Search lagi kat internet hari ni baru tau asal usul American Fried Rice. Sumber dari Wikipedia. Mengikut Wikipedia, Nasi Goreng USA ni diperkenalkan semasa Perang Vietnam. Hidangan ini di sajikan kepada Tentera Marin & Udara Amerik@ di Thailand. Asalnya Nasi Goreng USA ni ialah Nasi Goreng yang di hidangkan dengan hidangan sampingan barat seperti sosej, ham, telur goreng, ayam goreng etc.

Cuba perhatikan beberapa gambar di bawah

Credit : Wikipedia

 credit : Thai Airways

Credit : Thai Recipes

Kalau nak di bandingkan dengan gambar kat bawah ni.. sama kerr..?

credit : Air tangan mak cik

Credit : Hana Memories
Lagi jauh beza bila taiko masak yang masak!

Jauh beza kan kan kan.....!! 
Tengok gambar ketiga tu lagi la ...  sempoi giler!
Gambar2 yang bawah tu aku rasa lebih terserlah 'kasih sayang' air tangan tukang masak.

Moralnya aku rasa tak patut Nasi Goreng di kekalkan dengan nama USA. Kenapa tak letak nama lain sebab di Malaysia rasanya hidangan ni dah pun di Inovasikan.. contohnya boleh je nak letak nama Nasi Goreng DMC aka Daging Masak Campur? atau  Nasi Goreng Kito (US)..? Nasi Goreng 1 Malaysia ke ? *kenyit kat Tiefa*. Atau apa-apa nama lah yang tak mengagungkan Americ@ yang bekas presidennya telah memusnahkan sebuah negara Islam Arab dan membunuh kejam Presiden Iraq pada Hari Raya Korban..? Sejak Perang US ke atas Iraq tu lah aku dah berhenti beli minyak Shell & Esso/Mobil atau mana-mana pengeluar lain melainkan emergency minyak abis dan petrol station diaorang yg terdekat. Sejak perang tu jugak terus aku jadi pengguna setia Petronas. Busuk-busuk pun hak milik negara sendiri...

Menu yang aku masak hari ni setelah 3 hari tak mengasap dapur. Dapat ilham menu dari dari blog K.Hana.. ma kasehhh K.Hana he he he! First time buat resepi nih. Kalau nak tengok resepi penuh blek KLIK SINI.

Aku nak citer sket satu kesah pasal Nasi Goreng USA nih. Tak silap dalam tahun 2008. Balik Charity Dinner kat Shangrila KL. Perut masih terasa lapar walaupun baru balik dinner. Maklumla makan dinner formal ni kekadang decoration memang melotop! Tapi dari segi kuantiti tu kadang ikut sunah betull.. belum sempat kenyang dah berenti makan hu hu hu. Anyway sebab layan Charity Dinner company Abang so tak kisah la kan.

Balik tu kitaorang singgah le kedai makan kat sekitar Bandar Puteri (Depan Giant), Puchong. Waktu tu aku yang order Nasi Goreng USA nih. Tak lama menu yang di order pun sampai. Yang hairannyer, selalu aku makan Nasi Goreng USA ni lauknya DAGING kan ? Tapi yang di hidang waktu tu AYAM ???!! Iskk ... heran plak aku. So dengan ringan mulutnya aku pun tanya la kat macha yang hantar menu tu tadi.

Aku : Saya order Nasi Goreng USA tadi. Biasanya saya makan, lauknya DAGING tapi ni kenapa AYAM ?
Macha : Termenung sekejap. Oh.... memang la Kak. Nasi Goreng USA - A for Ayam !
Aku : Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ??!! Ternganga dengar jawapan tu. Dalam hati dah tergelak kah  kah kah...! Sabor je la kasi jawapan emergency ceh! Ohh!.. habis kalau yang lauk daging tu kira Nasi Goreng USD la yerr..? Perli aku.
Macha : Tersengih dengan air muka menjawab 'lebih kurang cam tu la kak"

Saborrr je laaa... sah sah kena tipu hidup hidup jek. kui kui kui

Ada sesiapa ke yang tahu asal usul nama Nasi Goreng USA ni..? aku pun tak paham tang mana yang di katakan 'USA' nyer tuh..? Google pun tak dapat gak jawapann...  Tukang masak mana la yang sesuka hati kasi nama ni hu hu.
Salam..
Cuti hari ni dek melayan penat balik outstation. Tapi cuti-cuti pun pagi-pagi dah hantar Danish pergi School sebab van sampai awal sangat dan Danish belum sempat sarapan. Lepas hantar Danish layan Dania pergi main play ground. Balik singgah supermarket shopping barang dapur sket. Sambil-sambil tu terpandang Majalah Harmoni, Anne Ngasri jadi cover Lady dengan quote Anne Ngasri ~ temui kekuatan baru.

Orang kata hidup ni ibarat putaran roda.. kadang di atas, kadang di bawah. Kadang-kadang kita mengharap panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Tak sangka akhirnya pasangan Anne Ngasri  & Wafi,  bekas TOP FINALIST Sehati berdansa pun akhirnya ke mahkamah syariah. Semoga Anne terus tabah dan semoga diaorang temui kebahagiaan masing-masing.


2 tahun lepas... ketika aku buat perancangan untuk buat Outdoor photoshoot 5 years Anniversarry, bila search kat internet antara beribu-ribu photoghraper yang buat package, gambar photoshoot mereka sekeluargalah yang membuat hati aku terpikat untuk mengambil perkhidmatan jurugambar yang sama
~ Min Pretty Peektures @ Cikimiki


Ini gambar yang paling aku suka.. yang buat aku contact terus Cikimiki team.. sweeeeeeeetttttt sangattt!

Dari situ tercetuslah outdoor photoshoot kitaorang. Asal-asalnya Danish kecik2 ada gak amek gambar ala-ala studio tapi Dania tak terbuat-buat *maklumla kitaorang tak de skill & D-SLR bagai nak shoot sendiri huhuhu* . Alang-alang nak buat photoshoot diaorang sekali harung la buat photoshoot Anniversarry sekali. So terhasil la sessi yang berikut




2 IN 1. Mama & Papa plak interframe.



Okehh.. sebenarnya untuk Photoshoot tu aku plan memang nak ambil pakai baju serba putih SAHAJA.. Baju beli sendiri tuh seperti yang di idam-idamkan *lepas tu trade in  he he*... tapi gara-gara jurusolek aku tu merangkap ofismate aku gak.. merangkap mak andam sambilan gakk.. tak pasal-pasal dapat lagi sepasang baju 'pengantin' har har har... layannn je la he he he


cover album

Nak dekat 4 jam gak sessi photoshoot tuh hu hu. Team photoghaper waktu tu ada 3 orang. Memang macam2 skill diaorang masa photoshoot.. siap pusing 360 % he he. Memang aku tabikk ah.
Kebanyakan gambar kat sini aku dah resize sekecik2nya nak jimat space. Nak jengok entry lama leh la ke sini.. jangan muntah sudahh.. ha ha


Berminat dengan perkhidmatan mereka ? bleh layari link2 berikut

Al-kisah bila terkenang...


p/s : Tengah fikir nak masak apa hari nih  huhu