Salam..
Hari ni, 1hb Sep 2010 genaplah umur Dania yang ke-3 tahun...!! Dah besar dah anak dara Mama.. he he.
Walaupun makin cerewet... Mama & Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk Dania tersayang. Semoga terus membesar jadi anak yang soleh dan taat kepada Ibu Bapa dan cemerlang dunia akhiratt.. aminn...


So bersempena dengan kelahiran Dania di bulan Ramadhan yang mulia ni, balik kerja tadi Abang & aku sempat bawa Dania pergi kedai kek. Masuk-masuk kedai terus Dania pilih Kek yang dia nak. Lepas beli kek singgah Bazaar Ramadhan cari menu peberet Dania salah satunya Bubur jagung..!! *Hantu jagung macam mamanya jugak ha ha*.

Lepas selesai berbuka & solat maghrib baru la suh Dania potong kek. Just simple je.. tiup lilin, potong kek.. baca doa dan makan kek..! Ha ha.. Nak over-over pun nama pun bulan posa. Itu pun perut dah kekenyangan dek juadah berbuka tadi.


Princess of the day..

 Ada ajer yang sibuk nak 'interframe'.. he he

Dania paling berselera makan kek yang 'dipilihnya' nih...!! Mamanya tengok makan kek dah macam makan nasii..!! tu diaa...!!



 Tahun ni asalnya nak belikan Dania basikal sempena 3rd bufday ni.. tapi gara-gara Danish dapat Basikal gak masa 5th Bufday  KLIK SINI so terpaksalah Papa belikan jugak basikal untuk both Danish & Dania takut ada tragedi budak meraung tengok roda basikall..  lepas tu since Basikal pun dah beli ingatkan nak belikan Aquarium plak le untuk Dania.. tetengok dapat IKAN FREE la plak kat IOI tempohari KLIK SINI... haii... dah 2 'Hadiah' advance Dania dapat nihh..



Last-last sempena Hari Raya ni... carikan Dania accessori dari HABIB Jewels sambil menunggu Bibik shopping semalam.... Takpela.. anak pompuann kann.. hu hu

Sebenarnya lagi, pagi tadi pun dah 'entertain' Dania . Nak pergi kerja pagi tadi Dania pun dah terjaga. Kalau Dania dah terjaga memang normally kalau tak dapat jalan seround dua memang tak lepas gi kerja la.. kalau tak memang senang-senang je leh tengok aksi ala-ala 'batu belah batu bertangkup' ha ha... so since hari ni hari istimewa Dania... dan aku pun ada hal sikit nak ke pejabat Pos, so alang-alang terus la bawa Dania gi jalan ke kedai.. balik ni lah yg di bawanya. Saje kasi happy sket sambil tunggu Mama & Papa balik kerja petang nanti yekk..



Hari ni pulak masa balik kerja tadi Dania baruuuu je bangun tidurr.. apalagi.. malam cergas habiss laa mata anak dara sorang ni. Dah pukul 11 lebih dah ajak naik bilik tidur, dah tutup lampu bagai siap kena pujuk lagi suh dia tidur ngan CAT dia.. boleh pulak bila Mamanya pujuk suh tidur ngan CAT dia terhingat lak kat CAKE bufday diaa...!! Lorr.. lain di sebuttt.. lain yang di hingattnyerr.. Di sebabkan Bufday Girl punya pasall.. nak tak nak terpaksa la layan jugak Bufday Girl nak makan CAKE bufday sampai kul 11:30 malam tuhh!!! ohok ohok. 

Dah kenyang makan sepiring kek.. naik atas baru la dia hinggat kat CAT dia. Jap lagi bila tengok Mamanya bentang sejadah dia pun sibuk nak ikut 'COLAT' *solat* jugakk....! Sibuk cari tudung mama dia. Tapi dalam pada tu tak nak tinggal jugak CAT dia tuh.. memula sibuk la nak letak atas meja.. siap belai-belaii. jap lagi tak jadi, ambik plak CAT dia buh kat atas sejadahh.. siap belai-belai dan mengadu kat Mamanya "Siann CAT.. hitamm.. kotorrr dia..." Padahal kucing tu memang ada belang-belang hitamm..!! ha ha.
Mamanya ....? Layankan je laaa........






Anyway sekianlah sambutan bufday Dania yang sempoii tahun ni.. semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.. semoga doa Dania makbull ye sayanggg....



To Dania :

Happy 3rd Bufday sweetheartt..
Papa, Mama & Abang Danish love you so muchh..! Muaaahhhhhhhhh..!!
Salam..
Wah wah wah.. setelah 4 hari 'bercuti' akhirnya hari ni naik kerja dah... ha ha. Korang pun mesti cuti sakan kann sambil shopping barang2 nak raya. Aku pun memanfaatkan cuti 4 hari ni semaksimumnya.. Jumaat - Hubby CUTI gi shopping sensorang cari barang. Sabtu - Aku & Hubby keluar gi cari baju-baju2 budak dan barang sendiri kalau ada yg berkenan, Ahad keluar bawak Danish & Dania plak cari kasut, Isnin aku plak CUTI - kuar sorang-sorang cari barang sendiri, Selasa - bawak Bibik pulak keluar gi cari barang keperluan dia.. maklum lerr.. masing-masing ada 'tempat' masing. Kalau pergi sekaliharung memang huru hara laa lagi pulak time ramai orang tengah bersesak-sesak nih...  isk isk isk.. busy sungguh. Oh..! Walaupun aku keluar hari-hari TAPI itu tak bermakna aku shopping sakan... tidak tidakkk... kadang balik bawak satu dua barang jee.. Cuma bleh la shopping lebih tenang kalau fokus apa yang di carii.. hu hu hu.


Anyway hari Isnin tu pagi-pagi limun aku dah keluar. Sempat hantar songkok Danish gi school dia ada 'HARI MALAYSIA' punya theme hari tu. Okeh, Danish school, PAPA kerja so aku keluar 'berjoli' sorang-sorang je laa.. he he. Pukul 9:20 pagi dah sampai Service Centre... mak aiii orang dah ramai...!! Ingat dah pagi sangat dahhh. Tengahari gak le siap... lepas tu baru la bergerak gi Shah Alam... sempat la beli barang sket lepas tu pergi buat Facial muka. Promosi Ramadhan dari package RM60 jadi RM39.90 jekk.. treatment 1 jam setengah tuhh...! Siap rawatan laserrr lagikk... memang berbaloi-baloiiiiii.... guna natural produk lagi. Selalu pergi treatment 45 min - sejam je.. Tapi hasil dari 90 minit nyer rawatan ni terasa la hilang 'white head white head' yang dah bertepek2 kat muka ni.. memang puas hati. Kalau yang nak pergi tu bleh la gi Alam Central 2nd Floor.. Imej Anggun nama butiknya okeh. Milik Bumiputera kita.. sambil buat treatment tu sambil di dengarkan dengan alunan bacaan al-Quran gituhhh... ambil berkat bulan2 Ramadhan nih.

opssss...!! jangan tertipu.. ini BUKAN gambar den.. hik hik hik

Foot & manicure Spa

Hand & manucure Spa

Hari Selasa keluar bawak Bibik Shopping plak. Danish & Dania duk umah ngan Papanya. Takpe kasi can Raya setahun sekali.. dah la aku drive Bibik duk belakang cam MEM dahh.. Biasa aku bawak Bibik gi Mydin USJ je laahh.. kat situ semua ada sambil Bibik bleh la berjimat - membeli ngan harga borong..!! Ha ha.Aku lagi suka bagi Bibik duit suh Bibik cari sendiri.. tak retilah aku nak carikan.. taste lain satu hal, saiz lain pun satu hal gakk.. ha ha. Orang punya la ramai. Aku'lepas'kan Bibik 2 jam gi cari barang dia sambil aku pun melilau gak le usha-usha keronsangg.. Orang punyala ramaii.... beratur pun punya la panjangg... parking pun agak jauh gak le walaupun kitaorang sampai pukul 10:30 pagii..!!! hu hu

Ada pulak artis buat promosi album

Lepas habis shopping Bibik kata terhinggin nak cari 'Cincin' kat kedai Emas.. wah wah wahh... bleh tahan gak   Bibik aku nih. Aku memang bagi sokongan moral kat Bibik kalau dia nak beli barang dia... "Belilahh Bibik.. Bibik yang penat kerja, duit Bibik.. beli lah apa yang Bibik nak untuk diri sendiri.. asyik pos duit kat kampung jek"..

Memula usha Habib.. cincinnya besar-besarr.. Bibik tak berkenan.. nak yg comey comeyy halus halus.. ajak le gi Wah Chan. Sampai kat Wah Chan Bibik nampak dah cincin yg dia berkenan. Masa tu ada sorang sales promoter tengah layan satu customer ni. So bila Bibik dah jumpa yg berkenan dia pun cakaplah kat Sales Promoter tu yang mana dia nak tengok.. boleh pulak Sales Promoter tu tunjuk tapak tangan buat isyarat 'tunggu' sambil tak toleh pun muka bibik...! Adoii.. aku yg nampak agak terguris gak le.. bila aku duk sebelah Bibik baru la Sales Promoter tu pandang sambil kata ' Nanti ya.. saya kena layan satu satu dulu!'.. Cehh...!! Kalau kena kat Indon lain aku tak ler kesah sangat pun.. tapi kena kat Bibik aku, aku pun ikut terguris hati gakk lerrr... Ada ke orang nak beli barang dengan muka taknak layan just tunjuk tangan tak toleh pun... terus aku pun cakap kat Bibik "Tak pe la Bibik.. 'MELAMBAK' lagi kedai lain.. JOMMM..!!' Terus aku ajak Bibik blaaa....Sombong punya pasall.. kan dah rugi satu customer. Padan la muka..Bibik pun kata... "Sombong betul la orang itu.. geramnyaa. Nasib baik Bibik puasa..." Isk isk isk

Keluar parking terus la aku menuju ke seksyen 7. Selalu dengar ada Butik Ariani dah buka kat situ... ofis mate aku pun ramai dah katam berpuluh kali .. aku je yg tak sampai sampai lagii.. ha ha ha kesian betull..
Aku plak dah 2-3 hari cari tudung kaler OREN punyala susahh..........!! Oren plain ada laa. .oren bercorak or berbatu memang tak jumpa-jumpaa.. bajunya dah plain.. terpaksa la aku cari tudung yg bercorak sket. so gagahkan le jugak ke Ariani. Manela tau adaa...

Sampai-sampai usha-usha.. Mak aiiii bleh tahan gak reganya... tahap 3 angka gak ekk.. hu hu hu. TAPI aku tengok orang macam pergi 'pasar' punya ramaii...  adik2 Sales Promoter memang semua peramah habis.. layan customer baekk punya, jauh beza compare ngan ce nun alip punya Promoter kat Wah Chan tuh..

Pusing nyer pusingg.. tetiba ternampak gak selai tudung kaler oren hitam...Hah...!!! Akhirnyaaaaaaaaaa.....!!! Jenuh dah aku pusing cari tak jumpa-jumpaa.. rupernya ada gak terselit kat sini... so dengan itu berakhir sudah pencarian aku.. hu hu. Kat cashier aku tengok orang bayar perrghh... beli tudung ' JE' sampai 600, 800 hinggit...!! Isk isk iskkk.. diaorang ni tahap duit tak tau buat apa kott.. ha ha. Tak pe rezeki masing masingg... Bukan orang lain pun.. orang Melayu kita jugakk. .elok la tuu..

Bila Bibik ku gi Shopping

Settle kat situ terus gerak gi Alam Central.. gi Poh Kong demi menunaikan hasrat Bibik. Parking nuuuuuuuu kat B3 baru dapat... paham2 je la public holiday. Cari cari cari... akhirnya Bibik berkenan amek Subang dan Cincin.. Bleh tahan gak Bibik shopping hari ni.. habis gak le gaji sebulan tak termasuk duit raya yang aku & Abang bagi. Rugi la Amoi Wah Chan tu..tu la sombong sangat. Layanan kat PK sini marvellous laa.. baekkk punya.. jumpa Amoi semalam masa aku 'lebur'kan pinggat 5 Years award yg company bagi setelah 4 tahun simpann.. akhirnyaa lebur juaaa.. HA HA HA..!! *sedih gak uhukk uhukk*

flashback memoir masa dapat 5 years award dolu dolu

Settle apa yang di cari terus balik umah. Dengan ini lengkap la sudah persiapan raya tahun ni.. he he he.

Masa nak bayar tiket Parking Bibik komen " Di sini nak raya Kedai Emasnya ramai sungguh orangg.. kalau di sana tak la ramai macam ni"

Moral of the story.. betul macam yang Bibik cakap... Kerana ke'MERDEKA'an yang telah kita kecapi lah hari ini kita rasa nikmat KEAMANAN dan KEMAKMURAN negara.... Buktinya, kat Mesia nih orang pergi Kedai Emas & Butik Ariani tu macam orang pergi 'PASAR'...!!! 

So Renung-renungkan dan selamat beramall...!! *eh lari topik lagi*
credit : Google

Salam...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 tahun ini...dah 53 tahun rupanya Negara kita mencapai kemerdekaan..! Dan selama itu juga akhirnya negara menikmati erti sebebar 'KEAMANAN'. Bersyukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t. 
Teringat aku.... Abahku lahir pada sekitar tahun 1941. Lahir ketika zaman Perang Dunia ke-2 dan tahun-tahun Jepun sedang menakluki negara..! Betapa susahnya kehidupan pada waktu itu. Abah sempat merasa menyorok di kebun-kebun hutan dengan membawa nyalaan api yang di tutup dengan kuali. Gara-gara kehuru-haraan pada waktu itu jugalah IC Abahku yang pada waktu dulu bewarna biru dan agak lembut macam getah tu tercatat Tarikh Lahir : 1941 tanpa bulan dan haribulan..!

Tak silap aku ketika nak upgradekan IC lama ke IC baru yang berdasarkan tarikh lahir tu Abah terpaksa 'cabut undi' tarikh lahir dan buat akuan bersumpah selepas itu. Setelah berpuluh-puluh tahun aku tak dapat wish ' Selamat Hari Lahir Abah' gara-gara tidak ada tarikh tepat akhirnya dapat jugak kami sambut beberapa tahun kebelakangan ini. Itu pun tarikh Lahir Abah jatuh sehari selepas tarikh lahir Abang kandung ku.. kebetulan kah..?

OK. Sempena Hari Kemerdekaan ni mari kita baca sikit tentang detik sejarah Kemerdekaan Malaysia.
Yang pasti, kemerdekaan tidak di capai 'sekelip mata'. Banyak darah tumpah dan nyawa terkorban.
Semoga dengan KEMERDEKAAN yang telah di kecapi, Malaysia akan terus makmur, aman dah sejahtera...!!! Kalau negara tak aman.. ingat boleh ke kita pergi shopping dan layan SALE sana sini nak dekat-dekat raya ni dengan aman...?

MERDEKA...!!! MERDEKA...!! MERDEKA...!!!!!

**************************************************************

Untuk tonton IKLAN MERDEKA PETRONAS 2010



**************************************************

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
credit : i-putra

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957. 
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Pengistiharan Kemerdekaan

Stadium Merdeka

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.


Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

                                    

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.