Happy Father's Day..!!

Happy Father's Day to my beloved Hubby, En. Sham. Terima kasih atas kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan terhadap Mama & anak-anak selama ini. Doa Mama & anak-anak, semoga Papa terus menjadi "Our Great Papa !". We love you so muchh!! Tanpa Papa siapalah kami... uhuk..!

Tak lupa jugak buat Ayahanda tercinta, terima kasih yang tak terhingga di atas jasa-jasa dan pengorbanan Abah sejak aku kecil sehingga ke hari ini. Hingga ke hujung nyawa pun belum tentu dapat aku balas jasa yang telah Abah taburkan.  Dan juga kepada semua lelaki yang bergelar 'Ayah' terutamanya ahli2 keluarga ku, ipar-iparku, doaku  semoga kalian sentiasa di limpahi rahmat dan kebaikan yang tidak terhingga dari Nya.


Father's Day celebrate 1 hari awal.. since 20th Ahad dan last day cuti sekolah so ingatkan Ahad duk umah 'simpan' tenaga je  hu hu. 19th pagi-pagi celik mata je both kiddies terus wish Papanya. Danish plak sebelum cuti sekolah hari tu dah standby 'Father's Day card' untuk Papanya. Aku nyorokkan supaya boleh bagi hari nih.. he he. Okeyy.. sebenarnya Mamanye angkara la sesuka hati tukar tarikh dari 20hb ke 19 hb hehe.


Lepas sarap terus pergi IOI. Nak gi tengok Toy Story 3 la konon. Since tak booking so kenalah gi awal. Sampai sana kul 11 lebih.. Orang ramai dah berkerumun depan GSC.. dalam kul 11:20 pagi baru la ada sorang mamat ni ngan seluar bermuda muka cam baru bangun tidur bukak kunci pintu masuk GSC. Mesti kes lambat bangun ni.. adoiiiiii. Sekali pintu terbuka macam citer Ali baba, tak sempat pun 'pintu gua' terbuka habis, org ramai berkejar masuk queue kaunter beli tiket..! Termasuklah I yang dapat beratur agak baris depan gak lerrr.. ngeh ngeh ngeh!


Seb baik la aku pun dapat depan gak.. kalau tak memang tahap terkeluar GSC la beratur! Anyway dapat ticket Toy Story 3 kul 12:30 tghri. Masa tu jam baru kul 11:30 am. Terus gi cari port makan. Hari ni special day so aku ngan excitednya treat Abang ;D.


We decided to having lunch kat Papa's John yang mottonyer Better Ingredients, Better Pizza chewah!  First time gak masuk sini, selalu tengok dari jauh jek. Main menu, Pizza, chicken http://disney.go.com/toystory/wing & pasta. Amek set & plus ala-carte.Pizza dia OK laa.. sedap gak lerr kira tak le tebal sangat so tak le muak sangat. Apa yang di rencahkan bila makan rasala.. tak de la rasa tepung je!







Organizer pun sibuk gak nak interframe.

Lepas makan dah nak dekat kul 12:30pm dah! Terus bergegas ke GSC. Sempat lagi Danish & Dania posing kat manumen Father's Day yang di sediakan oleh pihak IOI. Laaa.. Papanyer maner..? ade ke patut duk belakang HP camera... isk isk isk


Toy Story 3

click pic to enter Toy Story 3 official site


Alamak.... sape yang belum tonton lagi citer ni pergilah tengok..!!! Nama je citer kartun, tapi ntah camner leh lak mata aku leh sampai 'merah-merah' seh..!Biar betulll ?! Jenuh nak jawab Danish tanya "Mama.. apsal tadi mata mama merah tengok citer kartun tuh ?' Adoiii...Haru betul !  Aku yang 'over' acting ke atau pun memang script citer ni memang dahsat ! Seriously citer ni memang really worth it! Aku malas la nak citer lelebih sebab aku pun tak suka kalu orang lain suka citer jalan citer citer yang aku belum tengok *apa punya ayat neh ?* lepas tu excited nak citer dengan dia punya ending sekali! Lengkap! Rasa macam nak karate sekali je! ha ha . TAPI kalau nak tengok dia punya Official Teaser Trailer leh la KLIK SINI. Aku cuma leh simpulkan dalam 4 perkataan - Appreciation, humor. loyal & courage. Ha apa lagi ? Pergi la beli tiket!

Habis menonton GSC terus gi USJ cari wedding present untuk my Japanese fren. Tak dapat nak gi wedding dia last May ari tuh.. jauh sangat beribu batu, cuti pun paras hidung. So carikan Hadiah je dan kirim kat ex-office mate yg tgh balik bercuti ke Mesia ni.


Dan yang paling best lagi... dalam pada celebrate Father's Day hari ni... kami di kurniakan lagi dengan 2 . . . ( di baca sebagai DUA dot dot dot ). Maka dengan itu bertambahlah tanggungjawab En Hubby sebagai Papa..

Apa dia dot dot dot tu..? tunggu next entry yerrr..........................!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dania Aliesya. 2 tahun 8 bulan.


Tengok la tu bila dah ke'sedap'an! TAPI bukan DUTA KFC yer.
 * Err... apsal korang sengih-sengih neh ?*
Salam,
Seperti yang telah di janjikan, atas permintaan seorang teman entry kali ni Izan nak share 'Cara-cara nak berkenalan dengan En. Nuffnang' he he. Scope ini di tujukan khas untuk para blogger yang masih belum ada akaun Nuffnang okay.

Apa itu Nuffnang ? Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan secara online melalui blog komuniti. Secara amnya, blogger yang meletakkan iklan Nuffnang di blog masing-masing akan menerima komisen/bonus mengikut kaedah yang telah di tetapkan. Walaupun anda mungkin bukan blogger tegar, tapi dah alang-alang berblog apa kata daftar akaun dan 'gantung' banner iklan Nuffnang di blog anda. Mana tau ada rezeki sambil berblog sambil boleh masyukkkk...!!!

Bagaimana Nuffnang berfungsi ?
Flow :

Cara-cara daftar account Nuffnang
1. Layari Nuffnang official website KLIK SINI

2. Klik 'SIGN UP' icon seperti di bawah. Then select 'Sign Up as Blogger'


3. Isikan Blogger Registration Form. Pastikan semua maklumat yang di isikan tepat dan benar.  


4. Baca terma dan syarat dengan teliti. Pilih option yang berkenaan dan hantarkan registration form anda.
Anda akan di minta untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda melalui E-mail yang telah di daftarkan.


5. Login ke akaun E-mail yang di daftarkan dan klik pada link yang dihantar oleh Nuffnang. Anda akan di bawa terus ke web Nuffnang. Pendaftaran dan pengaktifan akaun Nuffnang anda kini selesai!


Cara-cara memasang widget iklan nuffnang di blog anda
1. Login ke Nuffnang menggunakan username (e-mail address) & password seperti yang telah didaftarkan.

2. Anda akan dapati ada 6 ikon di dashboard anda = Analysis, Earning, Add Ads, Blog Manager, Polls and Nuffnang exchangeJawab Blogger Profile Survey. Ini bertujuan agar pihak Nuffang memahami personaliti dan back ground anda.


3. Seterusnya pergi ke Blog Manager dan tambahkan blog anda kedalam senarai blog.

4. Jawab survey mengenai latar belakang blog anda yang baru sahaja anda daftarkan. Ini bertujuan agar iklan yang di tawarkan bersesuaian dengan tema dan target audience blog anda.



5. Seteruskan pergi ke Add Ads dan dapatkan kod html iklan Nuffnang untuk di masukkan ke dalam layout blog anda.  Terdapat 3 pilihan :-

i ) Header 

 ii) Side bar

 iii) Between content

6.  Login ke akaun blog anda. Pergi ke DESIGN -> LAYOUT -> PAGE ELEMENT. Add gadget dan pilih 'HTML/Java Script'


7. Copy mana-mana html code di langkah 5 dan pastekan ke dalam gadget box.



8. SAVE and VIEW blog anda. Perhatikan perbezaan  sebelum dan selepas seperti di bawah 

Sebelum 

selepas


Apabila badge 'I serve Nuffnang ads' sudah terpapar di blog anda, bermakna iklan Nuffnang akan bersedia untuk keluar pada bila-bila masa yang bersesuaian!

Amacam senang tak ? Good luck to you guys..! :D