Salam..
Wah wah wah.. setelah 4 hari 'bercuti' akhirnya hari ni naik kerja dah... ha ha. Korang pun mesti cuti sakan kann sambil shopping barang2 nak raya. Aku pun memanfaatkan cuti 4 hari ni semaksimumnya.. Jumaat - Hubby CUTI gi shopping sensorang cari barang. Sabtu - Aku & Hubby keluar gi cari baju-baju2 budak dan barang sendiri kalau ada yg berkenan, Ahad keluar bawak Danish & Dania plak cari kasut, Isnin aku plak CUTI - kuar sorang-sorang cari barang sendiri, Selasa - bawak Bibik pulak keluar gi cari barang keperluan dia.. maklum lerr.. masing-masing ada 'tempat' masing. Kalau pergi sekaliharung memang huru hara laa lagi pulak time ramai orang tengah bersesak-sesak nih...  isk isk isk.. busy sungguh. Oh..! Walaupun aku keluar hari-hari TAPI itu tak bermakna aku shopping sakan... tidak tidakkk... kadang balik bawak satu dua barang jee.. Cuma bleh la shopping lebih tenang kalau fokus apa yang di carii.. hu hu hu.


Anyway hari Isnin tu pagi-pagi limun aku dah keluar. Sempat hantar songkok Danish gi school dia ada 'HARI MALAYSIA' punya theme hari tu. Okeh, Danish school, PAPA kerja so aku keluar 'berjoli' sorang-sorang je laa.. he he. Pukul 9:20 pagi dah sampai Service Centre... mak aiii orang dah ramai...!! Ingat dah pagi sangat dahhh. Tengahari gak le siap... lepas tu baru la bergerak gi Shah Alam... sempat la beli barang sket lepas tu pergi buat Facial muka. Promosi Ramadhan dari package RM60 jadi RM39.90 jekk.. treatment 1 jam setengah tuhh...! Siap rawatan laserrr lagikk... memang berbaloi-baloiiiiii.... guna natural produk lagi. Selalu pergi treatment 45 min - sejam je.. Tapi hasil dari 90 minit nyer rawatan ni terasa la hilang 'white head white head' yang dah bertepek2 kat muka ni.. memang puas hati. Kalau yang nak pergi tu bleh la gi Alam Central 2nd Floor.. Imej Anggun nama butiknya okeh. Milik Bumiputera kita.. sambil buat treatment tu sambil di dengarkan dengan alunan bacaan al-Quran gituhhh... ambil berkat bulan2 Ramadhan nih.

opssss...!! jangan tertipu.. ini BUKAN gambar den.. hik hik hik

Foot & manicure Spa

Hand & manucure Spa

Hari Selasa keluar bawak Bibik Shopping plak. Danish & Dania duk umah ngan Papanya. Takpe kasi can Raya setahun sekali.. dah la aku drive Bibik duk belakang cam MEM dahh.. Biasa aku bawak Bibik gi Mydin USJ je laahh.. kat situ semua ada sambil Bibik bleh la berjimat - membeli ngan harga borong..!! Ha ha.Aku lagi suka bagi Bibik duit suh Bibik cari sendiri.. tak retilah aku nak carikan.. taste lain satu hal, saiz lain pun satu hal gakk.. ha ha. Orang punya la ramai. Aku'lepas'kan Bibik 2 jam gi cari barang dia sambil aku pun melilau gak le usha-usha keronsangg.. Orang punyala ramaii.... beratur pun punya la panjangg... parking pun agak jauh gak le walaupun kitaorang sampai pukul 10:30 pagii..!!! hu hu

Ada pulak artis buat promosi album

Lepas habis shopping Bibik kata terhinggin nak cari 'Cincin' kat kedai Emas.. wah wah wahh... bleh tahan gak   Bibik aku nih. Aku memang bagi sokongan moral kat Bibik kalau dia nak beli barang dia... "Belilahh Bibik.. Bibik yang penat kerja, duit Bibik.. beli lah apa yang Bibik nak untuk diri sendiri.. asyik pos duit kat kampung jek"..

Memula usha Habib.. cincinnya besar-besarr.. Bibik tak berkenan.. nak yg comey comeyy halus halus.. ajak le gi Wah Chan. Sampai kat Wah Chan Bibik nampak dah cincin yg dia berkenan. Masa tu ada sorang sales promoter tengah layan satu customer ni. So bila Bibik dah jumpa yg berkenan dia pun cakaplah kat Sales Promoter tu yang mana dia nak tengok.. boleh pulak Sales Promoter tu tunjuk tapak tangan buat isyarat 'tunggu' sambil tak toleh pun muka bibik...! Adoii.. aku yg nampak agak terguris gak le.. bila aku duk sebelah Bibik baru la Sales Promoter tu pandang sambil kata ' Nanti ya.. saya kena layan satu satu dulu!'.. Cehh...!! Kalau kena kat Indon lain aku tak ler kesah sangat pun.. tapi kena kat Bibik aku, aku pun ikut terguris hati gakk lerrr... Ada ke orang nak beli barang dengan muka taknak layan just tunjuk tangan tak toleh pun... terus aku pun cakap kat Bibik "Tak pe la Bibik.. 'MELAMBAK' lagi kedai lain.. JOMMM..!!' Terus aku ajak Bibik blaaa....Sombong punya pasall.. kan dah rugi satu customer. Padan la muka..Bibik pun kata... "Sombong betul la orang itu.. geramnyaa. Nasib baik Bibik puasa..." Isk isk isk

Keluar parking terus la aku menuju ke seksyen 7. Selalu dengar ada Butik Ariani dah buka kat situ... ofis mate aku pun ramai dah katam berpuluh kali .. aku je yg tak sampai sampai lagii.. ha ha ha kesian betull..
Aku plak dah 2-3 hari cari tudung kaler OREN punyala susahh..........!! Oren plain ada laa. .oren bercorak or berbatu memang tak jumpa-jumpaa.. bajunya dah plain.. terpaksa la aku cari tudung yg bercorak sket. so gagahkan le jugak ke Ariani. Manela tau adaa...

Sampai-sampai usha-usha.. Mak aiiii bleh tahan gak reganya... tahap 3 angka gak ekk.. hu hu hu. TAPI aku tengok orang macam pergi 'pasar' punya ramaii...  adik2 Sales Promoter memang semua peramah habis.. layan customer baekk punya, jauh beza compare ngan ce nun alip punya Promoter kat Wah Chan tuh..

Pusing nyer pusingg.. tetiba ternampak gak selai tudung kaler oren hitam...Hah...!!! Akhirnyaaaaaaaaaa.....!!! Jenuh dah aku pusing cari tak jumpa-jumpaa.. rupernya ada gak terselit kat sini... so dengan itu berakhir sudah pencarian aku.. hu hu. Kat cashier aku tengok orang bayar perrghh... beli tudung ' JE' sampai 600, 800 hinggit...!! Isk isk iskkk.. diaorang ni tahap duit tak tau buat apa kott.. ha ha. Tak pe rezeki masing masingg... Bukan orang lain pun.. orang Melayu kita jugakk. .elok la tuu..

Bila Bibik ku gi Shopping

Settle kat situ terus gerak gi Alam Central.. gi Poh Kong demi menunaikan hasrat Bibik. Parking nuuuuuuuu kat B3 baru dapat... paham2 je la public holiday. Cari cari cari... akhirnya Bibik berkenan amek Subang dan Cincin.. Bleh tahan gak Bibik shopping hari ni.. habis gak le gaji sebulan tak termasuk duit raya yang aku & Abang bagi. Rugi la Amoi Wah Chan tu..tu la sombong sangat. Layanan kat PK sini marvellous laa.. baekkk punya.. jumpa Amoi semalam masa aku 'lebur'kan pinggat 5 Years award yg company bagi setelah 4 tahun simpann.. akhirnyaa lebur juaaa.. HA HA HA..!! *sedih gak uhukk uhukk*

flashback memoir masa dapat 5 years award dolu dolu

Settle apa yang di cari terus balik umah. Dengan ini lengkap la sudah persiapan raya tahun ni.. he he he.

Masa nak bayar tiket Parking Bibik komen " Di sini nak raya Kedai Emasnya ramai sungguh orangg.. kalau di sana tak la ramai macam ni"

Moral of the story.. betul macam yang Bibik cakap... Kerana ke'MERDEKA'an yang telah kita kecapi lah hari ini kita rasa nikmat KEAMANAN dan KEMAKMURAN negara.... Buktinya, kat Mesia nih orang pergi Kedai Emas & Butik Ariani tu macam orang pergi 'PASAR'...!!! 

So Renung-renungkan dan selamat beramall...!! *eh lari topik lagi*
credit : Google

Salam...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 tahun ini...dah 53 tahun rupanya Negara kita mencapai kemerdekaan..! Dan selama itu juga akhirnya negara menikmati erti sebebar 'KEAMANAN'. Bersyukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t. 
Teringat aku.... Abahku lahir pada sekitar tahun 1941. Lahir ketika zaman Perang Dunia ke-2 dan tahun-tahun Jepun sedang menakluki negara..! Betapa susahnya kehidupan pada waktu itu. Abah sempat merasa menyorok di kebun-kebun hutan dengan membawa nyalaan api yang di tutup dengan kuali. Gara-gara kehuru-haraan pada waktu itu jugalah IC Abahku yang pada waktu dulu bewarna biru dan agak lembut macam getah tu tercatat Tarikh Lahir : 1941 tanpa bulan dan haribulan..!

Tak silap aku ketika nak upgradekan IC lama ke IC baru yang berdasarkan tarikh lahir tu Abah terpaksa 'cabut undi' tarikh lahir dan buat akuan bersumpah selepas itu. Setelah berpuluh-puluh tahun aku tak dapat wish ' Selamat Hari Lahir Abah' gara-gara tidak ada tarikh tepat akhirnya dapat jugak kami sambut beberapa tahun kebelakangan ini. Itu pun tarikh Lahir Abah jatuh sehari selepas tarikh lahir Abang kandung ku.. kebetulan kah..?

OK. Sempena Hari Kemerdekaan ni mari kita baca sikit tentang detik sejarah Kemerdekaan Malaysia.
Yang pasti, kemerdekaan tidak di capai 'sekelip mata'. Banyak darah tumpah dan nyawa terkorban.
Semoga dengan KEMERDEKAAN yang telah di kecapi, Malaysia akan terus makmur, aman dah sejahtera...!!! Kalau negara tak aman.. ingat boleh ke kita pergi shopping dan layan SALE sana sini nak dekat-dekat raya ni dengan aman...?

MERDEKA...!!! MERDEKA...!! MERDEKA...!!!!!

**************************************************************

Untuk tonton IKLAN MERDEKA PETRONAS 2010



**************************************************

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
credit : i-putra

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957. 
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Pengistiharan Kemerdekaan

Stadium Merdeka

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.


Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

                                    

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.


Salam..
Haaa.. ni la suka shopping last minute..!!! Semalam plan pagi-pagi nak kuar awal-awal cari kasut budak-budak ni. Tup tup dapat call ada network problem lak kat Ofis. So terpaksa la jejak Ofis dulu pagi tu. Lepas settle semua baru gerak gi Sunway Pyramid. Sampai dah nak tengahari.. paham-paham je la nak cari Parking pun dah terpusing-pusing. Seb baik la Sunway ni ada indicator utk parking tu.. so dari jauh pun leh nampak mana parking kosong (hijau) atau penuh(merah). Last2 rezeki kitaorang ada keta nak kuar baru la dapat parking....

So agenda hari ni nak cari kasut budak2 je. Kalau cari baju tu bleh la tinggal diaorang.. tapi bab kasut ni kena test gak kat tuan punya badan.. kang salah saiz naya plak.

Dah la masuk-masuk je dah berebut nak naik strollerr.. macam-macam peelnya tak nak 'jalan'... nak save tenaga.. sabor je la. Sampai la jumpa playground budak-budak lepaskan diaorang kat situ haaaa.. baru la segor 2-2..! Dasar budakkk..!! he he.
 Keluar masuk keluar masuk beberapa kedai gak le.. Abang request tahun ni beli sandal jee.. tahun-tahun sudah beli kasut penyudahnya jadi 'perhiasan' dalam rak kasut.. sedar2 buruk tak pakai sebab leceh pakai kasut  nak pakai stoking. 
Nak cari criteria 'sandal' tu yg jenuh tuhh..!! Rata-rata kasut yang banyak jual.. Sandal pulak tak nak bertali belakangg supaya senang diaorang pakai kasut sendiri tanpa bantuan.. dan Dania punya kena bertumitt ala-ala girl skett..!! wah wah wahh.. bleh tahan gak 'request' Papa untuk anak daranya tahun ni.. ha ha ha


So sambil2 diaorang lepak kat Playground tu sempat la aku rayau kedai japp.. jumpa la satu kedai ni yang jual  kriteria mcm Papa request..! adoii.. seb baik la jumpaa.. jenuh carikkk. Bila dah jumpa bawak la Dania gi kedai tu.... nampak la plak booth kedai mainan yg jual mainan fancy-fancy tu dah salah satu yg di demokan ialah 'KUCING'..! Dania apa lagi.. dah nampak tu terus tak duk diam nak kucing tu.. maklum laaa Dania ni suka sangat kucing. Tadi 2 beradik ni dah pau puzzle sorang satuu.. ni nak mainan plak. Yg di'cari' lom jumpa yg selingan plak bertambah-tambah.

Memula tak peduli pun, dukung je Dania bawak gi kedai kasut tu suh acu saiz kasut. Yang Dania ni dah gelisah teringat kat 'kucing'nyer tu.. Bila try Saiz 28 !! Muattt..!! Terus suh sales promoter tu amek sepasang nak test jalan. Sambil aku tunggu tu  aku tanya kat Dania.. 'cantik tak kasut ni..? Dania suka takk ? '
 'TAK CANTIK PUNN.!!!  Jawab Dania selamberr... Pas tu terus berlari keluar gi kedai mainan tu..
 isk isk iskkk.. sabor je laaa..
Last-last nak kasi diam Papa pun terpaksalah belikan mainan sorang satu.. Danish kereta-Dania kucing.
Dah dapat mainan masuk balik kedai tadi.. bila aku tanya semula.. Dania cantik tak kasut ni...?
Jawab Dania  : Cantik....!!!
Aku : Dania suka takk..?
Dania : Sukerrr...!!
Cehh... jawapan bes'syarat'..! sabor je laa.. 


Lepas settle kasut budak berdua ni gi ruang legar kat Sunway tu. Dasat gak dia nyer replica raya. Stesen keretaapi..!!! Siap ngan rel keretaapi, gerebak kerataapi termasuk la kaunter tiket di pasang kat sana..!! Ramai giler orang bergambarr.. memang suasana macam nak balik kampung raya..!!











Dah settle kasut diaorang terus la balikk rumah. Mission completed..!!



Leka main 'mainan' atas lantai sementara tunggu Papa bayar tiket parking.


Malam.. sambung main bunga api kat rumah.. hu hu

Pagi ni nak gi service kereta.... dan turn aku plak cari barang-barang aku.. berangan gak nak gi buat facial kalau sempat.. he he