Sempena Papa baru balik outstation dan tinggalkan kami anak beranak *uhuk uhuk* minggu lepas-lepas, Papa dengan murah hatinya ajak keluar last weekend. Tempat yang di tuju ~ The Curve Mutiara Damansara. Selalu singgah IKEA tapi ni la first time singgah The Curve
*jangan la gelak.. sian aku kui kui kui*.
Ni wajah-wahah keriangan sebelum bertolak dari rumah. Yang anak dara sorang ni sibuk jugak nak mekap cam mamanyer. "antikkk ...!"
Anak dara sorang ni sibuk ngan bag mekap dia jugak.
Sampai sana dah nak tengahari Mr Hubby pun terus la ajak cari port untuk lunch. Banyak gak tempat makan best best kat sini... ternampak Sakae Sushi. Mr Hubby pun cam paham-paham je.. terus pelawa makan kat situ.. gumbiranyaaa hu hu hu. Dulu pernah nak singgah SS kat Sunway Pyramid tapi masa tu camne tah ternampak plak sekor cik siti berlari-lari dalam kedai terus cancell hu hu.
Dalam Sakae Sushi ni boleh order online. Setiap meja ada 1 set PC & LCD monitor. Tapi nak order manual pun boleh. So antara yang di sambar hari tu...
Danish yg tengah bersungguh-sungguh makan sushi guna chopstick
Nyum nyumm
Sambaran aku.. half boiled mackarel
Unagi + salmon
My always favourite, Ika
Dania habis 2 pinggan Egg sushi
Deco dia memang menarik
Ni best gilerr..! Sebab pedas! 'Kata Abang'
Bila dah kenyang sedar-sedar Dania dah start main pondok-pondok kat tepi. Siap bersusun lagi barang-barang 'make up' dia kat luar hu hu huLepas makan lepak kat taman sebelah Sakae Sushi tu sambil pekena makan mix-fruit. Habis secawan terus gi IKEA cari barang sket. Sedap gak makan kat Sakae Sushi ni. .lain kali bleh singgah lagi