Salam..

Di perkenalkan... calon calon finalist Chef Muda kita...
Danish Aimannnn.............!!!!!!
Berusia 5 tahun setengah... makanan kegemaran NASI LEMAK.
Sejak umur 2 tahun setengah dah peberet makan Nasi Lemak hari hari...
dah 3 tahun berlalu masih jugak hantu makan NASI LEMAK sampai laaa ni..! 24 jam sehari okehhh!
Tak kira lauk apa aku masakk.. kalau tanya nak makan nasi tak, mesti jawapannya ' Danish nak makan Nasi lemak!' Dah syarat wajib dalam Nasi Lemak Danish mestilah berwarna merah bermakna sambal dah di gaul rata.. kalau nampak nasi putih lagi mulutnya tak berenti membebel suruh gaulkan nasi nya sampai merah menyala..! Dan wajib jugak ada telur dan kacang.. hu hu.
Danish bergambar dgn apron mama... Peaceee....!!!

 Moralnya kadang kala hujung minggu rajin la aku buat sambal tumis. Tumis banyak-banyak. Bekalan sambal segera mesti ada 24 jam dalam peti ais okeh. Danish akan request bila-bila masa je. Danish boleh hadap sampai 4 pinggan sehari! Pagi nak gi sekolah pun sempat lagi hadap sepinggan. Tapi of course la Nasi lemak Danish tak mengandungi santan. Cuma nasi putih biasa yang di lauk kan dengan sambal, kacang, telur dan timun (jika ada).

 Lately pulak kalau aku dah ke dapur, Danish pun sibukkkkkkkkkkk nak 'tolong' aku masak. Naik rimas di buatnya.. bukan apa.. risau aku api dan periuk/kuali panas tu.. kang kalau jadi apa2 haru biru plak. Tapi dek di sebabkan Danish yang beriya2 pujuk aku nak tolong masak.. dan kebetulan plak aku masak kan lauk kegemaran dia - Sambal Nasi Lemak.. so aku kasi la can Danish pegang sudip... hu hu

Okeh mula-mula tumiskan bawang dan lada kisar sehingga naik minyak.

 Seterusnya tambah kan garam secukup rasa. Biar sambal betul2 masak ya puan-puan. 
*Sila abaikan dapur 'purba' yg dah berusia 8 tahun tu...! Berjasa sejak aku bujang-bujang dulu. Bleh la tengok resepi2 dari dapur purba aku ni kat Sweet@RecipesGallery.hu hu*

  Setelah naik minyak masuk kan sedikit sos ya puan-puan. Macam ni ha.....! 
Serta bahan-bahan lain yg berkenaan.

Lepas tu langsung tak kasi aku sentuh sudip masak sambal. Mulut nyer bising je mengomel. Pantang aku sentuh sikit...
 ~ Mama.. biarlah Danish buat...
~ Mama, Mama masak periuk sana la ~ *Asam pedas*
~ Mama.. Mama good chef laa.. Danish pun good chef! 
*Danish tengah baca dan boleh baca  sendiri 85% apa Mama tulis kat sebelah nih! ha ha*

 Sambil tunggu Lada garing sibuk ke hulu ke hilir cari bahan apa lagi nak taruk dalam kuali. 
Siap selongkar peti ais...!

Danish : 'Mama.... taruk timun tak mama ?"
Mana la taruk timun dalam sambal Danishh sayang oiiii... Timun tu buh atas Nasi lemak je nanti..!

Gaul lagi.. yah yahhh.. jangan sampai hangus.

 Gaul lagi...dan lagiii...dan terakhir sekali masukkan bawang besar yang sudah siap di hiris ya puan-puan.

 Tara....!! Tu dia rupa bentuk sambal Danish atas kuali.

 Bila ketua chef kata dah siap, Danish terus la berlari kegumbiraan sambil berpusing2 depan TV..! 
Siap menyanyi-nyanyi  ~ Yea yeaa.. yea yeaa.. Danish good chef...!!!! Danish good chef...!!!!

 Ayam masak asam pedas.

Sambal tumis Danish.. di masak sendiri oleh Danish..!! Aku buat sambal kosong je supaya tahan lama.
*Komen Danish bila tengok gambar ni ~ Mama Danish suka makan sambal! Seee....!!!!*

 Lauk dinner malam tu..

 Danish makan paling berseleraaa.....! 

Tu dia nak tunjuk kemain SEDAPPPP lagi SAMBAL TUMIS DANISH...!!!!! 
Hingga menjilat jarii...!!!
Orang lain dah habis makan.. meja dah clear tinggal dia sorang masih tambah nasi dan sambal..!! ha ha..!

Dengan ini, dengan bangga dan kembang kuncupnya, aku menobatkan 
Danish sebagai Chef  termuda di Kampung Pak Leman ha ha ha!
Cayala Danish...!! Muaaahhhhhhhhhhhh!!!
Salam..
Baru balik dari kampung. 2 hari tak blogging.. hu hu. Emak buat kenduri sket sempena nak sambut puasa... aku pun last minute gak decide nak balik hujung2 bulan nih.. hu hu. Gerak kul 7 pagi.. seb baik sempat sampai sebelum kenduri start he he.
 Tuan rumah busy... tak sempat nak snap gambar masa orang bertahlil dan baca yasin.. bila dah start makan baru terhinggat nak snap hu hu.



 Muka letih lepas kenduri

Malamnya sempat sambut bufday Faiq, anak sedara sulung ku.  

 Tahun ni amek UPSR.. dah la exam lepas raya...moga dapat 5A!
Belajar rerajin yekkk...

Hari Ahad ajak Mak & Abah gi KT.. cari baju raya sekali. Dapat baju Melayu Abah... baju2 lain banyak yg dah di shopping lebih awall..! Emak pun leh tahan shoppping sakan tahun ni. So tinggal hantar ke rumah tukang jahit je.. Harap2 siapppp sebelum raya..! 

Sempat beli bahan2 basah sektt.. beli durian & jagung manis. 
Balik tu singgah gi makan satayyy plak... budak2 tinggal kat umah. Aku & Abang dating ngan Mak & Abah je hu hu.

Ni model baju raya tahun ni..okehh.. baju tak siap lagi.. cuma test baju2 sepupunya untuk buat ukurann.

 Ada playground baru siap kat kampung aku nihh... lepas hantar tempah baju pagi tadi sempat bawak diaorang gi main taman.
Taman permainan ni sebelah je dengan Sekolah Agama masa aku kecik2 dulu. Memang port lepakkk kalau waktu rehatt.. nampak tak gelongsor purba kat sebelah tuu..? ha tu la gelongor pujaan kampung aku satu masa dahulu ha ha!  Masih ada sampai sekarang.. tapi macam dah jadi bahan artifak jee hu hu.

Yang kelakarnya sampai je playground Dania lebih excited nampak ayam..!! 
Maklum le kat umah dah hari-hari main 'taman' dan jarang2 nampak ayam.. so lagi jakun nampak ayam dari nampak tamann permainan ha ha! *sian anak aku!*

 Sekolah agama terselindung sebalik pokok.. tapi banyak gak kenangan taman permainan
ni masa aku kecik2 duluu.. hu hu



 Selain tu aktiviti masak memasakk... hari ni, hari terakhir  7 menu! Siakap Stim (aku),
Sup tulang + mee sup (aku), sayur campur tauhu jepun (aku), Sambal bilik (SIL), Peria tumis telur (SIL), Ayam goreng (SIL), Kupang lemak cili padi (Emak).. ma kaseh gak pada Abang & Mak Long yg tukang sponsor bahan mentahh he he.

Lepas zuhur bertolak balikk.. cam biasa.. kalau balik mesti tapau lauk pauk yg masak kat umah dan lepak plak makan kat mana2 wakaf RNR dalam perjalanan balikk..... Emak memang tak sah kalau tak tapaukan laukk. Sayang Emakk.... muahhhhh!!

Lepas magrib baru sampai rumah... esok kerja cam biasa okeh! Adiosss!
.

sumber : Utusan Malaysia

NOTE : Aku minat Maya Karin. Suka dengan personality dan reputasi dia... lebih-lebih lagi dengan keanggunan dan bakat yang dia miliki..! 

credit : kosmo

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon, Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Pengesahan cerai secara baik itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain ketika kes itu disebut di kamar beliau hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat persetujuan antara pasangan itu mengenai tuntutan nafkah idah, mutaah dan lain-lain perkara berbangkit selepas perceraian.
Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Perceraian Maya atau nama penuhnya, Maya Karin Roelcke, 31, dan Steven, 41, atau nama Islamnya Mohamed Ali Abdullah tersebut berlaku genap 10 hari perkahwinan mereka disahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Ia juga berlaku kurang sebulan daripada ulang tahun ketiga perkahwinan pasangan tersebut.
Pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan pernikahan pelakon Anak Halal itu dan guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa pada 14 Ogos 2008 di Vila La Corte del Lago, Tasik Como, Bellagio, Itali sah dari segi hukum syarak.

Kedua-dua mereka ketika itu dinikahkan oleh Imam Abdullah yang didatangkan khas dari Algeria.
Permohonan pengesahan pernikahan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada prosiding terdahulu, Maya diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin manakala Steven tidak diwakili peguam syarie.

p/s: Kadang-kadang tengok insan2 yang di kurniakan dengan rupa paras menawan ni banyak pula di berikan dugaan... Sesungguhnya Tuhan tu memang Maha Adil dan dia tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hamba2nya sendiri. Maka bersyukurlah kita sebagai insan biasa ni dengan apa yang kita miliki hari ini...  Semoga Maya juga akan menemui kebahagiaan hatinya nanti..