Danish Aiman. 5 Tahun.
.

Scene 1 

Satu hujung minggu. Jiran aku (housewife), suaminya dah beberapa minggu outstation ke Kedah. Hari Ahad selalunya ada Pasar Malam kat kawasan perumahan. Maka aku offer lah kat jiran aku kalau2 dia nak pergi pasar malam beli lauk2 basah sambil-sambil boleh bawak budak-budak jalan petang-petang kat Pasar malam. Sampai di pasar malam, turun kereta sambil pimpin Danish & Dania bersama jiran aku dengan 2 lagi anaknya.
Danish : Mama, Danish tak nak mainan dua. Danish nak SATU je...!
Aku : *Dalam hati* Cehhhhhhhh... verangan. Siapa ntah berjanji nak belikan mainan. Tak sebut pun. Dah la tu berangan pulak mama dia nak belikan mainan sampai DUA!


Scene 2

Malam nak masuk tidur. Danish ada tilam bujang sendiri. Malam tu :
Danish : Mama, lelaki dengan perempuan mana boleh tidur sama-sama. Lelaki tidur dengan lelaki, perempuan tidur dengan perempuan. Danish tidur dengan Papa, Mama tidur dengan Dania.
Tergelak aku dengar ucapan yg tak disangka2 dari mulut Danish. 
Dalam hati ; Danish ni tak habis-habis nak buat alasan tak nak tidur sendiri. Banyak songeh betul.
Aku : Tapi katil Mama gambar bunga-bunga, katil Danish gambar Superman. Tak kan Danish nak tidur kat katil bunga-bunga, Mama dengan Dania tidur kat katil Superman. EEeeeeee... tak sesuweiii..........!
Danish pulak tersengih dengar kata-kata aku...Nasib baik dia tak pertikaikan pasal Mama ngan Papanyer.. jeng jeng jengg....!! hu hu


Scene 3

Sehari sebelum exam. Baru habis lunch kat rumah. Aku tengah duk depan PC
(PC Edu/game Danish) kat bilik bawah sambil-sambil tunggu 'nasi turun'. Abang & Danish pun masuk lepak kat sofa.
Abang : Danish, esok Danish exam. Jom kita buat revision..!
Danish : Yeaayyyyyyy……! Kita nak buat revision!! Sorak Danish
Amboii.. excited betul bila ajak nak buat revision. SENANG HATI aku dengar. Abang pulak mengharap Danish ambik school bag dan keluarkan buku… TAPI…
Danish : Papa, Danish nak buat revision main game dengan handset Papa!
Aku & Abang : ????? *Tak abis-abis nak main game..!*




Scene 4

Balik kerja. Sambil-sambil lepak depan TV Danish mula bersuara
Danish : Mama .. kita tak ada PSP lah!
Aku     : Nak PSP ? Mana ..? Danish ada duit ke nak beli ?
Habis PS2 kat umah tu nak buat pekasam ke  ?
Danish terdiam tak berkata

Malam tu tengah layan blog kat bilik. Danish & Dania pun ikut main dalam bilik.
Main ntah hapa-hapa dua beradik tu lepas tu buka laci almari solek.
Danish: Waa...banyakk nyerr duitt!
Sambil tunjuk kat aku beberapa keping duit syiling kat tangan yang tak sampai pun seringgit.
Danish : Haaa Danish ada satu idea. Kita simpan duit ni nanti kita beli PSP !
Aku : ???? *Suka hati je.. dah la pau duit mama/papa dalam laci. Ada hati pulak nak simpan buat beli PSP hu hu.

Scene 5

Beberapa hari setelah stok buat mangga kat rumah habis. Aku beli buah manggis di pasaraya HERO yang baru dibuka berdekatan dengan kawasan perumahan. Lepak-lepak depan TV setelah usai makan malam :
Aku : Dania nak tak mangosteen ?
Dania : Nak nak...!
Maka aku kupaskan dan suapkan ulas buah manggis tu ke mulut Dania.
Aku   : Danish nak Mangosteen ?
Danish : Nak nak....! Danish nak jugak!
Aku pun ambil seulas dan nak suapkan ke mulut Danish.
Danish : Tunggu dulu!! *sambil buat isyarat jari*. Tapi Danish nak MANGO saja!
Aku & Abang : ???? *ternganga*
Kitaorang memang TERGELAK dengar..!! Siyesss!!
Adoiiii.. ingat boleh pilih-pilih ke nak makan MANGO instead of MANGOsteen ?? dushhh! dushhh!

Tengok anak-anak membesar dengan celoteh yang mengalahkan orang tua dan kata-kata yang kekadang tak terlintas pun kat kepala kita memang kadang-kadang buat GELI USUS PERUT ! ha ha

Danish Oh Danish!





































Petang hujung minggu, week end pertama cuti sekolah ni Abang Danish dah kena kidnap dek Mak Longnyer awal-awal. Tinggal la Dania sorang dapat layanan 120% dari Mama, Papa & Bibik ! Payah la nak dengar Dania 'meraung' sepanjang 5 hari tu.. maklumla tak de geng nak ber'perang'.


Petang tengok Papanya jogging dia pun sibuk nak ikut jogging..! Excited terlebih...! Kasut yang di pakainya BUKAN kasut sukan atau kasut joging.. kasut jalan. Habis di belasah buat jogging.. adoi..jahanammm la kasut tu.. hu hu hu!


 Tu dia dia punya semangat dan excited ...!
One way jogging ~ tersengih sengih sambil belari.
Bila tanya penat tak?
Tak enat pun..! katernyer



Lari lagi... lari lagi! Yah yah yahh..!!! 
Mamanyer dalam hati " Mamanya serupa macam tak jogging cam nehh!"


Jap lagi bila pusing balik... dah sibuk suh pimpin tangan sebab takut kena tinggal...
Papanyer pun... ni nak jogging ke nak jalan-jalan ..?
Habis pusing balik Mamanyer tanya "nak jogging lagi tak ?"
Dania ~ "Tak nak.. enat ama. Jom alik umah "(Tak nak. Penat dah Mama. Jom balik rumah)
sambil geleng kepala dan buat jelir lidah kepenatan.

Yok yo o jekk...!
Salam..

" Hari ini 12 th June 2010. Ada 3 peristiwa penting pada tarikh ini dalam hidup saya
12th June 0*' ~ En Hubby masuk kerja buat kali pertama
12th June 0*' ~ Saya pula masuk kerja buat kali pertama
12th June 03' ~ Allahyarham Bapa Mertua meninggal dunia. 
Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham "


Baru-baru ni ada kawan-kawan rapat tanya macamana rupa Earning Account dalam Nuffnang.
So hari ni saya paparkan sedikit 'rupa bentuk'nya.
Of course saya pun masih baru berjinak-jinak dan beramah mesra dengan En Nuffnang jadi setakat ni performance pun masih ciput macam kat bawah ni hu hu. 
Tapi takper, bak kata orang tua-tua .. never too late to learn.. betul tak  ?


Kalau tengok dalam list ni ada 3 kategori,
Buffered Earning, Metered Earning & Campaign.
InsyaAllah next entry saya akan update 'Cara-cara berkenalan dengan En. Nuffnang'.
Tapi scope untuk beginner je la itu pun atas permintaan rakan saya.... stay tune....!