Salam..
Hari plan nak gi cari kasut budak-budak. Aku ni kadang nak shoppping awal sangat takut 'TER'pakai sebelum raya.. bila shopping lambat-lambat cam  ni kena hadap je kalau kena beratur panjang, parking penuh dsb  huhu. So pagi ni kena la kuar awal-awal sket.


Sebenarnya nak citer sket pasal KUIH NETBAK.  Sejenis kuih Tradisional Terengganu yang hanya boleh di dapati ketika bulan Ramadhan. AKU TAK PERNAH MAKAN LAGI KUIH NI. Dan sekarang ni memang tengah 'mengidam' gillerrrr nak cuba rasa tapi sayangnyaa kuih ni bukan senang nak cari kat sini. Aku pun tak jumpa-jumpa lagi. Tadi kat Putrajaya pun tak terpandang gak.

Kenapa aku 'mengidam' sangat ni...? oh jangan salah sangka... walaupun Dania dah stop BF tu tak bermakna Dania bakal dapat adik.. NO! NO! NO!!!! Not yetttttttt...................!!

Begini kisahnya.. kira-kira 2 minggu  lepas aku ada la dapat foward E-mail pasal Kuiz Kuih-kuih Tradisional di Malaysia. Korang pun mesti ada dapat gak kann...? dalam tu ada 60 jenis kuih-muih. Kita letak jawapan kalau betul dia akan bagi score. So dalam banyak-banyak kuih ni yg dok jadi sebutan ialah KUIH NETBAK nih. Aku dah la memang tak pernah nampak dan tak pernah jumpa.. tapi jadi TERHINGIN plak sebab diaorang duk cite-citer kann..

So kebetulan masa tu Bos aku datang melepak kat Meja aku... sambil tiba-tiba bersuara "Saya ni teringin betul nak makan kuih NETBAK... susah nak cari kat Bazaar Ramadhan ni... kalau makan sejuk-sejuk sedapppnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr....!!!' Sambil buat gaya makanan turun ke tekak macam dalam Upin & Ipin the Movie tuh.

Aku dengar je BOS aku tu sebut kuih Netbak terus "En. Kha***..!! Camana En.Kha*** bleh tersebut pasal kuih Netbak depan saya ni... Saya ni pun memang dalam kepala dok tengah terpikir-pikir pasal Kuih NETBAK nih..!!

Masa tu kebetulan sorang ofis mate aku tengah balik kampung ke Terengganu, apalagi teruslah Bos aku kirim Kuih Netbak tu suruh dia tolong carikan kat kampungnya nanti..!

So hari Isnin berikutnya pagi-pagi lagi aku dah terserempak ofis-mate aku ni jinjing plastik.. bila aku tanya Kuih Netbak ke tu..? 'Ya ' Angguk ofis-mate aku. So ofis-mate aku pun letakkan le bungkusan tu kat Pantry. Tapi yang di belinya Netbak kering maksudnya kena sira gula sendirilah nanti sebab kalau beli yg dah bersira takut tak tahan lama. So aku pun search gak le kat internet cara-cara nak sira NetBak tu ngan gula nanti.

Bos aku plak memang dah berseri-seri dah air muka sepanjang hari tu sebab Kuih Netbak tu dah ada kat pantry. Ofis-mate aku beli50 biji dan Bos aku dah kata dah aku punya 10 biji. Cukup dah tu sebab aku pun saje firsttime nak rasa.

Pukul 5 petang Bos aku masuk lagi ofis.. aku pun tanyala.. 'En Kha*** dah boleh ambik kee.. dah nak balik ni takut lupa pula nanti'. Maklum la, Bos aku yang kirim.. ak ucuma tumpang sekaki je tak kan la aku mandai2 nak amek sendiri kan. Maka Bos aku pun terus jenguk kat pantry... bila keluar balik dia datang kat aku "Izan.. kuih NETBAK tu dah tak ada dah.. DAH KENA BUANGGG...!!!'

Aku  " NgaaaaAaaAaAaAaAaAaAaa...... betul keEn. Kha*** cakap ni..? ke dongeng ni..?'
Aku macam tak percaya sebab aku nampak ngan mata kepala sendiri ofis-mate aku bawak bungkusan kuih NetBak tu..'Iye zann... dah tak ada dahh.. dah kena buang dek QA'

Aku rasa cam ...'UwwwWwwaaAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAaAaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!' betul ke apa yang aku dengar nih... terus rasa macam kisah dongeng 'Telur Ikan Tembakull! ha ha ha

Bila di selidik camne belh QA TERbuang tu gara-gara cleark diaorang tengah dok buat 5S - kemaskan pantry. Nampak pulak bungkusan kuih ni yang dinaiki semut.. bila tengok dalamnyer macam kuih bahulu.. so dia terus buat kesimpulan agaknya kuih ni dah lama ditinggal orang, maybe kepunyaan ce nun alip since diaorang tak posa.. terus la DI BUANGNYA KE DALAM TONG SAMPAH..!!!

uuUUuwaaaAAaaaaaAAAA..!! Memang sadis wehh.. aku tengok air muka Bos aku pun terus hilang serii... ohh memang terkilan tak sudahhhh. Dah la kuih tu cuma di jual ketika bulan Ramadhan dan lebih senang di dapati di Terengganu sahaja..!!!

Moral of the story... puasa ada 10 ari lagi ni. Kalau le kengkawan ada info pasal kat mana Kuih ni ada di jual kat Selangor ni bleh la kasi info kat temann... uhukk uhukk uhukkk..!!

Sekian tragedi Kuih Netbak di Ramadhan 2010... uwaaaaaAaAAaaAAaa............!!

Nota Kaki : Bertambah 'Tragedi' bulan Ramadhan aku nih... KLIK SINI
Salamm....
Haaa... tak sempat berblogging lagi hari ni. Selalu lepas sahur dan katam tengok Nur Kasih, baru la start berblogging. Pagi-pagi otak tengah fresh baru ada idea nak berblogging hu hu. Malam semalam plak Dania entah angin apa lewat pukul 1 pagi baru nak tidur. Itu pun di pujuk-pujuk selepas meraung-raung sebab TV dimatikan. Dah tengah malam buta masih cergas buat colouring sambil layan katun kat PHDC.. yg mamanya ni memang dah ngantuk tahap gaban. Tu yang pagi tadi lepas sahur dan subuh, terus sambungggg tidurrr...ZzZzZzzZz.

Bangun-bangun terus siap-siap keluar 'dating'@shopping ngan Abang ikut pintu belakang. Gi shopping baju raya budak-budakk.. Kalau bawak diaorang memang sampai sudah tak terpilih karang. So far Alhamdullillah...dah settle semua hari ni. Balik tadi sempat singgah Bazaar Ramadhan Putrajaya dan sempat le membeli 'Ayam Bara' & Roti John Putrajaya yang sememangnya terkenal tu. Huuuu.. memang letih sungguh hari ni... Papa & budak-budak punya baju dah settle, baju aku pun kira settle kalau tukang jahit siap kan sebelum raya, tinggal aku punya je nak top up sket-sket senin nanti..tudung2 pun lom cari..dah la kain langsir baru hantar jahit pagi tadi je punn... isk isk isk

Yang bestnyer balik tadi terus susun semua baju ikut tema kaler. Terus nak asingkan dan kemas utk bawak balik kampung. Tahun ni orang 'Johor' dah pilihkan kaler OREN.. baju Melayu Danish dan Baju Kurung Dania dah di 'sponsor'kan awal-awall..!  so Abang pun kata Ofisnya suh buat baju Melayu pun kaler OREN supaya sedondon masa diaorang buat Open House company nanti. Dengan confidentnya jugak Abang belikan aku baju kurung OREN jugak masa balik Johor hari tu. Elok-elok balik Ofis, tetengok budak Ofisnya gi beli kain ela kaler COKLAT-GOLD plak dahh... adoyaii.. tak pasal2 jugak aku pun kena cari SATU LAGI baju kurung kaler ikut coklat-ala gold jugakk... Dah la aku pun ada beli Japanese conton kaler peach + hitam plakk.. moralnya tahun ni Tema kaler memang tak lari kaler2 tanah oren-coklat -hitampeach-gold.. isk isk iskk


Hari ni keluar cari la baju budak2 ngikut kaler tema walaupun tak terikut 100%. Masa susun & asing baju tadi tetiba Dania serbu masuk bilik... antara banyak-banyak kaler aku belikan Abang sponsor = hitam + putih + coklat + peach + oren tersesat la selai dua kaler pink.. Kaler pink jugak yang Dania pilih dan terus sibuk nak pakai..!!!! Baju-baju lain yang aku hampar haram tak sentuh punn.. Yang pink tu plak jenuh suh bukak tak nakk.. hatta aku pujuk kalau tak nak tunggu raya pun tunggu la esok bawak diaorang keluar gi cari kasut pun dia tak nak jugak buka baju tuh..!! Yang lagi hampehhnyer.. aku nak suh try baju orenn sebab nampak cam besar.. sampai sudah dia lariii tak nak.. tak nak kaler lain.. tak nakk tak nak tak nakkk...!!! Nak kaler PINK PINK and PINKKKK ONLY!!!! Adeehhhhhhhhh laaaa.. aku dah penah terkena sebelum ni.. aku belikan dress kaler biru.. aku punya la suka dress ni tapi Dania sampai sudah tak mo pakaiii..!!! Heiiii anak dara sorang ni.. baru 3 tahun dah cerewet nak pilih baju sendiri.. 2 minggu lepas bawak gi cari baju tak duk diam satu halll.. ajak gi fitting 3-4 dress aku bawak.. yg aku berkenan belum tentu dia nak pun.. memang cerewettt weiiii......!!

Moralnya, dah la tema tahun ni tak berapa terselit pun kaler pink.. kalaula baju-baju kaler lain yang Mamanya dah pilihkan pas tu Dania tak mo pakai time RAYA karang memang HARU BIRUUUU laaaaaaaaaaaaa weiiiiii..!! Dia dah la jenis tak makan pujuk punya orang.... Ni baru ada anak dara sorangg....!!

Salam..

Tahun ini, hari ini 17 Ramadhan 1431 H adalah sama tarikh ketika Al-Quran mula di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kalau di Johor hari ini pasti ada Majlis Tilawah Al-Quran. Makanya hari ni aku pun nak share serba sedikit info tentang sejarah Nurul Al-Quran untuk bacaan diri sendiri dan kawan-kawan.. :D

Kalau kat ofis.  Nuzul al-Quran setiap tahun ialah hari kitaorang akan berkerja dan company beroperasi seperti biasa. Hari ini jugak hari nak merasa pergi kerja jalan 'lengang' dan langusng tak jammed sebab orang lain semua bercuti.. hu hu hu. Moralnya hari ni aku kena kerja, En Hubby cuti.. Isnin ni aku plak cuti En. Hubby plak kerja macam orang lain.. isk isk isk

*****************************************************************
sumber di petik dari ePondok


Sejarah Nuzul al-Quran

Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.
    Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.
KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN
       Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira’. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : “Bacalah”, baginda menjawab : ” Saya tidak tahu baca”.


Gua Hira. 
credit : zameedheart
        Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :”…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :” Bacalah” lalu saya menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :” Bacalah”, saya tetap menjawab :” Saya tidak tahu membaca”. Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-’Alaq yang bermaksud:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.
        Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada  hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya.


PERANAN SITI KHADIJAH
        Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan.Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : “Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak”.
        Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi.
BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL
        Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : ” Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi”.
        Ucapan Waraqah yang mengatakan :” Engkau kelak akan mereka usir” itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran ” As-Siddiq” dan “Al-Amin”, lalu kata baginda dengan kehairanan : “Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?”.
        Waraqah dengan tegas menjawab :” Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya”. Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa.
NOTA KAKI : Untuk lihat/baca Al-Quran versi digital KLIK SINI.