Baru tahun lepas aku sambar sebijik 1 TERABYTE External HDD.
Sampai hari ni belum luak 30% pun lagi space external HDD aku tu... Rupanya sekarang kat pasaran dah keluar 1 PETA Byte iaitu bersamaan 1024 TERA Byte !! Perrghhhh!!! Kalau dapat kat aku ni ntah tahun bila nak khatam..!

kesimpulannyer :

1 GB = 1024 MB
1 TB = 1024 GB
1 PB = 1024 TB

Layan visual di bawah

credit : moxy




Perrghhhh....!! Baca tu.. 1 PETABYTE consist of MILLION GIGABYTES! Lebih best lagi kalau dengan kehadiran PETA bytes HDD kat pasaran, google inc pun offer FREE account limit dari 1 GB kepada 1 TB kat blog account nih..! Tak yah la susah2 aku resize gambar lagi nak jimat space... memang bestt! he he he
Search lagi kat internet hari ni baru tau asal usul American Fried Rice. Sumber dari Wikipedia. Mengikut Wikipedia, Nasi Goreng USA ni diperkenalkan semasa Perang Vietnam. Hidangan ini di sajikan kepada Tentera Marin & Udara Amerik@ di Thailand. Asalnya Nasi Goreng USA ni ialah Nasi Goreng yang di hidangkan dengan hidangan sampingan barat seperti sosej, ham, telur goreng, ayam goreng etc.

Cuba perhatikan beberapa gambar di bawah

Credit : Wikipedia

 credit : Thai Airways

Credit : Thai Recipes

Kalau nak di bandingkan dengan gambar kat bawah ni.. sama kerr..?

credit : Air tangan mak cik

Credit : Hana Memories
Lagi jauh beza bila taiko masak yang masak!

Jauh beza kan kan kan.....!! 
Tengok gambar ketiga tu lagi la ...  sempoi giler!
Gambar2 yang bawah tu aku rasa lebih terserlah 'kasih sayang' air tangan tukang masak.

Moralnya aku rasa tak patut Nasi Goreng di kekalkan dengan nama USA. Kenapa tak letak nama lain sebab di Malaysia rasanya hidangan ni dah pun di Inovasikan.. contohnya boleh je nak letak nama Nasi Goreng DMC aka Daging Masak Campur? atau  Nasi Goreng Kito (US)..? Nasi Goreng 1 Malaysia ke ? *kenyit kat Tiefa*. Atau apa-apa nama lah yang tak mengagungkan Americ@ yang bekas presidennya telah memusnahkan sebuah negara Islam Arab dan membunuh kejam Presiden Iraq pada Hari Raya Korban..? Sejak Perang US ke atas Iraq tu lah aku dah berhenti beli minyak Shell & Esso/Mobil atau mana-mana pengeluar lain melainkan emergency minyak abis dan petrol station diaorang yg terdekat. Sejak perang tu jugak terus aku jadi pengguna setia Petronas. Busuk-busuk pun hak milik negara sendiri...

Menu yang aku masak hari ni setelah 3 hari tak mengasap dapur. Dapat ilham menu dari dari blog K.Hana.. ma kasehhh K.Hana he he he! First time buat resepi nih. Kalau nak tengok resepi penuh blek KLIK SINI.

Aku nak citer sket satu kesah pasal Nasi Goreng USA nih. Tak silap dalam tahun 2008. Balik Charity Dinner kat Shangrila KL. Perut masih terasa lapar walaupun baru balik dinner. Maklumla makan dinner formal ni kekadang decoration memang melotop! Tapi dari segi kuantiti tu kadang ikut sunah betull.. belum sempat kenyang dah berenti makan hu hu hu. Anyway sebab layan Charity Dinner company Abang so tak kisah la kan.

Balik tu kitaorang singgah le kedai makan kat sekitar Bandar Puteri (Depan Giant), Puchong. Waktu tu aku yang order Nasi Goreng USA nih. Tak lama menu yang di order pun sampai. Yang hairannyer, selalu aku makan Nasi Goreng USA ni lauknya DAGING kan ? Tapi yang di hidang waktu tu AYAM ???!! Iskk ... heran plak aku. So dengan ringan mulutnya aku pun tanya la kat macha yang hantar menu tu tadi.

Aku : Saya order Nasi Goreng USA tadi. Biasanya saya makan, lauknya DAGING tapi ni kenapa AYAM ?
Macha : Termenung sekejap. Oh.... memang la Kak. Nasi Goreng USA - A for Ayam !
Aku : Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ??!! Ternganga dengar jawapan tu. Dalam hati dah tergelak kah  kah kah...! Sabor je la kasi jawapan emergency ceh! Ohh!.. habis kalau yang lauk daging tu kira Nasi Goreng USD la yerr..? Perli aku.
Macha : Tersengih dengan air muka menjawab 'lebih kurang cam tu la kak"

Saborrr je laaa... sah sah kena tipu hidup hidup jek. kui kui kui

Ada sesiapa ke yang tahu asal usul nama Nasi Goreng USA ni..? aku pun tak paham tang mana yang di katakan 'USA' nyer tuh..? Google pun tak dapat gak jawapann...  Tukang masak mana la yang sesuka hati kasi nama ni hu hu.