat pun 'result' okeh! Baru aku bagi berapa bulan dah makin panjang akall..... 
So cuti 'Ehsan' yang
aku kasi untuk keluar dah pun kitaorang BEKUkan.
So Kerajaan, lupakan lah soal cuti sehari seminggu kasi can pembantu rumah keluarr...
lagi bawak masalah lagi ada..! isk isk isk



sumber : Malaysia Kini

Stesen televisyen baru bercorak Islam, TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun.

Majlis memperkenalkan stesen televisyen itu dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif TV-Al Hijrah, Bukhari Che Muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan TV-Al Hijrah di Kompleks Pusat Islam di Kuala Lumpur pada 7 Disember nanti.

Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jamil Khir berkata, pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.

Beliau berharap kemunculan TV itu dapat menangkis segala tohmahan yang dilemparkan orang ramai terhadap media yang dikatakan menjadi punca peningkatan gejala sosial di negara ini.

"Bila berlaku gejala sosial membabitkan remaja, kesalahan itu dibebankan kepada media, jadi kita mahu media ini (TV-Al Hijrah) dapat mengubah perkara itu (gejala sosial) menerusi pengisian program-program yang membina jiwa kalangan remaja," katanya.

Mengulas impak kewujudkan TV-Al Hijrah, Jamil berkata, kemunculan saluran tv berkenaan merupakan satu alternatif bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penonton di negara ini.

"Kita akan jadi satu daripada rakan pilihan. Dalam erti kata lain, orang dapat memilih seperti kedai makan yang mempunyai banyak pilihan, selain memenuhi selera penonton dengan hidangan yang disediakan untuk mereka (penonton)," katanya.

Di peringkat awal, katanya, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi membolehkan stesen televisyen berkenaan beroperasi.

Jamil Khir berkata, sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda.

Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV-Al Hijrah, katanya.

- Bernama